Monday, June 11, 2012

Kehilangan kasih sejati...

Agak lama aku tak apdet blog dan langsung tak masuk sini. Kali ni aku cuba gagahkan diri utk menyimpan sket citer pilu kerana telah kehilangan seorang insan yg sgt2 dikasihi dan disayangi yg telah pergi mengadap Ilahi. Hari ni dh hari ke 4 emak tiada di dunia fana ini..

7hb Jun 2012
17 Rejab 1433H
12.15 pagi..
Di rumah makngah, Kg. Lebu...

Waktu tu aku belom tido lagi...abg pun. Kitorang masih ngadap komputer cuba menyambung sedikit gambar pengantin yg perlu disiapkan sambil membelek fesbuk. Anak2 dh tido. 
Kul 12.17 aku terima kol dari Fadel...memberitahu satu berita pilu. Mak dh takde, mak dh meninggal dunia!! Aku cuba ulang apa yg Fadel bgtau. Baru seketika menurut Fadel. Aku antara insan terawal yg diberitahu mengenainya.

Aku tergamam, terdiam seketika. Pandang abg kat sebelah dan abg dh tau tentang berita tu kerana aku telah mengulangi apa yg diberitahu oleh Fadel sebentar td.

Kitorang baru jer sampai umah kul 10mlm. Kitorang baru jer balik dari Bentong. Kitorang balik ke Taiping kul 2 ptg td tu sebab tgk mak mcm dh ok wlpn masih sakit2. Aku perlu balik ke Taiping..(citer Isnin - Rabu tu aku akan citer detail pd entry yg lain)...

Dalam tempoh 2 jam berada di rumah kitorang ni...Along sempat membantu aku membasuh kain baju yg dh digunakan semasa di Bentong sejak Isnin - Rabu (4hb - 6hb) ari tu.

Walaupun baru 2 jam di Taiping...nampaknya kitorang perlu pulang ke Bentong semula. Anak2 perlu dikejutkan...masing2 dh lena tido. Kain baju kitorang main belasah aje amek taruk dlm beg. Pakaian yg along dh basuh dan bersidai kat luar dapur tu...dialih utk digantung kat dlm bilik Akiss.

Abg tu masih belom hilang penat memandu dan belum sempat nak cas tenaga yg telah byk hilang sejak Isnin hari tu. Memula abg kata...balik pg2 esok selepas Subuh. Tp aku kata...aku tak boleh nk tido. Perlu balik malam tu jgk sebab aku takmo terlepas dlm pengurusan jenazah terutama mandikan jenazah insan kesayangan aku. Mesti diorang akan uruskan pagi dan aku dpt agak mesti jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor.

Abg faham perasaan aku. Malam tu kitorang balik Bentong ngan perjalanan yg tenang. Tak perlu nk kelam kabut. Jam baru kul 1 pg. Sampai kat Tapah kitorang berehat sebentar...layan mata dlm setengah jam sebelum memulakan kembali perjalanan.

Sampai umah Mak Ngah kul 7 pagi. Jenazah mak kitorang tatapi. Perasaan bercampur baur. Antara percaya dan tidak...aku sudah kehilangan mak. Fadel jgk sudah kehilangan mak. Ayah sudah kehilangan isteri tercinta. Abg dan Dayah sudah kehilangan mak mentua. Anak2 aku sudah kehilangan wan kesayangan mereka.
Namun begitu...kitorang dh redha...tetap pasrah. Mak mmg sakit teruk, terseksa melihat kesakitan yg perlu ditanggungnya. Akibat...akibat...mm...(tgk laa..aku kena pikir betul2 nk citer atau tidak!!)

Wajah jenazah mak sgt tenang, mendamaikan. Wajah mak tersenyum...alhamdulillah, aku doakan roh mak tenang di sana.
Umur mak belum genap 55 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya.
Mak aku ni asalnya dari Kg. Paya Rumput, Sg Udang, Melaka. Mak dok kat Bentong sejak bertemu jodoh ngan ayah. Mak anak ke 4 dari 5 beradik. Mak anak yatim piatu sejak kecil lagi.

