Sunday, July 10, 2011

Seronoklah ujung minggu ni

Walaupun 9hb Julai 2011 adalah hari yg jelek bagi aku di atas peristiwa yg kemungkinan bakal mengkiamatkan bangsa Melayu sendiri oleh bangsa Melayu sendiri sekiranya masih tidak bersatu padu dan mempertahankan ukhwah sebangsa dan seagama sebagai umat Islam umat Nabi Muhammad s.a.w dan masing2 gila kuasa dan sanggup ketepikan semuanya, menutup mata, pekakkan telinga dan tidak menimbangkan apa yg baik dan apa yg buruk..menerima segala pandangan dari dakyah asing semata2 kerana fanatik dan ketaksuban...

Alhamdulillah, aku menerima kunjungan dari ahli2 keluargaku yg tersayang. Walaupun hari tu aku ngan abang sebok menjalankan tugas yg diamanahkan sehingga lewat petang tetapi aku gembira kerana diberitakan (oleh Angah) adik kesayangan aku Fadel & Dayah dh sampai dari percutian mereka di CH sempena sambutan ulangtahun perkahwinan.
Angah ngan Akiss tak ikut kitorang hari tu...sbb kitorang pun buat keje kat Bukit Jana aje.

Malam pulak...ayah dan mak aku sampai. Tapi masa tu...Fadel & Dayah keluar jumpa kawan dia yg penah sama mengajar kat Lawas dulu & skang dh mengajar kat Taiping ni.

Malam tu..seperti biasa kitorang berbual panjang dgn pelbagai isu termasuklah isu2 terkini. Nak ikutkan tak abes lagi..tp dh ngantok..masing2 masuk ler tido.

Pagi 10 Julai 2011..
Lepas dh masak ala kadar pg tu..aku, abg & akiss gi lokasi di Sentosa Villa, area kaki Bukit Larut dan Taman Tasik utk outdoor anniversary perkahwinan Fadel & Dayah. Mak, ayah & Angah dok umah aje.
Abes shoot...kitorang singgah umah, tukar myvi ke avanza, nak gi makan cendol ngan laksa bersama ayah, mak dan yg lelain kat port baru kitorang nk pekena cendol orang Melayu, heheh..

Mmg cendol kat situ sedap. Ada cendol kacang merah, cendol pulut, cendol + tapai, ABC....
Laksa dan bihunnya sedap. Ada gak nasik goreng, nasik ayam, mee dll..
Yg lain tak tau ler rasanya camne psl takde yg oder pun...

Lepas dh makan tu..kitorang ke ofis abang jap. Abg nak amek movie yg dh dimuat turun. Dh siap utk di'bakar', hehe...
Mula2 dok tunggu kat luar ofis aje. Tapi mcm lambat pulak tunggu abang...kitorang pun masuk ofis tu dok kat lobi, hehe.

Ayah dan anak lelaki kesayangannya, hihi..

Sebenarnya, gambar kat atas ni semuanya tgh tgk jam dinding kat lobi tu sekaligus memperkatakan tentangnya, hihi. Jarum saatnya bergerak baik dari satu saat ke satu saat tp waktunya tak betul pulak, huhu. Mgkn bateri dh weak kot, mm..

1 comment:

mawar_berduri said...

KL jem teruk..huh..tak best ..rosak program..dok rumah layan tv je la...