Monday, August 19, 2013

Bergambar sekeluarga di Aidilfitri...

Masih lagi sekitar 1 Syawal 1434H...

OTW ke Kolumpo...kitorang singgah kat Hutan Lipur Lentang utk bergambar sekeluarga. Sementara muka masih tak berminyak ni, kan...hehe..
Tapi bukan di kawasan hutan lipur tu....kitorang pusing kat bawah terowong kecik tu dan sampai kat area sini...iaitu kawasan hentian sebelah yg sebenarnya tak sesuai pun dipanggil hentian sebelah. Sbb takde tandas disediakan. Kalo sebut hentian sebelah....itulah perkara utama yg orang akan cari dulu, kan??.

Ok, aku bagi tips pada mereka yg menghala ke pantai timur. Kalo waktu siang...tak tertahan sangat nk gi buang air...leh jer masuk lorong hentian sebelah Lentang tu. Kat situ mmg takde tandas ye. Korang kena masuk laluan terowong kecik tu menghala ke Hutan Lipur Lentang...iaitu kawasan perkelahan. Kat situ...mmg ada tandas awam. Tak yah masuk jauh ke dalam pun. Kat ngan pintu gerbang tu...ada kawasan parkir...kat situ ada tersedia tandas awam. Gi ler nak membuang pun. Bila dh sudah...lalu semula kat laluan terowong kecil tu dan masuk semula kat hiway ke Pantai Timur tu..

Tp kalo perjalanan waktu malam.....takyah ler buat seperti yg aku bgtau kat atas tu. Sila laa teruskan perjalanan sampai ke stesen minyak Petronas Bukit Afandi yg mgkn dalam 15-20 minit lagi dari kawasan Lentang tersebut (masih di atas highway KL-Karak)...dan leh melepaskan hajat kat situ. Kat situ...nak berhenti rehat makan2 pun leh.

Aku citer pasal ni bkn apa....sepanjang kitorang berada di situ utk bergambar...punya laa byk kereta yg masuk situ semata2 nak cari hentian sebelah yg disangkanya ada tandas!!!!!!! Kesian tak kesian. Muka cemberut tak tahan pun ada. Tambah pulak bila dapat tau kat situ rupa2nya kat situ takde tandas. Nak tanya kitorang...segan.
Mula2 kitorang pun heran kenapa banyak pulak kereta tersesat masuk situ. Lepas2 tu ada beberapa yg berhenti bertanyakan tentang tandas (& fadel telah memberitahu arahnya)...baru lah kitorang kata..."oooohh", teringat tentang kereta2 yg dh masuk tadi pastu pusing keluar balik....dan ada jgk kemudiannya mcm tu jugak. Selagi kitorang tak gerak dari situ...selagi tu laa perkara mcm tu berulang dilakukan oleh pengguna lain lebuhraya KL-Karak tu...kesian, kan.
Aku berharap...pihak MTD yg menguruskan lebuhraya ni....buat laa tandas yg dijaga rapi. Tandas dan pondok wakaf. Paling tidak pun wakaf tu orang leh buat tempat solat kalo takmo tambah kos utk wat surau, kan.
Kutip duit tol dh berbilion2....takkan ler kemut nk wat tandas dan pondok wakaf utk kemudahan pengguna lebuhraya dan kos penyelenggaraannya, kannnnn.

Ok...berbalik pada gambar raya kitorang, hehe..
Nak bergambar kat sini...ingatkan jalan sunyi. Rupa2nya tidak. Ada jer kereta nak lalu.
Tapi kitorang teruskan jugak. Malas dh nak cari lokasi lain. Pandai2 laa, kan...

Atuk dan cucu2nya...
Fadel dan Dayah...
Psiko jer ni...nampak mcm dh nak sampai Kuantan jer, kan...heheh..
Atuk dan cucu lelakinya...pose style bujang lapok katanya. Idea dari atuk, hihi..
Berlima....
Hmm...itu jer laa gambar raya pagi 1 Syawal 1434H tu.
Boleh laa, kan. Ok laa dari takde....hihi.


Nota ALONA:-
~Tak mula puasa 6 lagi..

12 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sporting semua bila bergambar... atok pun sama sporting.. cantik juga brgambar kat tepi jln pun.. yg nampak pokok ru tu yg buat gambar jd cantik...
akak jarang singgah lentang walau kerap lalu hiway karak tu... kira nak derah sokmo.. hehe..

::NureeN:: said...

sama la kita.. dok plan nk posa.. ada jamuan raya lak.. hope sempat..
mmg sporting abess...

Annamariana1989 said...

wah, nice posing semua org.. suke sangat tengok :)

Gieyana said...

Sporting tul atuknya berposing..nice pics..:)

wantie said...

wah sangat sangat sporting. sangat sangat suka T tengok.

tambah tambah aksi bujang lapuk tu. suka benor.

Rinna said...

Cantiknyaa uolss bergambar..ramai2 gini..

Baju raya peremppuan sedondon gitu.. bestnyaa.. :)

el said...

best pulak tgk uols amek gambar cengini...
nti nak wat jugak lah haha

Anonymous said...

cantik2 pic ni kalier biru tu cantik !

nad said...

Atok sporting!
Suka atok! :)

attyfir said...

cantik2 semua gambar raya.. baju semua sama tema lak..

atuknya sporting bergambar..

Anonymous said...

sweet moment gtu...

Anonymous said...

sweet moment gtu...