Monday, May 21, 2012

Al-kisah Sabtu Santai SMVTAA 91/92 - 4

12hb Mei 2012
Sabtu

Dh kul 4.00 petang. Kena cepat abeskan aturcara. Makan petang dh terhidang kat balai jamuan sinun. Aku mmg lajukan aje acara penyampaian hadiah ni.
Mula2 dh tentulah bg hadiah sukaneka td. Kemudian cenderamata utk semua kawan2. Lepas tu cabutan nombor bertuah.
Abes hamper kecik...dh tentulah cabutan nombor bertuah utk hamper besar. Tak sangka lak sebuah dari lima buah hamper yg dibawa oleh Lyn td dpt kat nombor aku, huhu. Tak perasan pun Akiss dh gi tolong amek. Mcm mana tak perasan...sebok soh Zulhadi cabut nombor lain kat meja tu.

Asmadi ni...hamper besar cepat jer mai amek. Ingatkan takmo ler amek...org byk duit, kan..huhu.

Ayah aku petang tu sempat datang semula hantar sebekas besar yg berisi buah tembikai yg dh siap2 dipotong utk kitorang semua. Ayah ngan mak nk gi umah makngah Yang sebenarnya tu.


 Rasanya ni hadiah last, kot..Marzuki yg dapat.

Habis selesaiii....ada pengumuman dari Hashim. Nk miting 15minit jap utk program grup kitorang akan datang.
Ramai lah yg nk bercakap...tp aku dgr aje lah...sambil bergerak mengutip sampah2. Takmo ler memberi imej buruk kat tuan empunya kem, kan..hehe. Tp, bkn aku je yg ngutip...isteri kengkawan aku ni ada gak yg nolong..siap nyapu bagai, hehe..

Bincang2....serius...kekadang keluar lawak..hmm..

Radzuan siap tulis antara cadangan. Masa ni tak ramai yg ke depan utk join miting...
Ada tu masih dok lepak kat tepi pagar tu haa....tak abes2 menyembang. Siap angkat baju pun ada tu, ish..ish..Lapar semula ke, Nif?? hehe..
Tak lama tu bila dipanggil oleh Hashim...baru ler ramai2 berkumpul. 

Ada program yg bakal dijalankan sebelum mula bulan Ramadhan. Acara tahunan (kali ke 2) iaitu meraikan dan menjamu anak yatim makan2. Kali ni mgkn lebih besar programnya iaitu menyembelih sekor lembu utk tujuan tu. Kali ni rumah anak yatim yg mana tak tau lagi..
Di samping tu keluar jgk perbincangan & cadangan mengenai perjumpaan utk tahun depan. Mcm2 ler yg keluar.

Dan petang tu jgk ada kutipan derma kilat utk diberi pd cikgu Azmi yg baru sj kehilangan anak yg ke2 akibat barah peringkat ke 4..alahai..lupa lah kanser apa. Tp kanser tu cuma ada 4 kes jer kat Malaysia setakat ni.

Dh selesai acara tu...kitorang amek gambo beramai2 lak. Ni acara wajib, ye...
Dh sudah...gi ler beramai2 minum petang. Ada bihun goreng tersedia. Eddy sponsor karipap utk petang tu. Dia join last minute tak bayar apa2 pun...takde t-shirt, dia pun tak join sukaneka sebab prepare bihun goreng utk petang tu, huhu..Jd, dia sponsor karipap pusing panas yg sgt sedap. Thnx, Eddy.

Kamarul dan isterinya, Myza. Dh jumpa kat PD tahun lepas tp tak dpt nk berbual mesra sebab majlis tu singkat sgt, hehe. Ngan kengkawan pun tak abes borak lagi. Alhamdulillah kali ni dpt kenal mesra ngan isteri kengkawan.
Gambar sebelah:- Suzary mcm nk tercekik bila aku amek gambo dia, hape lah!! huhu..

