Monday, May 14, 2012

Utk seronok2 ketika bosan, hehe..


Aku dpt mende ni dari Pidah. Aku tak tau dia lak dpt dari sape. Jd, aku mintak ijin kat dia utk share mende ni kat Cintamaniszlite, hehe..

Ok...moh kita tgk..

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita
pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan

nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita
menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan
yang kita ada.

Contoh:

12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Dah kira tarikh lahir korang atau insan2 yg korang sendiri nk kira?? hehe...meh kita tgk mengenainya di bawah ini.


Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperoleh i sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan
kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin
baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang
lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan
berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup
untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar
untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan
secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria

Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk
mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan le bih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang
sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja
secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai
pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala
dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis

Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin
tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang
untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi
yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat
semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan
sesuatu sebab u ntuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah
penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat
suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar
untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi
mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat
berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang
berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam
menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu
belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup
dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara
objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri
bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan
keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk
berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada
sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang
sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan
menyesuaikan diri mengikut perse kitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh
menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
(mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan
kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley 



Nota Alona:-
~Dh tgk korang punya yg mana?? Seperti biasalah...mende ni mgkn ada yg sket2 sj kebenaran & ada yg kebetulan semuanya sama seperti apa yg ada pd kita....

4 comments:

Kamsiah said...

akak punya

26 + 12 + 1970=2008
2 + 0 + 0+ 8=10
1+0 =1
1
hehe

wantie said...

t punya

1+1+7+1+9+7+9 = 35
3+5
=8

number lapan. my hubby no 1 sama mcm akak.

ieda said...

ahaaaaaaaa nanti nak cuba buat .. ;)

CheNamNam said...

hahahaha...dolu ala dedolo zaman muda belia sukerlah menda camni...macam-macam la ader maksud sebalik nama lah..maksud tarik lahir lahhh...semua layan..

skang macam dah maleh nak ambik port..nampak sangat dah makin tuoo...huhuuu