Nota Alona:-
Gambar2 di bawah diambil adalah utk kenangan kami semua. Itu pun hanya menggunakan kamera hp sj. Bkn semua disimpan di sini kerana yg lain adalah terlalu peribadi. 

Van jenazah milik Masjid Kg. Lebu dh sampai.
Tempat mandi jenazah pun dh tersedia. Tunggu air daun bidara aje.
Rakan2 mak menyediakan kain kafan.....
Alhamdulillah, segala urusan berjalan ngan lancar..berkat kerjasama saudara-mara dan kengkawan mak yg datang ziarah.
Aku dan Fadel......kini kehilangan kasih syg sejati. Kasih syg sejak dari rahim lagi...hingga ke ujung nyawanya.
Kitorang telah kehilangan orang yg sangat kitorang kasih. Kasih-syg yg tiada berbelah bahagi!!!
Mgkn ada yg bertepuk tangan suka ngan keadaan ini. Memadan muka kitorang sbb dh takde mak...tp tak mengapa. Sebagai hambaNya....masing2 ada bahagian masing2. Yg aku tau....mak aku telah mendapat bahagian yg terbaik.
Pada ayah, kat fadel dan kat aku pun...mak mmg sentiasa bercerita impian mak tentang kematiannya wlpn masa tu mak masih sihat. Dan..mak sentiasa mengingatkan kitorang agar jgn lupa tentang perkara tu.
Alhamdulillah, mak dpt apa yg dihajat. Bkn satu....tapi semua!! Alhamdulillah.

**Sesungguhnya orang yg paling cerdik adalah orang yg sentiasa mengingati mati..(riwayat ibnu majah dan ibnu abidunya)..

Ulama menyebut bahawa orang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara :
1) Dia akan segera bertaubat kepada Allah
2) Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya
3) Dia akan rajin mengerjakan ibadah.
Begitulah sebaliknya. Manusia akan dihinakan dengan 3 perkara jika ia lupa dari mengingati mati.
1) Dia lupa kepada taubat kepada Allah
2) Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya
3) Malas untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

Alhamdulillah, aku berpeluang mandikan jenazah mak.
Ayah..insan terakhir memandikan jenazah sebelum dikafankan.
Semua dh sedia...sahabat handai, rakan taulan semakin ramai datang menziarahi.
Kaum lelaki yg sudah berwudhu' sedang menunggu jenazah mak dikafankan utk disembahyangkan.
Sebelum dikafankan sepenuhnya...kitorang mengambil peluang mengucup pipi emak utk kali terakhir.
Setelah dikafankan sepenuhnya...jenazah disembahyangkan oleh 5 saf jemaah lelaki dan berimamkan Idey iaitu sepupu aku. Disembahyangkan di rumah mak ngah jgk adalah amanah dari mak.
Jenazah dibawa turun dari rumah.
Aku terharu kerana ramai yg hadir termasuk rakan2 sekerja mak dari kilang Powernet. Walaupun mak dh tak keje situ hampir enam bulan lebih dh tetapi dorang tetap datang menziarahi dgn keluar sekejap dari bertugas dgn mengambil gate pass.
Aku, ayah, fadel dan makngah menaiki van yg dipandu oleh abang Tan.
Sampai kat sana...dh ramai yg menunggu.
Paling aku terharu...kubur mak terletak di bahagian tepi. Bermakna kitorang tak perlu melangkah atau melalui kubur lain utk menziarahi pusara mak ni.
Tanah yg telah dikepalkan utk menyokong jenazah di dalam liang.
Hanya 3 org dibenarkan berada di dalam...Fadel, suamiku dan paklang.
Ramai yg hadir.
Kerja2 pengebumian dijalankan.
Alhamdulillah, anak dan menantu dpt berbakti pd mak sehingga saat ini.
Busu (adik mak yg bongsu), ayah dan pakngah wlpn dlm situasi pilu...tetapi redha dgn takdirNya.
Wlpn angah tak dpt masuk menolong di bawah...tetapi dia tetap menolong di bahagian atas.
Suasana hiba tetapi tetap ditahan. Yg pergi tetap pergi tetapi kenangan yg telah ditinggalkan tetap dlm ingatan.
Pak ngah...abg mak no. 2
Adik-beradik mak semua datang kecuali paklang Dahlan sebab dia sedang menunaikan umrah. Cuma diwakilkan oleh maklang Som.
Ayah......
Semoga roh mak tenang di sana...amin
InsyaAllah, kitorang akan ziarahi pusara mak lagi..
Bila aku mula tgk jenazah mak ketika sampai umah makngah pagi itu....sehinggalah urusan mandi jenazah, kafan, disembahyangkan, dikebumikan....aku sangat2 redha dan sedaya upaya menahan pilu. Tetapi kelemahan aku...bila antara saudara mara, sahabat mak dan ayah bersalam dan memeluk aku menyuruh aku bersabar....saat itulah air mata terus bergenang dan menitis.

