Friday, October 9, 2009

Sudah 20 Syawal???

Walaupun dah 20 Syawal ari ni tapi masih ramai yg membuka rumah masing2 dgn menyediakan pelbagai hidangan yg sedap2 belaka.
Cuma aku ni mmg kekurangan jemputan. Kalo ada pun..malam esok ke Open House Masa Katering dan Ahad kat umah Sela.
Tu pun nasib baik tak byk jemputan..kalo idak..bulan Syawal dah abes, bulan Zulkaedah pulak muncul tp blog aku ni masih tak abes2 dok tayang gambar raya, ngeh2!!

Kalo aku tingin nak makan apa2 yg selalu dihidangkan kat open house tu..ari tu gak aku wat sendiri. Makan sekeluarga je..hehe.
Mcm minggu lepas..aku wat nasik ayam. Pastu aku rebus nasik impit, wat kuah kacang...wat rendang ayam..puashati!!! Takyah tunggu orang jemput pi open house dah, ngeh2..
Tapi masak tu takde ler sedap sgt pun, boleh lah nak makan anak-beranak...tetamu sorang dua, ekekek...

Gambar ari ni adalah gambar last aku beraya kat Bentong sebelum balik ke Tepen petang 3 Syawal tu.

Lepas gi umah Cu Sadiah..kitorang menuju ke umah Mak Ngah Yang, kakak ayah. Mak aku ni suka sgt kitorang ni tak lupa utk berjumpa ngan makpak sedara kitorang sendiri. Kalo ikutkan aku..aku malas dah nak gi pasal pakaian kitorang tak masuk beg lagi. Kang terkejar2 nak wat semua tu.

Fadel sgt teruja nak minum air sirap, huhu..
Naseb bek kat umah cu tadi dah minum air ber'gas. Kalo sirap gak..mau keluar dialog cam iklan tv tu, "sirap lagi??"..huhu..

Atuk sedang melayan cucu pempuannya yg gedik ni..naseb ler atuk ooi!..huhu.

Abg Anas ni tau mak aku tu ada penyakit kencing manis. Jadi, dia pun cantas batang pokok Israel yg dikatakan boleh mengubat penyakit tersebut dengan cara..menjemur/mengeringkan daunnya dan direbus utk diminum. Tp jangan lupa utk pi check doktor pasal daun ni kalo terlebih guna..dia akan menyebabkan racun pulak. Tu yg dinamakan pokok tu pokok Israel. Dia mengubat..tapi kalo tak berhati-hati dia jugak leh jadi racun membunuh!!
Kitorang pun amek batang pokok tu utk ditanam kat umah masing2. Senang aje tanamnya..macam tanam pokok ubi kayu tu aje.

psst; ada jugak nama pokok....pokok Israel ye. Apa nama sebenar dia? hihi..

Dayah dah rasa kepahitannya daun pokok Israel tu, ngee..

Semuanya sedang mendengar penerangan terperinci tentang kegunaan daun pokok Israel ni dari Abg Anas..
Aku pun sebenarnya rasa gak daun ni. Walaupun aku rasa seco'et aje daunnya tapi mak aii..pahitnya bukan main.

Dari umah mak ngah Yang..kitorang terus ke umah Kak Timah iaitu anak perempuan tunggal makngah Yang (merangkap sepupu aku ler tu..)
Bukan jauh pun dari umah Mak Ngah..kat area Kg. Lebu gak..

Kat belakang umah dia ada pokok buah mata kucing ni. Hmm..nasib baik kecik lagi buahnya..kalo dah leh dimakan..mau ada lagi satu adegan menjolok buah iaitu buah mata kucing pulak!! hihi..

Best jugak umah kak Timah ni. Umah ni dia bina atas program Rumah Mesra Rakyat. Pinjam duit kerajaan, kerajaan yg lantik kontraktor utk bina dgn jumlah yg disediakan, dgn plan rumah yg diorang dh tetapkan...
Kak Timah cuma perlu gi bayar tiap2 bulan ansuran pinjaman umah tu ngan jumlah mampu yg telah disyaratkan..(sgt mampu utk seorang 'misi klinik kerajaan', hehe..)