 
Ni...Kamal ngan anak bujang dia..Irham. Ish..ish...sebijik lah. Telinga, idong, mulut..kepala..badan pun abes salin pak dia.

Atas ni gambo si Maidin. Skang ni lebih suka dikenali ngan Faizal.
Gambar sebelahnya yg bertopi tu..Adzli..

Zulhadi ngan karipap pusing. Sesaje jer wat pelahap mcm ni, huhu..
Arfa...malu2 lah pulak..nyampah tul.
Aku amek gambo Eddy...tp dia sebok soh amek gambo Sam. Aku tau ler nk amek gambo Sam tu nanti, huhu..
Hah...kan aku amek jgk gambo Sam. Penoh frame, kan...hihi..
Gambar sebelah:- Halim..kat sekolah dulu ngan nama Halim I (I tu nama ayah dia, hehe) sebab ada 2 orang Halim dlm kelas dia. Sorang Halim I...sorang lg Halim J. Halim J tak join hari tu...segan kot, hmm.
Halim I ni mata dia kecik. Susah nk tgk mata dia besar mcm dlm gambar ni, hehe. Dulu kat sekolah ramai pelajar pempuan admire kat dia sebab mata dia tu lah, huhu. Aku pun heran???

Kecoi, Haniff....
Marzuki & Md Nor....keempat2nya ni dari kos KFL masa kat sekolah dulu.





Norul dan Hamidah...
Timakasih kat Norul sebab sudi join majlis ni wlpn last minute. Mula2 dulu dia dh msj kat aku mintak maaf tak dpt join..byk perkara yg dia kena urus dlm bulan Mei ni. Dia kata bulan ni byk pakai duit jgk...tp aku seronok sgt bila dia berubah pikiran dan join sekali meramaikan majlis.

Jay...atau nama dia Ahmad Dzulkarnain. Sahabat dari sekolah rendah dia ni..tp dia sekolah lain lah. Bisnessman skang...

Ni pun bisnessman jgk...Baguslah dorang ni. Kat Bentong pun leh berjaya jd bisnessman. Tak perlu nk gi bandar2 besar...

Gambar sebelah:- Suzila dan 2 orang anaknya. Anak sulung dia tak ikut sebab ada program utk UPSR.
Linda...keje kat CIDB, KL. Tp buat part time bisnes set pencuci muka. Muka dia jd testimoni terdekat. Mmm...mmg nampak kebagusan produk tu..

Gambar sebelah:- Ct Kamilah..keje kat IAB, Genting Highlands..

Zabedah.....masih belom punya cahayamata..dia redha. Rezeki semua dari Allah.
Nazilie...sahabat dari sekolah rendah jgk wlpn dari sekolah berlainan. Tp masa sekolah rendah takde lah rapat sgt. Bila dh sekolah vokay..baru ler kamcing..hehe..

Awal Samadi...keje kapal. 3 bulan kat lautan...2 bulan balik cuti kat umah. Tu lah cara dia cari rezeki utk keluarga setelah sekian lama.

Gambar sebelah:- Jay dh nak balik ngan moto pinjam katanya..hehe. Mmg ler motor pinjam..dh mmg bkn moto dia, hahaha..

Awal, Emy dan anak daranya dh nak balik...bye..
Dari lokasi...ada yg terus balik. Yg lain berpecah kepada 2 grup. Ada yg gi ziarah Azizi sahabat yg dok kat Mempaga..sakit obes katanya.
Yg kitorang lak...gi ziarah cikgu Azmi yg dok kat taman perumahan sebelah vokay tu.

Kat area Sg. Marong..

Dh sampai umah cikgu Azmi...kitorang lepak2 ngan cikgu..sembang pasal sekolah..

Dok bersembang mcm2 perkara lah. Seronok sembang2 ngan cikgu ni. Terimbau kenangan dodulu, hehe..
Gambar sebelah:- Cikgu Azmi yg masih kiut wlpn anak2 murid dia lagi besar dari dia dh, hehe..   



