Thursday, October 29, 2009

Sudah sampai sini......sudah sampai sini....

Sebenarnya...sgt jarang aku masukkan gambar2 kengkawan se-ofis abg dlm blog aku ni. Tetapi disebabkan Pak Haji yg bakal bersara dari berkhidmat bersama GSL pada 31hb Oktober ini aku dah anggap seperti saudara-mara terdekat aku kat Taiping ni...maka aku berikan perhormatan N3 kali ni utk beliau.


Aku mmg suka bersahabat. Lagi ramai lagi meriah...tapi biarlah sama2 jujur dan ikhlas. Bukan kerna terpaksa..hehe..

Hmm..tengahari tadi...GSL telah meraikan Pak Haji di Hotel SSL Traders, Kamunting. Ramai ler staff GSL yg turut turun dari gunung utk ke situ...hehe..

Semua gambar2 ni abang yg rakamkan ngan hp SE beliau. Majlis makan2 ni hanya utk staff aje walaupun hotel ni dh dekat ngan area umah aku, haha..

Di akhir majlis makan2 ni...Pak Haji menerima cenderamata dari GM GSL, Tuan Haji Zul. Pasti Pak Haji sukar utk melupakan pengalaman sepanjang berkhidmat di sana. Sebab keje ngan GSL ni mcm selesa gak ler.

Ni adalah gambar ulangtayang. Pernah disiarkan kat blog aku sebelum ni. Ianya dirakamkan ketika Aidilfitri baru2 ni.

Sebenarnya..aku dh kenal Pak Haji ni sebelum abang mengenali beliau lagi. Aku kenal Pak Haji ni selepas aku kembali bertugas setelah bercuti bersalinkan Along. Ketika ofis tempat aku berkerja telah berpindah ke bangunan baru. Pak Haji sewaktu tu adalah draftman kat situ.
Suatu pagi ketika di tea room...Pak Haji terbaca satu iklan jawatan kosong di sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Jawatan kosong di GSL ler tu. Jadi..balik keje tu aku pun bagitau abang tentang jawatan kosong tersebut. Masa tu abang keje kat kilang Silverstone lagi. Pak Haji mohon...abang pun mohon. Sama2 dpt gi interview. Akhirnya..Pak Haji dpt jawatan yg ditawarkan dan abang pun mendapat keje jugak kat situ pada tahun 1996..hmmm, rezeki anak2. Lepas tu, abang ngan Pak Haji pulak yg jadi ofismate, hehe..

Mula2 aku mengenali isteri dan anak2 Pak Haji sewaktu GSL Family Trip ke Phuket ngan THE EMPRESS. Ternyata..isteri Pak Haji iaitu Kak Ruby sangat aku senangi. Alhamdulillah, sampai ke hari ini...aku senang dgn perhubungan kekeluargaan ini. Cuma aku belum berkesempatan utk menjengok cucu sulung Pak Haji lagi..


Kat bawah ni semua adalah gambar kenangan tahun 2008...semasa musim buah durian di Badung Camp milik Pak Haji..
Alhamdulillah, suatu hari tu Pak Haji mengajak kitorang gi dusun dia yg dinamakan BADUNG CAMP. Walaupun jauh jugak berjalan kaki mendaki bukit...tapi sgt berbaloi pasal kat situ ada musim buah duyan serta yg sgt spesel ada air terjun yg bertingkat2..boleh panjat tinggi2, best!! pengalaman yg sgt best!!! TQ Pak Haji coz sudi mempelawa kitorang gi situ..

Gambar di atas tu abang, Pak Haji, along ngan angah tengah sebok menghidupkan api ngan cara Man VS Wild, hehe..Nak bakar cotong...hihi..

Ni kira air terjun tingkat ke 3 kot...Airnya mmg sejukkkk sgt!!

Huhu...ni posing setelah kenyang makan nasik ngan lauk pauk yg kak Ruby masak. Tambah pulak dpt makan buah duyan segar dari dahan pokok, haha.. Mmg syiokkk!! Tu ler gambar kenangan di bulan Julai 2008...

Buat Pak Haji; semoga ikatan persahabatan ni akan berkekalan selamanya. Kalo sudi...leh ler jemput kitorang lagi ke BADUNG CAMP tu..hihi..

11 comments:

zura@iwan said...

Kak alona mmg suker berkawan....sukerr senyum..manis org yer...semua org suker bkwn..hehe

CINTAMANISZ Lite said...

uii..zura, jgn ler puji lebey2...susah ler akak nak wat tapisan, ngeh2...

Diarihatiku1976 said...

untung pak aji ada org sayang.. ahasskks..

wantie said...

air terjun buat aku terasa nak terjah kat sana.

Tahniah buat pak aji kerana telah bersara dan masih sihat gitu.

[-suziey-] said...

hohoho zaman 1996 mmg zaman senang dpt keje kan kak..seb bek sempat..sbb 1998 dh gawat..hehe..
kira akk la yg perkenalkan hubby ngn pak haji ni yek..hehe:p
hmm mmg bgs mengeratkan silaturrahim..dituntut dlm islam..hehe..akk mmg suke berkawan...tu yg syiok..

Rinna said...

Aduhaii..bestnya mandi air terjun.. dah lama rasanya tak gi mandi air terjun nie..

ikiqzana said...

wah seronokkan sis.. moga persahabatan gan keluarga pak aji hingga ke akhir nye..

best nyer g ke dusun duyan.. ada air terjun lg..

Cik Cookie said...

pg panajt bukit kat wangsaMaju.
tu pun sbb tingat kat akak.
jeles u.

atty's said...

semoga persahabatan kalian ..berkekalan hingga ke akhir hayat..amin

Fara_Adura said...

Kak Alona memang suke berkawan.. betoi akak..berkawan bukan kerna terpaksa kan.. haruss ade jujur tanpa langsung ade sebarang rasa phd d ati.. kekekeke

Syokk kan dapat kawan ngan ramai orang.. fara pon suke gak..harap one day dapat jupe akak..:D

Wak Kumis Singapore said...

Lain musim jangan lupa ajak Wak Kumis belasah Duyan di dusun The Badung camp,Wak pula bermula kenali Haji,kemudian Wak Mustar,baru Alona yg pendiam bila di majlis PI(Tegur Wak pun tidak kan Alona)Wak segan lah sebab Alona ni manis sangat.....Kwang kwang Kwang....Meow.