Ari tu..kak Timah wat nasik lemak. Walopun tengahari..tetapi nasik lemak sangat sedap dimakan ketika perut sedang meminta2 makan, hehe. Sebenarnya, nasik lemak Kak Timah tu mmg sedap pun. Kalo anak2 aku pun suka tu..maknanya sedap ler tu, hihi..

Ni ler Kak Timah, seorang misi dan seorang bomoh..eh, iye ke??

Ayah berborak ngan suami kak Timah iaitu abg Joe (orang Bukit Gantang)..

Ni ler umah Kak Timah atas program Rumah Mesra Rakyat tu..besar gak ye. Nak mintak peruntukan cenggini..disyaratkan..peserta kena ada tanah sendiri. Tapi yg utamanya..diorang tengok pendapatan gak..layak ke idak dpt sertai program cenggini.

Tamat laa citer raya aku kat Bentong utk Syawal 1430H ni. Petang tu Fadel balik dulu ke Chenor. Kitorang mula bergerak dari umah mak dah lewat petang jugak ler. Sampai Tepen hampir jam 12mlm.

Nanti nak masukkan gambar raya kat Tepen pulak. Walaupun tak brp byk..tapi boleh ler tahan gak, hihi..

Lain2 hal;
Pagi tadi aku bergegas ke pej. pos utk beli setem keluaran khas. Isu kali ni ialah isu kanak2. UNICEF telah berpendirian bahawa kanak2 mestilah mendapat;
- hak utk bermain
- hak mendapat makanan
- hak mendapat pendidikan
- hak mendapat perlindungan.

Tetapi..bukan semua kanak2 di dunia ini mendapat hak2 mereka itu..

Hmm..aku sdg konfius ni..Sape tau budak2 sekolah cuti utk Deepavali berapa hari?? Isnin 19hb tu cuti ke?

9 comments:

POSH76 said...

bestnyer jamu mata beraya kat kampung...camnilah dulu saya beraya masa tecik2...la ni tinggal kenangan..huhu

[-suziey-] said...

huhu..xpela..mcm org tau masak mcm akk..pandai plak tu..bole la mkn kt umah sdiri je..kalu sy ni ha..kempunan ler..
akkk..daun israel ni ade kt mane ek..btl ke elok utk kencing manis..MIL sy n ayah sy ade..tp in early stage la..in control..cuma sediakan ptyung sblm ujan..:D
hehe..dh dpt dh stamp? rajin mengumpul..hmm mmg xsemua knak2 dpt hak2 tu..ikt keadaan hidup memasing kan..
erkk ank sy xsekolah so xleh nk tlg..hahhahaa..xamik tau pn:p

Gieyana said...

akak...hari Jumaat smpai Ahad jer kot cutinya tue..kekeke

Beraya x abis2 lg yer..:D

atty's said...

takpe..selagi raya lom abis..tepek je gambar raya..tak jemu mata nengok..

kty tau ni tak beraya sangat..umah sedara jew pegi.umah kwn takdan..

ikiqzana said...

best tul sis beraya.. setahun sekalikan.. meriah.

klu anak zana.. si sara cuti ari jumaat gan isnin. tapi dia sek kt smart reader kid.. x tahu la sekolah lain..

ibu_umairah said...

a'ah betul...as pun selalu gak buat mcm itu!!!kalau agak2 tak puas nak makan....as masak je..hee.hee

DeLLas said...

xtau pasal cuti deepavali sbb sarawak x cuti hehehe..

naznah said...

ya la..sayer pon compius ni..selala 20/10 bleh ambik cuti..tapi..19/10 x tau plk ape citerr..x kan masuk kolah sehari cuti plk sehari....mungkin cuti khas kot..macam ari tu...tul x...?

~ Ibu ZAAZ ~ said...

di sekolahku, cuti deepavali dari jumaat 16 sampai senin 19. tapi dengarnya extend lagi sampai 20. soklan cenggini kena tanya sekolah anak memasing. tak sama. bergantung pada sekolah.