Sunday, October 25, 2009

Camping & Tigers’ Night SK King Edward VII (2)

23-24hb Oktober 2009

Alhamdulillah, segala yg dirancang oleh pihak sekolah utk mengadakan aktiviti camping TKRS utk Tahun 4,5 da 6 telah berjalan dengan jayanya. Berkat usaha dan kerja keras semua pihak AJK perkhemahan terutama Cikgu Zamri serta Guru Besar sebagai penaung aktiviti ini.   

DSC01233

DSC01234

kolaj2.jpg

Petang Jumaat tu ujan turun dgn lebatnya. Siap pakej ngan angin yg kuat serta kilat petir sabung-menyabung. Semua barang2 angah dah siap sedia.

Jam 3.10ptg kitorang keluar gi hantar angah ke sekolahnya. Ramai pelajar yg terlibat sudah pun berkumpul di kantin sekolah. Setelah mereka mendengar taklimat dan penerangan terperinci dari GPK Koko iaitu Cikgu Zamri…masing2 dibenarkan memasang khemah masing2. Bagi sesiapa yg tidak mempunyai khemah…mereka menumpang di khemah kawan2 ataupun di beberapa buah khemah besar yg telah disediakan atas kerjasama anak buah Mejar Zaid.

Kelihatan dlm gambar di atas Angah dan kawannya, Azrul sedang bekerjasama memasang khemah. Masa tengah pasang khemah tu..aku soh Angah pi daftar diri dulu. Jadi, dia tinggalkan Azrul terkial2 pasang khemah, hehe. Jadi, abang pun gi ler hulurkan bantuan sebab kesian lak kat si Azrul tu.

DSC01119

DSC01120

Ni ler khemah Angah. Khemah ni kitorang beli tahun lepas…masa along masih bersekolah kat situ. Jadi, masa perkhemahan TKRS tahun lepas…ANGAH berkongsi khemah ngan ALONG. Tapi tahun ni along dah tak sekolah situ…Azrul ni ler yg jadi kawan ANGAH.

Kitorang ada lagi sebuah khemah tp yg tu besar ler sket, utk 6 orang. Masa budak2 ni kecik lagi…leh ler muat tido 5 beranak kat khemah tu. Sekali gi berkhemah 5 beranak kat pantai Teluk Senangin, tido semalaman…Dan sekali lagi berkhemah ngan kengkawan ofis abang kat Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang. Tido semalaman gak. Masa tu dh rasa sempit dok kongsi 5 beranak. Tu yg leh beli lagi sebuah khemah utk ALONG ngan ANGAH.

      

DSC01127

kolaj3

Ni ler suasana di kawasan lapang sebelah kantin sekolah ANGAH petang tu. Elok pulak ujan pun dah berenti. Alhamdulillah…

DSC01128 

DSC01129

Setelah aku dah puashati tgk keadaan ANGAH dan khemahnya…aku pun tolong ler sket2 apa yg patut utk persediaan majlis malam tu. Pastu, balik umah….berkebun kat fesbuk!!! haha…

Manakan tidak, sebelum tu kilat-petir aku dh off internet..takut modem kena sambar kilat lagik. Dah 2 kali woo pengalaman aku cenggitu. Satu kena masa time2 tengah malam..tiba2 aje kilat berdentum. Org kata kilat kering sebab takde ujan, takde ribut, hmm. Lagi sekali tu..kitorang keluar umah pi mana ntah…balik2 modem dah kiokkkk!!! Walopun cuma guna modem D-Link tapi kalo dah 2 kali tu…fobia gak ler nak kuar duit. Jadi, lepas2 tu..kitorang lebih berwaspada ler. Tambah2 lagi tengah hangat gi berkebun ni, hehe.. .

JAMUAN TIGERS’ NITE

Memang rezeki aku ler malam ni aku dpt join majlis ni. Sebenarnya aku tak beli pun MEJA ni. Satu meja (4org) dijual ngan harga RM80 pada malam tu. Bkn aku tak nak beli tapi aku sebenarnya ada komitmen lain iaitu menghantar dan mengambil AKISS dari kelas Taekwando. Dah ler seminggu sekali aje kelasnya, pastu….minggu lepas kelas takde pasal jurulatihnya kan nak sambut Depavali. Jadi, syg ler kalo Akiss tinggalkan kelas.

