Kali ni aku tak bayar kat mesin CDM tp aku gi bayar kat kaunter....sbb aku nak tanya dorang berapa lagi tinggal baki utk bayaran pinjaman kereta tersebut. Surat penyata mmg aku tak penah tgk sebab suratnya dihantar ke umah ayah. Aku pun selalu lupa jer nak tanya psl tu.
Kancil ini telah dibeli oleh arwah mak pada penghujung November 2004 utk kegunaan adik aku ketika belajar di UTM Skudai. Mmg kereta baru...kereta koyak plastik, huhu.
Tetapi bila adik aku dh beli Myvi ketika dia sudah bekerja...sang kancil ni mak bagi aku guna kat Taiping ni utk keperluan menghantar anak2 ke sekolah, aktiviti anak2 di sekolah...dan kegunaan aku sendiri jugak laa. Maka sejak tu...kancil pun ikut aku bermastautin kat sini.
Kalo nak diciter tentang siapa yg membayar ansuran kancil ni setiap bulan selama 8 tahun sebelum ni....mmg sedih. Kalo aku terus menaip menceritakan tentangnya....pasti airmata aku keluar lagi kerana mengenangkannya..
Ok...berbalik pada tajuk entry ni...Alhamdulillah, lagi 3 bulan aku nak abeskan hutang ngan AmBank ni. Lagi 3 bulan pinjaman ni abes.
Baki pinjaman tinggal RM1077.50...............Lepas2 ni, aku dh rasa lega dh. Mmg semak pemikiran ni selagi menanggung hutang. Tapi bila dh abes bayar...akan rasa lega sangat. Kita dh selesaikan satu tanggungjawab.
**Tanggungjawab seorang peminjam, seorang penghutang..adalah memulangkan semula apa yg dipinjam, membayar semula apa yg dihutangkan...
Aku pun pelik orang yg jenis berhutang tapi tak reti nak bayar balik ni. Kalo dh nama meminjam...mesti kena pulangkan semula kan. Bila nak meminjam tapi orang tak bagi atau tak layak nak diberi pinjaman...marah2 pulak sampai leh masam muka!!! Tp bila dh bagi pinjam...naper susah pulak nak bayar semula?? Pastu nak marah2 pulak bila orang dh mintak hutang tu...**mengong!!
Kredit pada empunya imej ini.. |
Nota ALONA:-
~Walaupun belen pinjaman sang kancil ni dh tinggal seribu lebih...tp aku takde ler terniat nak gi settle abes terus, huhu. InsyaAllah, bayar jer ansuran tu setiap bulan sampai November ni, hoho. Rekod pembayaran pun ok, tiap2 bulan tak penah miss, kannn......
4 comments:
pasni lega lah eh kak..
at least duit kete tu nti boleh lah wat belanjar atau simpanan...
tp kita x tau apa jd esok lusa ye kak..mn tau kut2 nak beli benda lain yg bersangkut ngan hutang..nak lari dr hutang..tp hidup skun ni nak xnak kena berhutang gak..hehe tul ke ayat ni kak...kbai
sekarang ni kalau tinggal 6 bulan ke bawah tak berbaloi nak bayar sekaligus. sebab kena denda bayar awal. tolak pi tolak mai duit wave interest tu mcm kita bayar full jugak.
betul 2 kak.. memang kalo dah habis hutang memang kita akan rasa lega sangat2 :)
betul tu.. hutang memang wajib dibayar tak kira sikit atau banyak.. bila kita dah akad sebagai hutang tu memang wajib di bayar..
jiran akak kaki hutang sejak dulu.. (bkn dgn akak je.. ngan jiran2 lain gak.. dah heboh) tp awal tahun aritu dia pinjam dari akak tak byar2 sampai skrg.. akak tak mintak sbb dia pinjam kali ni tak byk.. cuma rm20 je (alasan dia pengasuh anaknya nak buat majlis hari jadi kebetulan dia takde duit dlm tangan nak beli hadiah) yg sebelum2 ni dia pinjam antara rm50 hingga rm300.. yg tu mmg akak buat muka selamba mintak..hehe.. tp kali ni akak nak tengok je dia byk ke tak kalau tak mintak.. hmm.. sampai skrg tak byar2.. tp yg kelakar.. skrg ni dia mcm dah kureng je dgn akak.. kalau nampak akak buat2 tk nampak.. hehe... nampak sgt nak mengelak dr byr hutang.. sabor jelah.. mcm2 perangai manusia ni..
Post a Comment