Malam tu adalah malam pertama majlis tahlil utk mak diadakan. Semuanya dibuat di rumah makngah Yang. Itu antara pesan mak pd kitorang semasa hayatnya.
Sebelah atas ni para jemaah lelaki...yg perempuan semua kat bawah di bahagian dapur..
Kini aku kehilangan sumber doa mustajab dlm dunia ini...iaitu doa dari seorang ibu.
Utk kalian semua...sementara ada ibu...sayangilah mereka, curahkanlah kasih syg tak berbelah bg pd mereka. Bertuahlah kerana kalian masih lagi mempunyai ibu...

**Kini cuma menumpang kasih syg ibu mertua..

Bersambung....

Nota Alona:-
~Kasih syg ibu & bapa tiada bandingnya. Oleh itu...sayangilah mereka. 
~Bukan emas permata yg mereka harapkan tetapi sentuhan listrik si anak, menantu dan cucu syg adalah penawar dukanya.
~Selalulah menjenguk dan salam peluk cium mereka. Paling tidak pun keraplah menelefon bertanya khabar....
~Jika boleh membawa diri sendiri bercuti ke destinasi percutian istimewa, malah sehingga ke luar negara......kenapa tidak boleh pulang ke kampung menziarahi ibubapa dan menggembirakan hati mereka??
~Jgn bebankan mereka dgn masalah kita. Cukuplah jerit perih ibu mengandungkan kita, melahirkan dan mereka bersama berdua membesarkan dan menyekolahkan kita dulu.
~Sentiasa berbuat baik dan menjaga hati dan nama baik mereka.
~Jadilah anak yg baik kepada ibubapa.
~Boleh baca info menarik mengenai ibubapa di SINI..
~Wlpn emak dh tiada di dunia ini...InsyaAllah, dia sentiasa bersama kami semua.

11 comments:

wantie said...

Alfatihah.. semoga roh ibu kakak di cucuri rahmat. Tabah ye kak.

sekalung ucapan takziah dari T untuk akak sekeluarga.

attyfir said...

al fatihah..semoga rohnya dtmptkan dikalangan org2 yg beriman..

Hunny Kitty said...

al fatihah..
semoga rohnya dtmptkan dikalangan org2 yg beriman..amin

Gieyana said...

Salam Takziah utk akak sekeluarga..moga akak tabah dgn dugaan Allah..

Saya hadiahkan AlFatihah utk Allahyarhamah..moga makcik tenang di sana..

Rinna said...

Salam Takziah.. dan Alfatihah utk keluarga Ina sekeluarga.. Moga roh ibunyaa tenang di sana bersama2 org2 yang solehah..Amin

mamawana said...

Pilu. Takziah dan Al Fatihah. Semoga berbahagialah bonda di sana bersama org2 solleh yg dirahmati dan diberkati illahi. yang tinggal teruskan kehidupan menyambung cinta haqiqi mengharap redho Illahi.

rahayu said...

salam takziah.semoga tabah menghadapi dugaan hidup ini...Al fatihah

Suzana Ikram said...

Salam takziah dan Alfatihah sekali lagi buat bonda sis.

Delimasari said...

al-fatihah -

Anonymous said...

Alfatihah buat arwah mak kak Alona..

kebetulan atuk saya pun meninggal 1 jun (pagi jumaat) baru2 ni..

semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin

-firuz-

DeLLas said...

Al-Fatihah..