Tapi tiba2 pulak pagi Jumaat tu…aku menerima panggilan tipon dari Cikgu Zamri mengatakan aku dijemput ke majlis tersebut sebab aku AJK PIBG sekolah. Nanti, dia bagi kad jemputan menerusi ANGAH. Jadi, bila ANGAH dah balik dari sekolah..aku pun terima ler kad jemputan tersebut. Aku tanya pendapat abg…nak gi ke tak ni?? Pasal…aku sorang je yg kena jemput..tak syiok ler pulak. Nanti…dok ngadap makanan tu asek tingat ABANG ngan AKISS pulak. Tapi abang kata…gi jer ler…pasal tahun dpn ANGAH dah tak sekolah situ.

Jadinya, lepas aku ngantar akiss ke Rakan Muda...aku pun bersiap2 utk ke majlis tersebut. Abang yg hantarkan sebab nanti lepas abang amek AKISS dari kelas taekwando jam 10.30mlm tu..abang terus mai amek aku kat SK King Edward VII (2) ni. Ye ler…sedang elok ler tu..pasal majlis tu pun dijangka berakhir jam 10.30mlm gak. 

PA230111

PA230106

 kolaj7

Ni ler kaunter pendaftaran tetamu. Ada borang teka kacang bagai kat situ. Percuma aje. Sekali pakej harga MEJA ler tu, hehe..Tapi aku teka salah ler. Tak sampai seribu pun..kacang tu ada 821 biji. Yg aku teka 1175 pasal aku ingat ada ler ONG bulan kelahiran aku yg bakal menjelang ni nanti, hehe..

 

kolaj8 kolaj9

Ni ler suasana di majlis tersebut. Majlis yg julung2 kalinya diadakan oleh sekolah ini. Alhamdulillah, target 30 buah MEJA tercapai apabila 32 buah MEJA dpt dijual. Tetapi bukan utk keuntungan…bukan utk kutipan tabung PIBG tetapi semuanya utk memeriahkan acara perkhemahan anak2 tersebut. Jika ada lebihan kutipan…ia digunakan utk membeli hadiah teka kacang dan cabutan bertuah.

Malam tu, aku ditempatkan di meja no. 5…bersama ngan NYDP PIBG dan seorang guru dari SK RTBK Pondok Tanjong dan seorang guru dari SK King Edward VII (1)..Tapi, malam tu aku mmg tak berapa lalu nak makan ler. Pasal…tingat ler suami ngan Akiss pulak. Ye ler..walopun mereka dh makan kat umah tp….bg aku tak best ngadap makanan tu sorang2 diri aje..hehe..

PA230118

Ni ler YDP PIBG SK King Edward VII (2), Mejar Zaid. Walaupun masa ni beliau injured masa main badminton, tak boleh berjalan…tp demi komitmen dan sokongan yg tidak berbelah bahagi…beliau hadir jugak malam tu. Siap beli MEJA utk famili dia sekali.     

ke2PA230149

ke8

Ni antara VIP yg hadir malam tu. Yg berkemeja batik biru tu ialah GURU BESAR sekolah, Hj Mustapha. Hmm..tak jadi nak menjalani pembedahan pintasan jantung minggu depan sebab pakar bius ada hal lebih penting. Jadi ditangguhkan ke bulan 11 kalo tak silap ler, hehe..Yg berkemeja batik kuning-hijau tu..wakil dari PPD. Yg berbaju batik hitam tanpa spek tu..wakil dari OLD BOYS dan lagi sorang tu dah tentulah YDP PIBG. Opps, yg lagi sorang berbaju batik kuning (tinggi)..GPK sekolah ler..hehe..   

kolaj4.jpg

Gambar2 ni adalah utk acara cabutan bertuah kategori tetamu jemputan dan kategori para pelajar sekolah.

Tiba2 lak aku kena jadi jurugambar ‘terjun’ malam tu. Padahal kan….bateri kamera tak tukar, bateri video-cam tak cas, haha..Sebelum tu abang dah tegur aku pasal tu…tp aku kata…wat pe, nak amek gambar sket2 aje…Tu ler, tak ikut ckp suami, ngeh2!!

kolaj1

Lepas majlis makan2 tu…ada ler diadakan beberapa persembahan termasuk ler persembahan budak2 ni. Dorang nyanyi lagu ‘Andai Dpt Ku Undurkan Masa’ dari AXL’s, hehe..lagu rok-kapak tu..

