Saturday, March 3, 2012

Majlis Baiah Peperiksaan

10 Februari 2012
Jumaat pagi

Kat sekolah akiss telah diadakan majlis Bai'ah ataupun dalam Bahasa Melayu nya...akujanji utk mencapai target cemerlang dlm peperiksaan UPSR nanti..
Sebagai ibu prihatin dan punya masa lapang...aku pun gi lah memenuhi undangan. Nk bagi semangat kat dia dan bangga ibu dia ada datang utk mengambil sijil akujanji tersebut.

Setiap majlis...mesti ada ucapan pembukaan terlebih dulu. Kemudian, tayangan slide bg peratusan tahun lepas dan sasaran peratusan utk tahun 2012..

Selepas itu barulah ada sesi ikrar dan akujanji dari murid2 tahun nam ni..
Bacaan ikrar dan akujanji ni dipimpin oleh ketua pengawas mereka....Dayah.
Lepas tu barulah sorang2 serahkan sijil tersebut pd guru kelas.
Mula2 kelas Arif dulu..
Sampai masa akiss lak serahkan sijil tersebut pd guru kelasnya.
Ni lak sijil baiah yg diserahkan oleh pelajar pd ibubapanya yg hadir pd hari tu.
Kesian kat 3 orang murid dari keseluruhan pelajar tahun nam yg mana ibubapa mahupun penjaganya tak menghadirkan diri dlm majlis tersebut. Bila sampai masa dorang nk serahkan sijil tersebut.....dorang nk serahkan pd siapa?? Ramai mata yg memandang apabila nama mereka disebut namun ibubapa ataupun wakilnya tidak hadir. Dorang ni bkn dari kalangan org susah pun. Aku yg setiap hari dok tunggu akiss balik sekolah ni mmg kenal mak pak dorang yg jugak saing2 aku tunggu anak2 keluar dari pagar sekolah.
Tp...tentu mereka ada alasan tersendiri. Asalkan jgn mengatakan majlis tersebut tak penting sehingga tidak mahu memenuhi undangan tersebut, sudahlah. Kasihan anak. Suka nk tgk anak berjaya tp tak mau memberi sokongan moral jgk pd mereka.

No comments: