Ahad
Kitorang adalah OP di majlis pernikahan dan persandingan Nisa & Amir di Bagan Serai pagi hingga petang hari tersebut. Hari Jumaat dan Sabtu sebelum tu kitorang OP di majlis pernikahan dan persandingan Linda & Azril di Taman Damai, Taiping.
Ketika selesai majlis pernikahan Nisa & Amir di sebuah masjid berdekatan...kitorang pun nak beransur gi sarapan pagi kat kedai sementara menunggu pengantin gi mekap dan tukar baju persandingan. Terkejut bila tgk rekahan cermin alza semakin merebak. Panjang terus lak tu!!! ish..ish. Mujurlah cermin ni bkn hat selapis tu. Kalo hat selapis tu...mau rak rak rum pecah berderai dh, mmmm...
Sekali ganda terus panjang rekahannya dari yg asal, mana tak risau, huhu... |
Abg dh gi kedai Dr. Cermin kat Kamunting utk stop rekahan tu. Ada waranty. Ingatkan leh tahan lama lah. Rupa2nya idak. 3hb baru ni tetiba aje merekah lagi sekali ganda rekahan asal. Risau ler kitorang. Dh ler hari tu hari Ahad...kedai berkaitan mesti tutup. Nak cari kedai pun...kitorang tgh bertugas jd OP ni...alahaii.
Dh ler esoknya nk gi Melaka...dh dirancang sejak tahun lepas dan dh dibooking homestay sejak dua bulan yg lepas!!
Akhirnya, aku wat sorang tugas OP. Abg keluar gi Parit Buntar cari kedai tp takde yg bukak. Baru tingat nak kol Pauri...Dia bgtau kat Parit Buntar kedai tutup. Kalo nk jgk kena gi sampai ke Bukit Mertajam nu!!
Akhirnya abg balik semula ke majlis persandingan Nisa & Amir. Lega aku aihh...baju kurung yg aku pakai dh basah dek peluh dh. Mmg teruk kalo kena cover OP sengsorang ni...huhu.
Akhirnya kitorang bertenang...dan mengambil keputusan utk repair cermin tu kat Melaka nanti. Malam tu siap cari kedai Dr. Cermin di area Melaka melalui internet. Berdekatan jgk ngan homestay yg dh dibooking tu...Konon2 nk gi tukar cermin baru kat sinun ler nanti, mm...
Malam tu jgk baru lah aku packing pakaian dan barang2 nk gi cuti2 Malaysia ke Melaka bersama famili Taiping seperti yg telah dirancang. Mmg penat tp lega sebab dpt tido ngan nyenyak.
4hb Jun 2012
Isnin
Bangun semula kul 3.50pg. Mandi siap2.
Kul 5.00pg dh keluar umah. Konvoi 3 buah kete dari Taiping dan 1 buah lagi akan berjumpa di hiway Guthrie, Shah Alam.
Sarapan pagi di R&R Ulu Bernam... |
Berhenti di tol Plaza Bukit Jelutong...tol ke 3 Guthrie yg perlu bayar RM1.40 |
Leh bergambar riang ria sementara menunggu lagi 1 kete sampai...(spek itam aku tu pun dh takde dh...tertinggal kat dlm tandas SHELL Ringlet, CH ari nk balik ke Taiping 6hb, huhu) |
Aku jd kaget, kaku...diammmm dlm kete. Abg tanya kenapa...aku tak mampu nk bukak mulut dan bersuara utk jawab. Dlm pikiran dh dok plan nk wat apa..nak wat apa...terpikir2 ni. Mak aku sedang tenat tp kitorang nk gi bercuti. Mana yg lebih penting?? Dh tentulah mak aku, kan?? Tp...bagaimana ngan mak dan abah yg ada bersama ngan kitorang dlm alza ni??
Kendian, sampai lagi satu mesej ayah:- andai kata mak pergi tak dpt la jumpa selamanya, di akhirat la jumpa kalau amal ibadat tak ditinggalkan. Bertambah laa sedihnya aku.
Aku bg abg baca msj tu wlpn masa tu abg tengah memandu. Abg tanya aku, mcm mana?? Aku diammm..
Aku kol Fadel..fadel kata nanti dia bgtau info terbaru. Tak lama tu ayah mms gambar mak di hospital, sayu, hiba!! Aku tunjuk gambar mms tu kat abg. Sambil tu kete dok bergerak memasuki tol Ayer Keroh dh.