Mesti budak2 ni suka dgr SINAR.fm, hehe..Nyanyian dorang diiringi petikan keyboard profesional di Taiping ni iaitu EN. Raja..

ke5

Ni ler ANGAH pada malam tu… 

PA230122PA230125

Ni pulak Kak Ros, isteri Mejar Razak yg juga AJK PIBG. Dia dendangkan lagu KASIH. Pergh!!! kelas betul ler suara Kak Ros. Maklum ler..org dah biasa wat show, hehe..

Yg lagi satu tu…cikgu Basri, mantan GPK sekolah ni dulu. Dia hiburkan tetamu ngan lagu hindustan filem lama, dahsyat woo!!! Kedua-duanya diiringi ngan keyboard EN. Raja.

ke19

Semua ni tengah khusyuk tgk persembahan. Dorang dikawal oleh cikgu Rozieta yg kecik molek ni. Beliau setiausaha PIBG sekolah, hehe..

Naseb baik budak2 ni baik2 pulak malam tu. Maklum ler..sekolah semua budak lelaki ni..paham2 ler, kan?? hehe..

kolaj6

Ni jemputan khas malam tu..pelajar Tahun 3 dari SK Kg. Jambu. Nama dia pun ada RAJA gak. Mgkn anak sedara EN. Raja tu ler, hehe..Terer budak ni.

kolaj5.jpg.jpg

Ni antara situasi2 yg sempat aku rakamkan pada majlis tersebut..

ke15

Cikgu Rozieta…orang yg selalu kol atau mesej kat aku pasal miting sekolah, hehe. Hmm..semua ni bakal menjadi kenangan aku ler. Pasal, tahun depan..ANGAH dah sekolah menengah. Kalo mai area sini pun..sebab lalu nak ke Bukit Larut ataupun sesekali hantar-jemput AKISS di TMGS ataupun sesaje nak ronda2 lake garden, hmm..

DSC01130

Ni ler keadaan ANGAH yg sangat keletihan balik dari camping semalaman di sekolah. Tak sempat sampai umah lagi….dia dh tido ngan nyenyaknya kat dlm keta, haha..

Balik umah…ngan tak angkat barang2 masuk…terus aje dia masuk bilik….zZzZzZz. Camne nak dok hostel mcm ALONg tu…ANGAH ooiii??

NOTA;

N3 kali ni ibu dedikasikan khas utk ANGAH. Jika umur blogspot ni panjang…leh ler ANGAH belek2 kembali utk mengimbas kenangan..

9 comments:

[-suziey-] said...

waaaa syioknya angah berkamping..hehe..waaa rajin gk akk g berkhemah yek..siap tido satu khemah 5 branak.hehe..
rejeki akk btl..untung jadi ajk pibg yek..dpt free meja..hehe..mahal gk rm80 ek..kalu kt kl bese la..
akk..sy peminat tegar axl's tau..lagu andai dpt kuundur masa dgn akulah kekasihmu..hehe:p

~ Ibu ZAAZ ~ said...

cam seronok jer bunyik nya. camping bersama2.

meriahnya n3 dia. sronok membacanya.

ibuayu said...

seronk tengok camping tu..Ada majlis makan malam lagi..Maca satu pembaharuan...boleh diikuti tu.

Gieyana said...

wahhh..seronoknya camping! rindu dgn zaman camping dulu2..

hmmm..jamuan tiger? ada kasi laut tiger tak? kekekeke

mmg nmpak happening tul!

Cik Cookie said...

dulu kalau ada camping n kn wat persmbahn CC xbg parents datang.malu nak suh anak dia g "berbakat besar" nih berlakon.

Anonymous said...

Zaman PI dulu berkhemah dibuat betul2 dalam hutam. Zaman berubah -Tengah padang pun tengah padang la asalkan program perkhemahan dapat dijalankan.
Pemancing Ikan

DeLLas said...

hehehe.. macam gi pub plak ada tiger tiger ni..

POSH76 said...

bessnyer banyak activiti...skali skala camping mmg happeningkan...hehe

J@J@ / Bini The Rock said...

kesian angah...

penat camping ye ngah???
takpe..yg penting dlm sijil berenti sekolah ade tercatit 'kursus yg di hadiri..'

camping ni nak latih angah bila kena keje Outstation nnt kan...so, tak de la terkejut bila berjauhan dgn kuarga...