Thursday, April 26, 2012

Jgn ingat senang nk urus hari keluarga....

Pergh..tajuk dia....bukan main!!! hihi..

Aku skang sedang uruskan sebuah hari keluarga. Mmg bkn mudah pun. Aku dh tau masalah ni bakal dihadapi sebelum aku volunteer nk uruskan. Aku volunteer pun sebab aku pun mmg suka buat hal2 cenggini wlpn tau byk masalah yg akan dihadapi.
Byk mende nk kena buat tambah2 aku ni dok jauh dari kengkawan yg lain yg kebanyakannya dok kat area Lembah Klang. Hampir 100% perancangan dan pengurusan aku kena uruskan sendiri.
Aku kena pikirkan konsep gathering, buat aturcara jgk. 
Aku kena cari lokasi yg sesuai dan lokasi yg mudah utk aku uruskan. 
Aku kena apdet akaun bank aku bila ada yg bank-in duit utk pembayaran agar tak tercampur ngan duit sendiri, kena rekod.
Ada pulak buat t-shirt...kena survey material dan mcm2 lagi lah termasuk penyediaan hadiah, etc...wooh!!!
sekadar gambar hiasan...
Tgk grup lain wat Hari Keluarga meriah dan ramai yg spoting menyertainya sangat menyeronokkan. Seperti gambar di atas ni...dorang adalah dari grup alumni 3 kolej islam yg ada kat Malaysia ni iaitu Kolej Islam Klang, Kolej Islam Malaya dan Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Pastu, salute kat dorang sebab leh join majlis ni walaupun lokasinya dibuat jauh dari Lembah Klang...iaitu di Taiping, Perak.

Apa yg berlaku kat aku skang ni mmg merumitkan jgk lah. Dh iklankan lama dh kat wall grup di fesbuk. Tarikh akhir bayaran asal adalah pd 22/4 ari tu...tp sampai tarikh tu baru segelintir aje yg bayar dari 137 ahli. Yg klik tidak hadir tu dh tentulah takmo join. Yg dok senyap pun ramaiii, yg dh klik akan hadir ada jgk yg lom bank-in duit. Mungkin tak jd nk join kerana ada hal lain yg lebih penting. Takpe, tak kisah tp bgtau lah, kan. Mmg bukan paksaan tetapi bila dh ada yg menganjurkan perjumpaan....apalah salahnya sekiranya memberi sokongan padu, kan..jumpa kengkawan lama. Bkn tiap2 bulan ada wat acara cenggini.

Yg dh klik MUNGKIN HADIR kat wall acara tu, masih terpikir2 ke?? mm..ntah ler..
Apa perasaan aku masa tu?? mmg sedehhh..rasa mcm tak jadi jer mende ni, huhu..

Dulu dorang gak yg mintakkkk sgt ada gathering susulan selepas berjaya dibuat pd Mac tahun lepas dinner di PD. Sampaikan ajk gathering tahun lepas pun dh merajuk takmo terlibat dh. Sampaikan dorang bg peluang kat kawan2 yg lain pulak uruskan bila ada yg mintak...mintak dan asek dok tanya2 bila nk wat gathering lg. Bila dh takde yg volunteer...aku yg jd admin grup yg kena mengalah bila ada yg kata akan bg sokongan bila aku uruskan.

Tp tu lah...mgkn mcm sebelum2 ni jgk lah..atau mmg sikap org Malaysia suka last minute. Tu pun ada yg mintak excuse utk bayar bayaran tersebut pd tarikh gaji dorang keluar selepas 22hb tu, tak mengapalah kita fleksibelkan diri.
Akhirnya, aku enjakkan sket dari 22hb ke 25hb...iaitu hari semalam. Kalo aku straight sgt pun takleh jgk..ni bkn majlis formal.

Kalo aku rejek penyertaan selepas 22hb...rugi jgk. Bkn rugi dari segi wang ringgit tp rugi sebab tak dpt jumpa lebih ramai kawan2. Dorang berhajat nk join tp duit baru ada nk dibayar pd tarikh selepas tamat tempoh, camno kan?? Kekadang kita kena paham jgk masalah org lain terutama kawan2 sendiri ni.