Otak aku dh tak fokus pada jalan dh. Aku perlu pulang ke Bentong. Kalo tidak aku akan menyesal seumur hidup.
Maka aku bgtau berita ni pd mak mentua yg tertanya2 ngan tingkah aku sejak beberapa ketika td.
Mak mentua aku paham perasaan menantunya ni. Mak kata mak tak kisah kalo tak jd teruskan cuti ke Melaka. Kalo abah tau pun mesti abah takmau gi Melaka tu dh. Tp kitorang perlu bgtau serta berbincang ngan ahli konvoi yg lain.
Kitorang dh plan...cuma kitorang sj yg tidak meneruskan percutian ini. Kitorang perlu bergegas ke Bentong. Yg lain tak mengapalah...teruskan percutian tersebut. Kesian lak tgk muka anak2 sedara aku yg dh teruja utk bercuti di Melaka. Maklumlah..perkara yg dh lama dirancang, dibincang...
Di jalan Pantai Klebang...Fadel sms :- kalo sempat balik laa, mak dh nazak. Busu dan paksu pun dh sampai menziarahi mak di hospital. Fadel hantar mms...gambar mak sedang tenat di dalam wad. Airmata merembes lagi....
Baru sampai di gerai coconut shake Pantai Klebang...mak mentua aku turun terlebih dulu memberitahu tentang perkara ni pd yg lain. Dorang pun terkejut. Kitorang perlu balik ke Bentong segera. Dorang tak mengapa...teruskanlah. Pandang muka Anis, Ain, Dani, Mia dan Gdan...tak sampai hati sekiranya dorang pun tidak meneruskan percutian tersebut. Dlm keadaan serba salah...dorang pun mengucapkan selamat pd kitorang. Aku dh menitis airmata. Dlm hati tak henti2 berdoa agar ada rezeki aku utk bertemu ngan mak. Aku bernazar utk berpuasa sekiranya aku dpt bertemu ngan mak ketika masih hayatnya. Aku nk memeluk erat mak...meminta ampun. **Sedang menunaikan nazar tersebut, Alhamdulillah.
Tak cukup ngan tu...mcm2 doa yg keluar dlm pikiran aku ni. Selagi tak sampai Bentong...selagi tu lah doa dan harapan cukup menggunung utk bertemu ngan mak. Apatah lagi bila mesej Fadel bgtau mak skang sedang bertahan utk berjumpa ngan kaklong. Bila dgr pintu dibuka...mak pandang kemudian mak pejam mata. Begitulah selalunya.
Alhamdulillah, akhirnya sampai jgk setelah melalui perjalanan yg rasanya sgt lambat utk sampai, huhu. Ye lah...perasaan mcm ni mmg macam tu lah. Mujur jgk laa jalan dari Sg Besi sehingga ke MRR2 Taman Melati tu masih lancar wlpn ada sedikit sesak dan hujan yg sgt lebat sehingga ke tol Gombak.
Kat luar wad perempuan..ramai yg aku kenal menunggu. Aku terus redah ke dalam mencari mak. Kat dlm pun ramai org yg menziarahi mak yg sedang sakit.
Aku bukak pintu...mak pandang...mata mak lekat memandang. Aku terus menyalami dan mengucupi pipi dan dahi mak. Aku tgk mak tenang tapi sesekali batuk dan sukar bernafas. Aku cuba mengawal emosi namun airmata tetap keluar jgk.
Mak ngan abah serta anak2 aku....abg dh bawak balik ke umah ayah utk berehat setelah beberapa lama bersama mak di wad tersebut.
Aku, Fadel dan Dayah dok jaga mak kat wad sampai petang iaitu sampai security bgtau masa lawatan dh tamat, hmm. Ayah tunggu mak kat wad sementara aku balik umah mandi dan makan dulu utk menggantikan ayah jaga mak aku kat wad tu.
Perkembangan mak malam tu memberansangkan. Alhamdulillah. Aku jaga mak kul 10.30mlm. Mak siap pesan kat ayah jgn lama2 sgt balik tu. Aku pujuk mak...biar aku jaga mak sementara ayah balik mandi, solat dan tido utk beberapa jam bg ayah rileks2 rehatkan diri. Mak angguk.
