Thursday, June 28, 2012

Melabur utk saham akhirat

Entry ni adalah utk kongsikan satu info. Mengenai pelaburan saham akhirat, InsyaAllah. Hulur dgn keikhlasan. Mereka mmg memerlukan....

InsyaAllah, info ni adalah perkara yg betul...bkn tipu2 punya. Mmg diperlukan dana sumbangan utk menyempurnakan bangunan madrasah Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah di Muar, Johor.

Boleh klik link di bawah utk maklumat lanjut.
 http://mtaqtanwiriah.blogspot.com/2012/06/saham-akhirat-bantulah-mereka-demi.html 
 http://mtaqtanwiriah.blogspot.com/2012/06/jualan-waqaf-lot-madrasah-lebih-7940.html

Sesiapa yg berminat leh laa menyumbangkan RM50 utk satu lot wakaf tersebut ke akaun bank yg tertera dlm imej di atas dan menghubungi salah sorang ustaz dlm senarai utk mendapatkan sijil waqaf.

Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud : “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah:271)

Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

Sekian...

5 comments:

wantie said...

pernah gak ada org datang kat umah tuk beli tanah wakaf. dorang ckp nak buat sekolah agama apa ntah kat baling nun.

T ada la beli.

Gieyana said...

menarik nie...kalau nk memberi biar secara ikhlas kan...:-)

Rinna said...

Alhamdullillah.. Macam kenal jek ustaz farhan tuh.. rupanya ustaz tuh salah seorang pensyarah di tempat hubby Rin.. Weols panggil dia Ustaz Kamal. Pernah dulu terfikir nak hantar Haiqal ke sana.

LiYa HaNiF :: said...

thanks for sharing... :)

Muhammad Ahlam firdaus said...

Assalamualaikum wrth.

Kepada,
Tuan/Puan

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PENGAJIAN SYARIAH DI UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas

2.Suka cita dimaklumkan bahawa saya, nur fatihah binti abdullah chek adalah Mahasiswa Malaysia yang melanjutkan pengajian di al-azhar mesir dalam bidang Syariah

3.Memandangkan ibu saya seorang suri rumah yang manakala bapa saya sudah tidak lagi bekerja kerana faktor kesihatan dan juga tempat kerja nya sudah pun ditutup,pendapatan ayah dahulu saya tidak cukup utk menampung kelapan2 adik2 saya termasuk saya.dulu perbelanjaan saya serba sedikit ditanggung oleh abg saya,akan tetapi dia telah pun meninggal dunia akibat kanser tulang tahap

4.Dengan hal yang demikian,bantuan zakat/sumbangan derma dan perhatian daripada pihak tuan amatlah diperlukan.

5. Dengan itu saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat membantu saya.

6.Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah saya hargai, dan saya dahului denga n ucapan ribuan terima kasih, semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan did unia dan diakhirat.

Sekian,wassalamualaikum wrth.

Yang benar
(Nur fatihah binti abdullah chek)
Pelajar Malaysia di universiti al-azhar mesir
Syariah islamiyah
No.Tel : whatspp:+60102033387
Call no : 0139955368