Sunday, August 24, 2014

Ayah saya baik...

Hari kitorang ke Perlis minggu lepas tu...ayah dari Bentong ke Kulim umah mama.
Walaupun kitorang takde....rupa2nya ayah singgah jugak kat umah kitorang semata2 nak hantar buah pulasan dan rambutan kuning ni. Aduhaiii....ayah....ayah.

Ayah letak buah tu kat berandah umah kitorang aje dan kemudian terus ke Kulim melalui Selama, Perak.
Balik dari Perlis tu...pulun ler aku makan. Elok lak pulasan yg ayah bawak kali ni. Ayah kata pokok pulasan yg ni mungkin dilindungi oleh bayang2 pokok rambutan yg berdekatan. Tak terdedah kena panas sangat macam pokok pulasan kat belah atas tu. Saiz buah pulasan yg ni pun besar sket dari yg pokok pulasan lain kat kebun ayah tu. Dah ranum mcm ni...isinya dh tentu lah manissss..
Ayah ni (dan arwah mak jugak dulu)....kalo makan apa2 yg jugak menjadi kegemaran anak2nya.....mmg akan teringatkan anak2nya jgk. Terutama bila sampai musim buah cenggini kat kebun tu...sanggup mak ngan ayah datang Taiping semata2 utk hantar buah2an ni. Kekadang tu...masa makan tu dh telefon bagitau mak makan ni teringat kat kaklong....pastu dengar laa suara ayah ngan Fadel (masa lom kawen)...menyampuk2 kat belakang, huhu...(argh!! nostalgia tul)
Camtu jugak kalo ayah dpt kijang ke...kancil ke...ayam utan ke. Sanggup laa hantar ke Taiping ni utk anak, cucu dan menantu. Kekadang walaupun cuma dapat sikit...sanggup tu buat rendang dan sealed dalam plastik kecik tu dan pos guna pos ekspress. Terharu betul aku....(argh, sedih...sedih sangat bila diingat2 betapa sayangnya mereka pada anaknya)..

Ayah tu...kalo kena keje bawak technician JKR ke...kerani JKR ke belah2 utara walaupun cuma kat Ipoh ngan pajero...sanggup tu lajak sampai ke Taiping semata2 nak jumpa kitorang dan bawak buah tangan..

Aku mmg sayang sangat kat ayah dan mak aku. Pengorbanan dorang tu sudah tentulah tak terbalas, kasih sayang sudah tentulah tak berbelah bahagi...tapi ingatan dorang pada kitorang mmg tanpa sempadan. Walaupun mak ngan ayah bukan lah golongan senang....tapi demi anak cucu....aduhaiii, syahdu pulak bila diingat2..

Semoga ayah beroleh kesihatan yg baik...dan sentiasa rasa berbahagia disayangi anak2, cucu2, menantu2 dan isterinya serta kawan2 baiknya.
Utk mak tersayang...doa sentiasa dititipkan. Kasih sayang mu masih terasa hangat. Aura kasih sayang mu masih di sini. Al-Fatihah.

Nota ALONA:-
~Selalu teringat luahan2 hati mak.... :'(

1 comment:

Nad MamaZN said...

huhu..
moga ayah akak diberi kesihatan yang baik...