Dlm kul 1 lebih...mak dh tanya ayah. Aku sms Fadel. Fadel kata, ayah tgh tido..tak sampai hati nk kejut. Dh lama ayah tak tido lena. Kat wad...mak tanya ayah lagi. Maka aku sms fadel lagi. Akhirnya Fadel kejut jgk ayah. Dpt jgk laa ayah pejam mata sejam dua.
Akhirnya ayah jaga mak kat wad dan aku balik umah ngan Fadel sebab hanya sorang sj dibenarkan menjaga pesakit di luar waktu lawatan.
Pagi tu selepas sarapan...kitorang gi melawat mak lagi wlpn bkn masa lawatannya lagi.. Jururawat membiarkan saja keadaan itu.
Kesihatan mak semakin ok. Mak leh makan jgk wlpn cuma beberapa sudu.
Rakan2 mak dan sanak saudara mmg ramai dtg melawat bila waktu lawatan tengahari dan petang. Aku gembira...terlihat kesihatan mak semakin ada perkembangan yg baik.
Malam tu..aku cuba lagi utk menjaga mak. Kalo boleh...biarlah lama sket dari semalam...tp tak lama jer pun nafas mak sesak. Mcm2 dh dicuba oleh jururawat tp tak berjaya.
Mak lemah cuba bgtau aku dgn suara jelas tak jelas...."mak rasa dh sampai masa...mak dh nazak ni kaklong...bgtau ayah mak dh nazak". Mak soh aku bgtau ayah...mak dh nazak. Aku pun sms ayah bgtau. Mujurlah ayah ketika itu dh abes makan setelah beberapa hari tak selera nk makan. Teruslah ayah ke hospital kembali.
Doktor pun dh cuba mcm2. Akhirnya, dia berjumpa ngan ayah, aku dan Fadel utk memberitahu satu perkara tentang mak...dan tentang option yg perlu kitorang pilih utk mak. Kitorang tergamam....sedih kerana kedua2 option pun adalah menyedihkan namun kitorang tetap kena pilih salah satu.
Kitorang pilih jgk. Doktor kata dh leh panggil ahli keluarga utk menziarahi mak. Ramai lah yg datang awal pagi tersebut termasuklah abg, anak2 aku dan mentua aku. Ramai yg membaca surah yasin, telinga mak sentiasa ayah sebutkan kalimah Allah dan sesekali ucapan kalimah syahadah.
Mak dh rimas ngan penutup oksigen. Mak mula bukak...mende yg dipakai di jari mak pun...mak dh bukak sendiri wlpn dipakaikan kembali...mak bukak semula. Aku pilu melihat mak menanggung kesakitan.
Anak sedara ayah memberi cadangan...bawak aje laa mak balik ke umah mak dia (makngah). Biarlah mak kat sana. Kat spital pun mak dh takmo pakai oxigen segala...
Ayah pasrah dan bertanya pd mak tentang perkara itu...mak angguk. Berkali ayah tanya...mak menggangguk
Mak dibawa ngan ambulans. Ayah teman mak kat belakang. Aku pulak kena dok depan sebab driver tak tau jalan dan umah mak ngah. Inilah pengalaman pertama aku naik ambulans...dan harapnya takde dh lain kali. Dlm ambulans pun aku sesekali terkadang terlelap...keletihan demi mak tersayang. Mujurlah ni bkn kes kecemasan..ambulans tak laju sgt wlpn Dayah ckp laju jgk!!! huhu..
Mujur jgk ler kawan aku NorAzlina yg bertugas mengiringi mak aku hari tu. |
06hb Jun 2012
Rabu
Aku balik umah dulu pg tu. Kalo perkembangan mak baik...aku perlu balik kejap ke Taiping. Tp kalo tak ok..aku akan stay kat Bentong lg.
Tengahari tu aku gi umah mak ngah lg. Aku gosokkan gigi mak, lap badan mak, tukarkan baju ijau pesakit hospital ngan kain batik dan t-shirt.
Pastu, mak kata mak tingin nak mandi. Diturutkan juga. Fadel dan ayah angkat mak turun ke bilik mandi. Aku ngan ayah mandikan mak. Dh siap2kan mak, sikat rambut. Tgk mak tido...elok jer wlpn sesekali batuk jgk.
Jam 2ptg...aku ckp kat mak...aku nk balik Tepen. Nanti aku balik Bentong lagi. Mak angguk. Sempat jgk aku kucup mak, salam mak dan mintak ampun lagi kat mak. Aku doakan mak cepat sihat.
