Wednesday, June 20, 2012

Kasih ibu tiada ternilai....

Semalam...masa aku susun2 novel aku...terpandang sebuah komik novel yg bertajuk Ibu Robotku Sayang keluaran Gempak Starz ni. Komik novel ni...along yg bawak balik dari hostel dia masa masih di Pengkalan Hulu lagi. Lama dh..mgkn masa dia masih form 1.
Aku mmg dh baca komik novel ni...mmg best dan ada jiwa. Mengisahkan seorang ibu yg tercedera teruk akibat terkena letupan bom tetapi demi kasih sayang dan semangat utk menjaga sendiri serta melihat sendiri anaknya dewasa...dgn sedikit sisa tenaga yg ada dia telah menyuruh seorang doktor menjadikannya sebuah ibu robot. Akhirnya dia telah dpt menjaga anaknya, Sinbell dgn baik dan kasih syg yg teramat walaupun Sinbell sendiri tidak tau ibu robot yg menjaganya itu adalah ibunya yg sebenar. (tak paham?? tak paham kena baca sendirilah, hihi)

Sinopsis dia:-
Pada zaman akan datang, setiap anak yatim piatu akan diberi seorang 'ibu robot'. Remaja keras kepala, Sinbell yang dibesarkan oleh 'ibu robot' yakin ibu kandungnya masih hidup lagi (tanpa menyedari ibu robot tu ler ibu kandung dia yg sebenar...oops, hat ni aku yg tambah sendiri, hehe)...
Dia meninggalkan rumah dan memulakan perjalanan mencari wanita itu. 'Ibu robot' yang menyayangi Sinbell mengiringinya dan sanggup berkorban apa saja utk melindungi anaknya itu agar dapat dia membesar dgn bahagia. Namun mereka bakal menghadapi perjalanan yg penuh dgn rintangan dan penderitaan.
Antara memo penulis asal komik novel ini:- (sebenarnya pjg tp aku dh sunting sendiri bg pendek sket, hehe..)

Hidup kita berpusing macam roda. Kita terpaksa lepaskan banyak benda. Mgkn apa yg boleh kita pegang hanyalah masa sekarang. Saat ini.
Sekurang-kurangnya pada detik ini kita rasa gembira. Sekurang-kurangnya detik ini kita dapat mengecapi kebahagiaan.
Ibu kita adalah yg paling kuat. Demi membesarkan kita, ibu sanggup berkorban apa saja. Demi anak, ibu tanggung sejuta kerisauan. Kasih ibu sampai bila2 pun kita akan dapat rasa.
Tgk laa betapa teguhnya kasih ibu..walaupun tiada tp masih dpt dirasai..
Imej di atas dpt dari forward di fesbuk abg. Gambar seorang anak yatim yg melukis gambar mama dia yg telah tiada (yg dulunya selalu menjadi peneman tidurnya, kan..).
Disebabkan menarik...aku mintak abg share kat fesbuk aku, hehe.

**Tak payah nk citer byk psl imej tu....tgk pun kita dh tau, kan??? Kalo tak paham2 jgk...ntah laa???

Sekian..

7 comments:

wantie said...

kak, kawan T tu memang dok jual buah durian. tapi that day dia bagi t makan. dia takmo duit. tapi T ada le sedekahkan kat cucu dia. adat la kan org berbudi kita berbahasa.

mmm... boleh kot dapat murah kalau akak beli. biasa la kengkawan.

sabtui ni pun T ingat nak beli dari dia. tapi dah ckp kalau tak mo jual T tak mo beli.


* sedih je tengok pics last tu, kesian ana yatim tu kan*

el said...

el pun nah tgk gambar budak ngan lukisan tu...huhuhu
best gak bila bc sinopsis dia..ibu robot tp ibi sbnr..ha kena bc lah kak..nti g tau el eh

Kesuma Angsana said...

best ler citer ni !

wantie said...

kalau akak nak pergi sabtu ni kena bagi tau dia. akak contact dia pun boleh. or kak nak T suh dia simpan buah tu?

gerai dia kat teluk kumbar. mmm.. kedai jeruk kat balik pulau tu kan. kedai dia kat belakang/ sebelah stesen bas balik pulau.

ni contact no kawan T. 0124906059.saat. tapi kalau kak nak suh T ckp ngan dia pun tak pa. kak bagitau la T.

ieda said...

seronok baca sinopsis aje saya nie kak .. nak membaca novel x minat huhu ;)

ieda said...

seronok baca sinopsis aje saya nie kak .. nak membaca novel x minat huhu ;)

Rinna said...

Menarik gak novel kanak2 tuh yer.. :)
Tersentuh tgk gambar tuh..