Isteri cikgu (senior 1st batch kitorang gak, hehe)...susah2 buat air lak, adeii. Kitorang ni nk melawat cikgu aje hajatnya.
Tp bila dh dihidang ni..mesti ler menjamu selera gak kan. Sedap pulak air oren kak Ida tu. Donutnya pun sedap lah..lembut betoii..ish..ish. Dlm tak payah2 tu...2 ketul gak aku bedal donut ni, kahkah..

Bergambar ngan kak Ida..
Cikgu ni baru kehilangan anak dia yg berusia 14thn. Menceritakan kisah tu...ada di antara kitorang yg menitis airmata...mm..
Last...kena amek gambo ngan cikgu Azmi...masih setia ngajar kat sekolah tu bersama cikgu Zaki, cikgu Hashim, cikgu Md. Shah...hehe..
Kemudian, kitorang masuk kawasan sekolah lak..menggamit kenangan sekolah. Mmg dh byk perubahan dia. Last aku masuk sekolah ni masa reunion tahun 2003 dulu pun dh byk berubah..inikan pulak dh tahun 2012, huhu..

Dewan makan...tp dh tukar anjung selera. Aku rasa dorang tetap panggil dewan makan jgk lah, kehkeh..
Dulu masa aku dok sini..nama aspuri ni Aspuri Harmoni, blok F...Aku dok kat dorm f2...ngadap bukit kat umah pengetua belakang tu
Yg tingkap terbukak tu dulu tempat prep utk aspuri. Aspuri dulu cuma 1 blok aje wlpn diperuntukkan 2 blok. Tp skang ni...tak cukup 2 blok..dorang amek 2 blok lelaki sebagai tambahan.
Ronda sampai last jalan kat belakang bengkel tu. Nampak aspuri dari kejauhan..
Bengkel ABM...masih kekal bengkel ABM sampai skang, huhu.
Bengkel Oto...
Bengkel Binaan Bangunan...dari dulu melopong cenggini, hehe. Satu2nya bengkel yg sesape leh masuk sesuka hati, hahaha..
Budak2 aspuri tgh tunggu maghrib. Dh makan dh kot..

Dewan makan...pun dh ada perubahan sket..

Bengkel Elektronik...
Skang ni dorang ckp takde dh kos PPJ (pengurusan pejabat). Kos PPN (pengurusan perniagaan) ada laa lagi. Hmm, sian kan..kos PPJ dh dimansuhkan terus.



Bergambar di depan ofis sekolah. Gambar sebelah tu..dewan besar. Kat situ lah tempat perhimpunan, kat situlah tempat aku penah beberapa kali nyanyi ngan band polis dulu, hehe..



Bergambar ngan kawan2 yg seronok masuk kawasan sekolah semula.
Amek gambar kat padang ngan isteri Adzli yg spoting selalu bg galakan somi dia join aktiviti kitorang, best...kan??

Bergambar ngan abg..pendorong aktiviti sihat aku, hehe.

Alhamdulillah, majlis ni telah meninggalkan kenangan manis kitorang yg hadir. Kawan2 aku pun nampaknya berpuashati ngan majlis serba sederhana ni. Dorang kata...aku berjaya ngan program ni. Tp bg aku...tiada kejayaan sekiranya tanpa penglibatan dorang jgk..betoi...kalo takde dorang, dorang tak spoting...mesti hambar majlis ni, kan??
Alhamdulillah....

Dengan ini...tamat lah kisah majlis Sabtu Santai SMVTAA 91/92 ni.
Sekian..

Nota Alona:-
~Disebabkan entry ni dibuat ketika aku dh mula sebok...maka ntah apa2lah citer yg tercatat kat sini..hehe..

3 comments:

atty's said...

seronok aty baca entry ni , tingat zaman masa sekolah.

wantie said...

hahaha... tergelak t baca bila akak ckp yang anak murid terlebih besar dari cikgu. memang betul pun kan..

ieda said...

seronok baca entry .. macam2 kisah nie .. warna warni ekeke