Rekahan cermin depan semakin memanjang... |
Kul 10mlm...kitorang sampai umah di Taiping. Tp tak lama kat umah...kul 12.17 (jam hp aku)..Fadel kol bgtau mak dh takde. Terus bersiap utk balik ke Bentong semula. Jd, kitorang balik ke Bentong tanpa sempat menukarkan cermin kete yg baru....tawakkal aje lah.
**citer lepas2 tu hingga jenazah mak dikebumikan ada pd entry sebelum ni...harap maklum..**
08hb Jun 2012
Jumaat
Pagi2, ayah gi pusara mak. Kitorang tak gi. Sebok ngemas umah. Tp aku ngan Fadel gi umah makngah jap pagi tu utk basuh kain2 batik lepas milik mak yg digunakan semasa pengurusan jenazah. Tp rupa2nya makngah dh tolong settle kan. Kitorang cuma datang menyidai kat ampaian aje, hehe..
Lepas solat Jumaat...kitorang gi umah makngah lagi utk makan tengahari kat sana. Sempat mengemas umah lg sementara nunggu ayah kol utk makan bersamanya.
Ada sambal che'y, kari umbut pisang ngan ikan sardin, sambal sotong...ish..ish.. |
Senang kopek kulit kelapa guna mende ni, fadel?? |
Kopek kelapa...pak itam tolong mesin... |
Malam tu ada menu keli berlado!! |
09hb Jun 2012
Sabtu
Pagi2 kul 7 kitorang ke pusara emak. Menyertai tahlil anak-beranak kat sana bersama Idey, abg Anas dan abg Jun..
Jirus air pd pusara emak....semoga rohnya tenang di sana. Amin. |
Selepas balik dari pusara mak...kitorang bersarapan pagi kat umah mak ngah lagi. Wlpn cuma cekodok cicah sambal che'y...tp mmg power!!
Timakasih kat mak ngah dan anak-beranak, cucu2nya yg byk melancarkan majlis tahlil. Terimakasih tak terhingga dgn bantuan yg dihulurkan dan mengizinkan mak menunaikan hasrat terakhirnya di rumah mereka.
Balik dari Lebu...jiran ayah iaitu Tok Perak panggil aku ngan suami. Fadel dah masuk umah dh masa tu.
Tok Perak bgtau yg mak ada tempah meja kat dia. Beriya2 mintak tlg tok perak buatkan satu meja makan utk umah mak tu. Sebabnya...meja makan kat dapur tu dh teruk sgt dh...berbenjol2 dh permukaannya.
Mak berkenan ngan meja makan kat umah jirannya tu. Mak tanya tok perak...sempat ke siap nk guna raya nanti?? aduilah, sedih aku dgr citer tu...
Menurut tok perak...mak sempat laa tgk meja tu dh siap pd hari Isnin sebelum mak dimasukkan ke wad pd hari Khamis. Mak dh siap bayar pun. Tp mak takmau amek lagi...mak tunggu anak2 balik dulu.
Ketika masih di dlm umah tok perak... |
Meja setelah di bawa ke dapur. |
Namun, aku bersyukur kerana kami semua masih sempat menjaga mak sebelum mak meninggalkan dunia yg fana ini. Aku juga bersyukur kerana kami berpeluang menyertai pengurusan jenazah sehingga dikebumikan.
Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
Nota Alona:-
~masih terasa kehangatan kasih syg nya.
~Walaupun dh sampai ke bumi Melaka...tetapi aku tak rasa ralat pun tak dpt join bercuti seperti yg dirancang kerana lebih rasa berbaloi dpt berbuat sesuatu yg sepatutnya aku kena buat. Kalo tidak, aku akan menyesal sesesal-sesalnya.
~masa masuk Melaka ikut Tol Ayer Keroh....dan keluar ikut tol Alor Gajah. Sempat melalui Sg. Udang...kampung mak.
8 comments:
touching bc story kak Lona..moga akak tabah k..
kasih syg mak tiada tandingan..
Alhamdullillah dapat juga jaga mak.. walaupun sekejap.. Melaka tuh bila2 boleh pergi.. kan..
Tacing bila baca kisah Ina..
Hai dari Twitter
Gilerr mak dh nazak boleh blk tepeng tinggal..x menyesal ke tinggal x mengadap habis
bruhhh tak sangka ambulance ni yang merayap skang tak aman kat bumi walaupun dah lupus
Wah dh ade yg sampai🤣
Post a Comment