Saturday, August 23, 2014

Ke Perlis Indera Kayangan - 3

17.08.2014
AHAD

Semua sudah mula bersiap2 pagi2 tu.
Nak ke Wang Kelian kena keluar awal, katanya. Sebab nak dapatkan parking dekat dan waktu pagi cuaca tak panas terik sangat lagi.
Pertama kali nak ke Wang Kelian. Maklumat banyak cari kat blog dan tanya kat kawan2 yg dh penah pegi aje.

Sebelum kul 8 pagi kitorang dh keluar dah.
Tapi sebelum tu harus ler bergambar kat umah homestay yg kitorang sewa satu malam tu, kan..hihi..
Besar umah tu....bawak 4-5 keluarga pun boleh lagi. Ruang tamu luas...bilik ada 3 ekon...1 kipas. Bilik air leh mandi sekali ada tandas duduk...ada 2 buah. Bilik mandi saja...ada 1. Bilik tandas cangkung saja pun ada 1 kat dalam umah tu.
Sewa RM200 satu malam.

Al-kisah sebenarnya, kitorang booking homestay 3 bilik aje. Mmg best homestay tu, umah baru...tapi belum check in lagi tetiba dia kol bagitau kawasan perumahan homestay yg kitorang dh booking semalam tu takde air laa pulak. Tu yg tuan homestay gantikan kitorang homestay lagi satu ni...bersebelahan taman tapi yang ganti ni lebih besar dari homestay yg aku dh booking Jumaat petang tu. Terus jer check in kat sini....umah ni lama sket tapi lebih besar laa. Kelengkapan umah sama aje....
Abah yg nak bergambar kat sini ngan mak, :)
Bergambar kat gazebo...
Yang ni anas pulak yg tolong snapkan...
Kunci rumah aku letak kat dlm peti surat aje.
Dh kol tuan umah dh. Sebab kitorang keluar pagi lagi, kan...tak sempat dia mandi nak datang amek kunci, hehe..

Baru keluar ke jalan utama...nampak dh satu gerai yg macam besttt jer utk sarapan pagi.
Aku pun ajak abang berhenti....
Mmg best kat gerai ni. Nasik lemak mcm2 jenis sambal dh siap bungkus tapi sedap. Ada bihun goreng, mee goreng...semua nampak sedap2..Ada apa lagi ye makanan berat? lupa dah.
Kuih muih mcm2 jenis. Ada lak roti canai dan seangkatan dgnnya...
Alas perut dulu...nak shopping nanti ni, hehe. Sarapan pagi ni abang yg belanja :)
Lepas tu...kitorang teruskan perjalanan dari Beseri ke Wang Kelian.
Tgk gps punya bajet masa...dalam 30 minit leh sampai.
Antara pemandangan dalam laluan...
Menarik pandangan gini. Sebab pemandangan gini...kalo kat dlm Thailand...kat Krabi jer leh nampak cenggini.
Kat Perlis ni...mmg banyak jalan utk ke Wang Kelian...utk ke Padang Besar...utk ke Kangar. Masuk ikut mana pun InsyaAllah, leh sampai.
Jalan nak ke Wang Kelian ni mmg sungguh mencabar. Naik bukit, jalan mcm bukit larut selekoh2nya...pergh!! Cuma jalan ni ada dua lorong pi balik. Tu yg membezakan ngan jalan di bukit larut tu. Mcm mana ler bas layan selekoh kat sini, aduhaiii..

Ok...dah sampai dah. Alhamdulillah, dapat parking dekat2 pintu imigresen.
Kat situ ada tandas...mmg kena gi tandas dulu terutama abah. Kang kat sana dorang kata dh takde tandas.

Utk hari Ahad...leh masuk nak shopping kat 2km dlm kawasan Thailand ni dari pagi sampai kul 6 petang tanpa apa2 pass (border pass atau pun passport)...Bebas leh kuar masuk utk shopping kat situ2 aje laa.
Matawang utk urusniaga....leh sangat nak guna RM. Urusniaga dalam RM dan Baht.

