Ahad
Masih pada hari yang sama dgn entry yg sebelum ni, hehe.
Lepas aje kenduri Mak Cik Jama...kitorang pun menghala ke Taman Damai utk memenuhi jemputan kenduri mak ngah sempena nak menyambut bulan Ramadhan.
Tp bukannya diadakan kat umah arwah pak ngah tu...kat rumah Kak Ani rupa2nya, huhu. Tapi tak jaoh laa pun. Kat Taman Indah bersebelahan tu aje.
Seronoklah Mak Ngah dan anak2nya tgk kitorang ni sampai. Berpelukan ler dorang sambil buat lawak mesra, hahaha.
Sampai je..terus ler kitorang dok kat tempat makan yg disediakan. Mula2 takde sape pun yg nak makan nasik. Maklum laa, baru datang dari kenduri kawen, kan..kenyang dh masing2.
Ayaq ais datang dulu...abes...maklum laa, cuaca panas...kan...hehe.


Bila dh dihidang tu..baru ler nampak terserlah lauk pauk masakan kampung yg sedap2, kan..
Ulam-ulamannya pun...aduhaii penoh satu talam, huhu..
Maka ramai ler jugak tingin nak merasa dan menjamah walaupun tak letak byk nasik.



Paksu ni dah lama menetap kat Johor Bahru.


Cerita2 kelakarnya antara yg dijadikan bahan perbualan sesama kitorang kat situ, kehkeh.



Pasal apa tau?? pasal, aku tinggi sket dari mak ngah, hehe..

Air dh berapa jag sampai kat meja kitorang, huhu...
Dah abes tu...kitorang pun balik ler ke rumah.
Petang, mak kol soh mai umah. Sela buat bihun sup. Pekena bihun sup kat meja luar sambil berborak tak abes2 sampai gambar suasananya pun dh lupa nk amek lak, ish..ish..
Nota;
-Makin menghampiri Ramadhan...murah rezeki dgn jemputan makan2, hihi..
-Gambar2 ini N3 masih atas ehsan kamera Angah, hehe..
2 comments:
Assalam,
Seronoknya berkampung berkenduri kendara. Sangat rindukan suasana sebegini. My Mak Ngah, Pak Ngah, Tok, Opah, Mak Pak Tam, Mak Su Pak Su, Abah, Emak semua dah berkampung di dunia sana.
Aku yg masih menanti di sini.... Mungkinkah ini Ramadhan terakhir atau sempatkah aku menanti Ramadhan ini. Insyaallah.
ramai org amik kesempatan sempena menyambut ramadhan dgn buat kenduri tahlil/doa selamat.
minggu lepas pun ada jugak kenduri kat bagan datoh,perak tp tak dpt balik..minggu depan baru leh balik..sob..sob..
Post a Comment