Saturday, June 16, 2012

Suatu waktu dulu...

**Aku tak pasti aku dh citer psl perkara ni dlm cintamaniszlite atau belom...tp aku nk citer jgk sbb bg aku ia istimewa sedikit dari citer berkaitan yg lain, hehe....

Dh lama sijil ni aku simpan...
Pd hari cuti Hari Pekerja tahun 2007 (1/5/07)...ada 3-4 orang wanita Melayu datang ke rumah memberi salam. Mereka dari umah ke umah memohon sumbangan utk membina sebuah surau di Kediaman Abu Nur iaitu kediaman utk orang2 tua dan anak2 yatim serta fakir miskin. Ianya terletak di Pengkalan Hulu. Masa tu...aku sendiri tak tau kat mana letaknya Pengkalan Hulu wlpn aku tau ia dlm negeri Perak, hihi.
Ada permit rasmi dari Majlis Agama Islam Perak...
Utk setiap satu kaki persegi tanah yg digunakan utk wat surau tu...sumbangannya adalah RM20. Jd, kita leh bg berapa byk pun yg kita mampu dan ikhlas nk bg tetapi berdasarkan satu unit kaki persegi tu lah.
Aku pun bg laa sumbangan tu kat dorang sebab mmg nampak dorang ni jujur. Aku leh jg bg sumbangan tu atas nama insan lain...jd aku hulurkan sumbangan tu atas nama ayah dan emak aku menggunakan duit yg penah mak/ayah bg kat aku, mm.....
Wakaf tanah utk dirikan surau...
Sijil Wakaf Tanah. Masa tu aku berharap ia adalah cetakan dgn kebenaran...bkn cetakan utk menipu orang.
Sijil ni siap ada saksi penerimaan...iaitu 2-3 orang wanita yg ngikut skali tu.
Dorang kata dorang mewakilkan diri atas dasar sukarela...tiada satu sen komisen pun dorang amek utk diri sendiri..
Mmg hasrat aku masa tu utk hulurkan sumbangan ni bg pihak ibubapa aku. Masa tu mak ada lagi...jd dorang potong mana yg tak berkenaan.
Lepas dorang dh terima duit sumbangan tu...aku kena salam ngan wanita tersebut sebagai akad. Baca apa yg tercatit dlm sijil tersebut. Lebih kurang mcm akad masa bayar zakat fitrah tu lah, mm..
Masa tu bertambahlah keyakinan aku yg dorang ni mmg betul tujuannya...bkn seperti segelintir pengutip derma tu. Kendian, aku simpan sijil ni kat dlm laci lemari aku.
Tgk...tarikh dia..1/5/07..
Lepas2 tu aku wat tak tau ler, kan. Tak sangka laa pulak pd tahun 2009, anak sulung aku dpt masuk MRSM Pengkalan Hulu utk 2nd intake. Mmg bersyukur lah sgt.
Bila dh beberapa bulan along belajar kat sana...barulah aku terperasan signboard Kediaman Abu Nur ni kat tepi jalan berdekatan jer ngan MRSM tu. Tetiba aku teringatkan sesuatu!!!
Terus lah masa dh balik umah tu aku terus carik sijil wakaf ni utk tgk betul ke sama tempatnya. Mmg betul pun..alhamdulillah, syukur.
Aku pun terpikir...mgkn peluang along belajar kat Pengkalan Hulu sebuah daerah yg tidak akan aku pergi tanpa bersebab adalah salah satunya utk aku melihat sendiri tentang kebenaran kewujudan Kediaman Abu Nur ni. Ternyata ia sudah terbina. Kalo tidak, sudah pasti sampai skang tak tau tentang status kebenarannya, kan??

Mak ngan ayah mmg tak tau pasal ni. Aku tak penah bgtau pun pd mereka wlpn mereka dh beberapa kali sampai ke Pengkalan Hulu melawat along ketika along masih belajar di sana.
Ye lah...sumbangan pun bknlah byk mana tapi mmg aku ikhlas dan ikut kemampuan aku masa tu.
Cuma ketika ni...hari ni...saat dan detik ini....baru terbuka hati aku utk citer kat sini, kongsikan kat blog ni.....selepas mak aku dh takde.
Apa yg aku harapkan adalah apabila setiap aktiviti ibadah & kebaikan yg dilakukan oleh orang2 tua, fakir miskin, anak2 yatim dan penduduk kampung di surau tu...sedikit sebanyak keberkatannya sampai pd mak yg sudah berada di 'sana'.

Mintak maaf, ye. Aku citer kat sini takde maksud utk menunjuk ke hape pun (bkn apa sgt pun kalo nk menunjuk2 ni, adeii lah. Hrp jgn salah paham ye para pembaca entry ni sekalian..)...sekadar nk kongsi citer sj. Bahawasanya....bkn lah semua org yg datang meminta sumbangan dari umah ke umah adalah tidak jujur, tidak benar dan palsu. Tetapi itu adalah antara ikhtiar mereka utk mendapatkan sumbangan & dana yg diperlukan dan sekurang2nya cara dorang tu memberi kita peluang utk bersedekah dgn keikhlasan dan secara tak langsung ia boleh dijadikan saham akhirat, Allahhu'alam. 
Inilah salah satu buktinya, kediaman Abu Nur. Sumbangan yg dorang minta dulu tu memang terbukti memaksudkan tujuan tersebut..

Namun, kena berhati2 dan berwaspada jgk lah...sebab zaman skang ni bkn semua org jujur dan amanah. Aku pun masa dorang dtg ni...suami aku ada kat umah. Mmg selalunya macam tu lah. Sekiranya ada org yg kitorang tak kenal ni muncul di luar pagar umah....bila suami aku ada kat umah aje kitorang akan layan. Bahaye!! demi keselamatan diri.

Tgk gambar kat bawah ni...adui lah..mgkn kebetulan agaknya.
**gambar ni gambar lama...masa ni aku lom kawen lagi. Ayah ngan mak aku muda lagi, adik aku budak sekolah menengah lagi, hehe..
Si serangga Angkut2 punya angkara ler ni...
Si Angkut2 ni leh buat sarang dlm gambar ni??? kat gambar mak aku pulak tu!!!
Gambar lama ni & aku selit kat lemari cermin bilik aku tu. Tak perasan lak bila si angkut2 tu buat sarang, aduiilah..
Seolah-olah memberitau mak dh takde tp aku anggap ini adalah satu kebetulan, mmmm..

Sekian...

Nota Alona:-
~Alhamdulillah, majlis tahlil utk mak pd malam semalam telah berlangsung dgn jayanya. Wlpn aku tak dpt turut serta....adik aku ler yg menyampaikan cerita ni.
~Dgrnya...nasik tak cukup malam tu sebab ada ikan kolam ayah...ikan talapia masak lemak, pergh!!...ada ikan tongsan jgk, pheuw......aku dgr pun dh berpeloh...lom makan lagi, ngee..

2 comments:

nad said...

saya tak penah pk pun
yg akak nak menunjuk2 ke hapa ke
(org lain saya taktau la)
saya suke je dtg sini, nak bace
(tp jarang komen =p)
moga akak terus tabah ye
sayu plak hati saya.... :(

rahayu said...

kadang kala serba salah nak menderma terutama yang mengaku dari thailand..tapi cara orang ni kutip derma memang nampak kebenarannya kan...entri ini tak terasa pun nak menunjuk bagi akak menginsafkan lagi ..biar sedikit janji ikhlas dan insyallah pahalanya kekal abadi.