Aku ni mmg tak suka nk kutip2 duit tp kalo takde duit mcm mana urusan nk berjalan lancar kerana semuanya perlukan duit...
Kalo aku kaya-raya mmg aku sponsor aje majlis cenggini...(kalo dh mcm tu dorang masih tak sudi nk datang jgk...mm, tak tau ler, hahaha..berangan jer laa. Ntah bila nak kaya-raya nya, kehkeh)

Apa yg aku alami dari mula2 aku keluarkan pemberitahuan mengenai gathering tu kat wall grup....aku jgk SMS pd kawan2 yg jarang on fesbuk, yg takde akaun fesbuk. Aku inbox jgk kat fb dorang bg peringatan, hehe...
Ada yg jawab...ada yg senyappp tak jawab apa2.
Ada yg jawab tak dpt hadir...tak mengapalah. Ada yg kata nk tgk dulu free ke tak hari tu...takpelah kerana sehingga tarikh tamat pembayaran adalah tempoh utk berpikir, hehe.
Timakasih jgk kat kengkawan yg tolong uar-uar kan, sms dan kol bgtau info ni kat kengkawan lain.

Skang, dh lepas 25hb, Alhamdulillah lah..wlpn ahli yg konfem nk join & membuat pembayaran seramai 30 org tetapi jumlah keseluruhan termasuk ahli keluarga lebih dari 50 orang jgk..dan bolehlah dilaksanakan di lokasi asal. Mgkn tak perlu dh gunakan plan B. Tarikhnya pun dh semakin hampir.

Semalam aku gi kedai Ezform utk tempah t-shirt. Aduhaii...lari bajet RM5 gak utk setiap helai (RM10 utk saiz XXXL, huhu) sebab aku dh tambah beberapa perkataan di belakang baju dan buat jgk perkataan di depan kiri t-shirt tersebut. Itupun dh kurangkan tulisan di lengan kiri baju, huhu.. Harap2 cukup laa bajet utk beli hadiah dan props utk mini sukaneka nanti, (moga2)..InsyaAllah. Mmg rumit jgk nk handle kewangan ni...bajet kena pandai2 urus.
Lepas ni nanti keje aku kena gi kedai printing banner lak, nk buat satu banner.
Nak cari hadiah lagi...hadiah biasa2 aje. Asal ada, kan..hihi.
Nak bungkus hadiah lagi nanti.
Nak cari barang2 lain yg diperlukan jgk. Mcm2 lah..

Kesimpulannya, bg mereka2 yg dijemput utk join majlis2 perjumpaan...hargailah penat lelah org yg menguruskan majlis tersebut. Pergilah sama menyertai mereka. Kalo tak dpt sertai pun, berilah mereka sokongan padu. Kalo nk bg sedikit duit sumbangan pun takpe. Utk tampung2 apa2 yg perlu.
Mmg tidak mudah...kalo mudah mesti ramai yg volunteer utk menguruskannya, kan?? Sebab menguruskan majlis seperti ni bkn ada untong pun. Sesen pun takde. Terkadang kena keluar duit poket sendiri lagi ada. Pastu nk wat keje2 dari mula sampai majlis dh berlangsung...mmg memenatkan.

Walaupun begitu...aku sgt menghargai dan berterima kasih pada kengkawan yg spoting, bg support, bayar awal, bg cadangan yg bernas dan sahabat yg berkemampuan menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas pun ada...Korang mmg best!!!

Nota Alona:-
~Inilah keje penting yg aku sengaja cari tu, huhu...
~Sebelum ni aku dh beberapa kali gak ler urus cuti2 makan angin ngan family Bentong dan cuti2 reramai ngan famili Taiping. Tp takde laa serumit program yg ni...kerana yg ni melibatkan jumlah orang yg lg ramai.
~Wlpn rumit tp aku ikhlas buat keje2 ni. Sebab aku yg sendiri rela buat keje2 ni, hehe. Cuma entry ni adalah utk luahan aje laa. Nk kongsi pengalaman mengendalikan program mcm ni. 
~InsyaAllah, kalo berjaya tahun depan leh buat lagi, hahaha...

6 comments:

attyfir said...

aty pun penah uruskan gathering2 ni..
kadang memang menyakitkan hati..bila last minute..ada yg cancel le apa lah..

semoga semuanya berjalan lancar ye.

Rinna said...

Sabar laa Na.. Moga apa yg dirancang dapat dilaksanakan..dan berjalan dengan lancar.. yer

el said...

el pun nah wat gak lah gathering2 ni..tp xbuat dah..serik..last minit bape kerat je confirm mai...mmg x sukalah jd kepala gathering hehehehe

wantie said...

masalahnya bila kita wat gathering, tukang dok plan tu kemain banyak lagi. itu la ini la.

last deme tu yg tak datang. mau hangin gak. toi dak

Kamsiah yusoff said...

majlis mcm tu,selain tenaga,masa..yg penting duit...duit...

kurus said...

x per kakkk .. semoga dipermudahkan , insyaallahhh ;)