Ni pulak lagu Buatmu Ibu dari kumpulan Aeman...kumpulan nasyid kanak2. Dengar vokal penyanyinya mula2 nyanyikan lirik mula2 iaitu IBUUU...pun dh terasa sayu.. Ni...lagu Untukmu Ibu ni mmg dh terang2 lah liriknya lirik sedih pasal mak dh tiada kat dunia ni. Masa mak aku ada lagi pun...bila terdengar lagu ni aku leh memahami org yg dh takde mak, betapa sedih dan sayunya. Skang ni, lagi lah kenanya ngan aku. Lebih menjiwai orang kata. Bila dgr lagu Tiada Lagi Kidungmu - Lefthanded ni...itulah perasaan aku yg selalu rasa. Rindu nk dengar suara mak yg selalunya aku dgr melalui telefon dan bercerita mcm2...
Air mata yang berderai,
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang,
Siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang,
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku,
Oh sayang
Tiada lagi ku dengar kidungmu,
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian mencengkam jiwaku
Malam malam dingin membeku,
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu,
Cintaku...
Oh sayang,
Damailah kau di sana
Di sisi Tuhan yang Esa
Walaupun mak dh tiada dh kat dunia ni...aku senantiasa anggap mak aku adalah Serikandi Cintaku.....
Dingin malam tirai kenanganku,
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan,
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan,
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan,
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti,
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati, Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima,
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi,
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja,
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian,
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh! jenazah cinta,
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku,
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan,
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan,
Kau abadi Srikandi Cintaku
Walaupun aku ada dengar jgk lagu2 ini tetapi mendoakan kesejahteraan mak di sana tidak pernah dilupakan, InsyaAllah.
Kepada ayah...sayangnya kitorang pd ayah tidak berbelah bahagi. Semoga ayah diberi kesihatan yg baik dan semangat serta kudrat yg masih waja utk mengharungi kehidupan baru tanpa mak di sisi.
4 comments:
akak sedih...
saya jenis yg mmg tak rapat dgn mak
tp bile dgr citer2 akak ni..
saya tau saya kene berubah, huhu
el pun sm kalo dgr lagu2 psl ibu ni
mmg jiwa tersentuh huhu
T pulak kalau dengar je lagu ibu ke, cermaha agama ttg ibu ke, cerita kat TV TTG IBU KE.
terus dok tingat kat mak, tak kira, kul 12.00 malam pun t tipun mak T. ckp windu bau ketiak mak....
mmg tesentuh kak..moga kak tabah k..:-)
Post a Comment