Wednesday, March 21, 2012

Akiss & honeydew nya....

Sebelum sambung citer cuti sekolah suku tahun kitorang gi KL tu...meh nk simpan citer kat sini psl aktiviti dan jgk hobi anak2 aku ni selain dari memelihara kucing, melukis kartun, mm..

Angah ngan akiss ni mmg hobi dorang suka bercucuk tanam terutama tanaman yg boleh digunakan pd masakan dan boleh dimakan. Pokok2 bunga dorang tak brp nk minat, hehe..**
Along pulak minat biasa2 sj. Selalu menjadi penasihat dan juga menjadi pembakar semangat pd adik2nya , hehe. 

Sebelum ni selain serai, pokok kunyit, pokok daun kesum, pokok nenas.....angah dah berjaya jgk menanam pokok petola, kacang botol dan kacang hijau (kcg buat bubur tu, hehe)...

Mula2 buah petola keluar...boleh dibuat masak jgk laa sebab saiz besar...lama2 tak boleh dh sebab buah jd bantut2, hehe..

Kemudian..kacang botol. Sampaikan jemu dh aku makan kacang botol tu..buat ulam dan ada jgk digoreng ngan daging atau udang. Kak nor pun ada ler amek jgk utk dibuat ulam tp buahnya mmg lebat sgt. Tiap2 hari ada jer yg boleh dipetik...ish..ish..
Lama2 tu..bila dh jemu..takde ler yg nk memetik dh. Sampai kacang botol tu dh tua dan boleh dibuat benih pulak, hehe.

Kemudian, kacang hijau. Kacang ijau ni mmg tak penah laa aku amek pun bila dh berbuah tu sampai laa pokok kacang ijo ni dh mati...hehe..

Dan ketika ni...di kawasan sekangkang kera yg sama...pokok buah tembikai susu telah berjaya akiss tanam sehingga dh berbuah pun pokoknya, hehe..
Bangga gak aku ngan budak2 ni...sejuk tangan dorang. Tanam selalunya menjadi jer, hehe.
Harap2 ada ler rezeki tuan yg menanamnya nk merasa hasilnya, ye..hehe..Leh gak ibunya nompang makan, kehkeh. Siap berbalut buah tu takmo dimakan ulat lg, ish..ish..
Cantik buah2 yg keluar tu. Ada beberapa bijik yg elok dan ada jgk yg busuk diganggu ulat. Tp dorang dh buang buah busuk tu.
Ada jgk beberapa bijik yg berbuah di dalam kawasan umah jiran kitorang ni, hehe..

Dh berlalang dh kat situ. Dorang dok tgk buah aje ler. Lalang tu cuba ler dicabut, ish..ish..
Lalang yg lain tu...sila ler abahnya mesinkan ye...

Nota Alona:-
-Alhamdulillah, hari ni suara dh keluar semula wlpn masih serak2 rock, gitu...hehe..
-Dpt ler jgk aku menjawab kol...hehe. 
-sekali 2 entry aku apdet hari ni, ye..ish..ish..mcm takde keje lain.

3 comments:

Kamsiah said...

salam
akak suka sgt honey dew...buat jus...kalau mkn kat luar pun asyik oder honey dew memanjang...
kat daily fresh pun pantang jumpa,oder honey dew...

DeLLas said...

hah.. x sempat la nk tggu aygh ni?

wantie said...

tu la kan, sejuk tangan akiss ni. tanam pokok menjadi.

T, sejak kecik dok tanam pokok itu ini. last sepokok je rambutan yg tumbuh hasil dari tangan T tanam. hahaha...

suka gak ngan honey dew.taruk peti sejuk pas tu makan. wow malatop.