Sunday, August 4, 2013

Aktiviti 25 & 26 Ramadhan...

03.08.2013
SABTU

Hari ni hari ulangtahun kelahiran akiss..
Tp akiss tak balik umah lagi. Masih di hostel.
Maka, kitorang berempat gi ke bandar Taiping ngan motor aje. Sebab dh tau kat sana jalan mesti sesak dan susah nk cari tempat parking.

Aku ngan abg....Along pulak bawak angah.
Kat jalan pun kenderaan dh banyak dh...
Tu waktu pagi tu..Kalo tengahari sket...tentu lagi banyak yg keluar nk shopping.
Amek gambar along bawak motor, hehe..
Along & CCU di lake garden. Angah kat belakang tak nampak...
Kedai gunting rambut yg abg biasa pi tu....dh penoh ngan orang menunggu.
Aku mmg tak suka dh tukang gunting kedai / owner kedai tu. Dh terkena ngan dia ni. Cakap tak serupa bikin...Abg jer yg masih pi situ sbb abg kata...cina tu jer yg pandai gunting rambut abg selain ABBA kat Baling tu...
Aku bawak along ngan angah kat kedai india ni. Selalu gi situ aje...
Dia pun dh lama jgk kat belakang The Store tu....Sejak The Store tak naik lagi agaknya dia dh berkhidmat sebagai tukang gunting rambut. Dia gunting rambut along ngan angah ok...dia paham apa yg aku bagitau walaupun dia tak sehebat ABBA di Baling tu, huhu.

Disebabkan kat kedai cina tu dh berderet2 orang menunggu kat dlm kedai...maka, abg pun sanggup ler digunting rambutnya kat kedai india ni jugak.
Kat India ni tak ramai orang lagi. Lega...
Mula2 along..
Along jugak...gambar angah tak amek, hehe..sama jer kan..
Sementara tunggu dorang gunting rambut...aku gi kedai selang 2 buah ni..utk beli rempeyek comel, kepek ubi pedas, dan kacang shandung pedas utk stok balang raya di meja nanti. Kat kedai tu mmg jual semua produk orang melayu...produk IKS dari Gurun.
Giliran abg pulak....ok jer aku tengok. Lain kali gi sini aje lah. Gi Leong tu wat pe?? huhu..
Kitorang parking motor kat depan kaki lima kedai gunting rambut ni aje.
Kemudian kitorang naik ke The Store.
Along ngan angah nak beli seluar trek suit Chetah....nak pakai raya...kahhhhhhhhhhhhhh!!
Sempoi tak anak2 aku??

Terjumpa cikgu kelas akiss masa darjah 5 & 6 dulu...
Cikgu tegur aku dulu sbb aku tak perasan dia kat belakang.
Dia tanya...hari tu hari lahir Farisya, kan?? Aku iye kan. Cikgu cari mana Farisya nya??
Aku ckp laa...dia tak balik lagi...mm..
Dh dapat dh seluar trek....kitorang cari t-shirt abah pulak. Abg nak bagi t-shirt raya kat abah.
Masa nak amek motor kat depan kedai gunting rambut tadi....terkejut tgk kedai india tu pun dh berderet2 orang dok tunggu. Nasib baik kitorang awal, huhu..

Balik dari bandar Taiping...terus singgah Masjid Jamek Kamunting. Abg nak bayar zakat fitrah kat situ. Tahun lepas ada 3-4 orang amil menunggu. Tp kali ni cuma 2 orang aje. Mgkn yg lain gi tunggu kat tempat lain kot..
Along angah tgk cara2 abah dia bayar zakat...

04.08.2013
AHAD

Cepat jer berlalu sehari..
Pagi tu aku gi pasar minggu Kamunting.
Hari tu dh puas cari blaus mak. Abg nak bagi mak blaus sbb baju kurung mak dh ada. Aku gi cari ngan Yui...Tapi hampa. Tak jumpa.
Tadi abes aku pusing pasar minggu..tp tak jumpa yg berkenan jgk.
Dalam aku mencari tu...hati ni berdoa laa agar jumpa jugak blaus tu.
Aku gi sorang aje. Abg tak ikut sebab abg nak gi amek mesin rumput kat umah mak. Nak mesin rumput kat umah kitorang ni.

Alhamdulillah, kedai last aku pi...dekat ngan stesen bas tu..kedai cina kelantan...akhirnya terjumpa jgk yg berkenan dek hati. Elok pulak kaler sedondon ngan t-shirt abah. Elok pulak saiz yg tinggal tu saiz mak, huhu. Lega sungguh aku...syukur. Elok pulak...harga lebih kurang harga t-shirt abah, hehe.
Ni laa dia...tp aku heran laa kaler hijau nak kebiru-biruan ni. Kalo dlm gmbr terus jadi kaler biru!!!
Petang tu aku sempat gi hantar 3 folder gambar pengantin utk dicuci kat kedai gambar biasa, public foto. Utk album sticky...mmg kitorang cuci kat Tepen aje. Keluar ngan along...sbb nak mintak tlg along pegang 3x album sticky yg bakal disusun2 gambar dlm nya nanti. Besar gedabak albumnya..berat lak tu. Keluar cuma ngan motor. Maklum laa...skang ni bandar Taiping mmg sesak ngan kenderaan.
Gambar tu...malam dh leh amek. Malam nanti kena keluar ngan abang ler gi amek gambar yg dh siap tu.

Kul 5 lebih...abg mula mesin rumput kat tanah sekangkang kera tepi umah kitorang ni.
Dh siap...along ngan angah pulak amek bahagian utk sapu rumput, sapu kaki lima dan sekaligus bersihkan longkang.
Terima kasih along dan angah sbb tolong abah dan ibu.
Aku masa ni tgh masak kat dapur. Sempat keluar amek sekeping ni jer gambar. Masa ayam berserai aku dok bergoreng dlm kuali tu...hehe..

Esok ada lagi perkara yg memerlukan aku keluar. Nak pi frame gambar 8x12...
Rumah pun dh kena mop, sarung kusyen pun dh kena tukar....sapu sawang2, huhu....eh, banyak lagi laa.
Tandas dan bilik mandi pun dh sampai tempoh nk kena cuci ni...hihi.

Nota ALONA:-
~Sebenarnya...keje2 kat rumah ni mmg tak penah abes. Mcm kain baju...baru jer lipat dan susun. Aiii, tak sampai berapa jam...dh ada yg lain baru angkat masuk kat dlm bakul!!!! huhu..

4 comments:

el said...

Mmg kak oi
Keje umah ni takan abis haha
Tp lau ada yg bantu mmg lega hihi
Akk sgtlah sibuk ea
Harap2 raya nti dah setel bab2 album ni ea
Kita raye dulu boleh ekeke

Gieyana said...

betui kak..keja kat umah mmg x pernah2 habis..rsnya lebih byk kerja dari dok kat opis...sy ni buat/cuci ikut kemampuan jer...semput...nasib baik brg2 kt Penang ni sket jer..yg lain2 dh trf balik KN...

wantie said...

kalau bab kerja umah, jgn cakap lah. T kelmarin dari pagi sampai ke malam dok kemas umah je. adoi...penat.

betul lah kak, that day adik ipaq T pun pakai baju hijau nak biru tu. bila dalam gambar terus jadi kaler biru.

Nad MamaZN said...

Hepi belated bday akiss!!!!