Mmg kena bergambar kat sini...bukti dh sampai, kan...huhu. Lepas2 ni tak tau ler bila lagi nak ke sini. Jauh jgk weh dari Taiping tu...huhu.
Alhamdulillah. Abah ok jer. Jalan perlahan2. Dah nama shopping...takkan ler nak jalan laju2. Mesti nak tengok2 belek2 barang, hihi..Anggap aje sedang jogging, ngee.
Troli masih tidak dibuka lagi...sebab lom beli apa2 barang.
Kat sini tak macam kat Padang Besar...ada kompleks.
Kat sini kiri kanan adalah gerai biasa, menurun bukit...tp penoh ngan mcm2 jenis barangan jualan.
Panjang lebih kurang 1km pi balik kot...ataupun lebih sket.
Kalo dh letih berjalan utk balik ke kenderaan....leh aje naik mintak tolong dorang2 yg bawak motor siap ada vest keselamatan tu dgn upah bayaran RM2. Tapi kitorang tak gunakan pun. Fit semuanya, hihi..
Adik anis ni...suka sgt ler mende2 cenggini, huhu.
Abah sesajer ler nak cuba rayban, huhu.
Kat sini rupa2nya ada jugak gerai yg menyediakan tandas berbayar. Maknanya...takyah ler terkejar2 ke tandas di dalam Malaysia tu kalo tetiba nak terbuang apa2 dari dalam perut ketika kat sini, mm..
Kitorang dh mula ke sebelah sini lak. Mula nak mendaki...shopping belah sini pulak otw nak ke kenderaan yg berada di dalam kawasan Malaysia :).
Kat area bawah ni ada satu gerai yg menjual pulut ayam yg mmg marveles.
Ayam gorengnya pun sedap, pulutnya pun sedap sbb ada bawang putih goreng yg banyak dan serbuk kriuk kriuk. Kalo tak makan ngan ayam goreng pun dh sedap dh...tapi kalo makan ngan ayam goreng lagi ler sedap, kan.
Mcm pulut ayam kat Dannok tu...ayam dia mmg lembut...tapi tak goreng garing gini. Pulut pun togel aje...takde letak bawang putih goreng dan serbuk kriuk2 yg rangup tu.
Ni ler pulut ngan serbuk kriuk2 dan bawang putih goreng. Dah nak abes baru tingat nak amek gambo, hehe..
Satu ikat buah ni RM1. Aku gi beli satu aje...aduhaiii, nyesal pulak. Sebab buah ni sedap. Manisss. Bila kita usik jer buah tu...terus kulit tu nak terbukak sendiri mcm buah letup2 tu...
Sekali pandang macam buah rambai isinya...tp manis dan lebih sedap dari rambaiii. Ralit jer makan. Apsal ler aku tak borong RM10 buah ni, hahahaha...
Letih berjalan...kitorang singgah dulu minum2 kat satu gerai tu.
Kitorang bukak bungkusan pulut ayam kat sini ler...hehe.
Minum kat situ...abah yg bayar.
Dah sampai kat pintu masuk imigresen Siam semula dh..
Penyapu daun pun aku beli...hahaha...
Macam2 kitorang shopping.
Tapi aku tak sempat nak beli periuk2. Nak beli lesung tumbuk buat somtam tu pun tak terbeli dah. Tangan pun dh penoh ngan barang2.
Nak mintak along pegang pun...dia dh tolong pegangkan barang2 opah dia..
Takpe laa...periuk tu mmg nak guna tapi tak berapa sangat ler nak guna, hehe..
Guna ler apa yg ada kat umah tu. Nanti kot singgah Kelantan nanti...leh laa beli, hahahhaa..

Aku ada jgk beli seterika kecik comel jer. Kengkonon utk guna masa travel, kahhh....mcm ler selalu travel sangat. Tp seterika tu takde jenama pun. Tak tau ler berapa lama leh tahan tu, hehe..
Kat sini dh tentu laa aku beli pes tomyam dorang. Beras wangi pun beli jgk. Tapi beli beras dan pulut kat sini ada laa limit nya. 
Barang2 belian banyak dalam beg yg dah diikat kat troli tu. Takde ler lengoh nak menjinjingnya. Tapi yg kat tangan pun tetap ada jgk, :p
Dah keluar ni...sementara tunggu abah masuk tandas...kitorang amek gambo dulu kat sini.. Tanda kitorang dh masuk dah kat Satun, hihii. Lain kali leh gi masuk Satun betul2. Dok kat chalet dorang tepi laut...mmm
Payung kat dalam tu murah2. Yg saiz besar tu RM8 aje. Cantek2 lak kaler dia, huhu. Tapi aku beli 2 aje. Utk ganti payung2 kitorang banyak yg dah rosak digunakan masa outdoor ngan pengantin...
OTW nak keluar dari area kampung Wang Kelian tu...ada Taman Negeri Perlis. Tapi dh takde apa. Tak terjaga pun dah. Sayang laa tempat2 menarik kat negeri Perlis ni. Byk yg dh dibina sudah tentu menggunakan modal yg besar tetapi terbiar begitu aje. Kot tak dapat sambutan pun...jaga laa elok2. Ni laa bila kerajaan negeri yg urus sendiri. Takkan harapkan pelancong datang sini utk shopping kat Wang Kelian, Padang Besar dan ke Kuala Perlis aje???
Bandar Kangar pun....kul 8 malam...malam minggu dah takde apa. Dah jadi bandar mati. Happening lagi kat Kamunting dan Taiping ni. Serius aku citer ni.
Jadi laa...tanda kitorang dh lalu dan singgah amek gambo kat sini, kan.
Dari situ...terus jer ke bandar Kangar.
Nak cari kedai2 arked. Sela nak cari blaus lawa, kot ada tudung cantek2. Tapi kedai banyak tutup sebab hari Ahad. Kalo nak ikutkan...hari Ahad ler yg happening kan..Tapi kat sini mmg takde apa sangat pun.
Abah pilih antara 2 sandal pilihan kitorang, hehe..
Kitorang singgah kat area The Store kat bandar Kangar tu.
Abah asek tanya kat abang ngan along...beli kasut dan sandal yg abang ngan along pakai tu kat mana, hehe.. Abah berkenan ler tu...padahal sandal abang dan kasut along tu beli kat Tepen aje :)...
Ye lah...tadi kat Wang Kelian takde beli apa2 pun utk abah...sebab takde mende yg sesuai pun nak dibelikan.

Seronok abah...sebab ramai tukang pilihkan, huhu.
Akhirnya abah pilih satu dari dua pilihan terbaik kitorang hari tu dan terus pakai, :D..

Kat area situ...kitorang berhenti kat satu kedai makan ni utk membasahkan tekak. Oder air, beli buah potong...dan beli durian siam sebijik harga sekilo RM5...tapi sebijik tu harganya RM9. Banyak jugak ulas dalam sebijik tu. Puas jgk kitorang 9 orang ni makan durian tu...sampaikan sendawa dalam kete pun jenoh nak kena bukak tingkap, hihi. Nasib baik aku dh cover ngan makan buah berangan, ngee...

Dah selesai...terus ler kitorang meneruskan perjalanan balik ke Taiping....
Singgah kat R&R Gurun utk isi petrol kat stesen minyak Shell. Kebetulan kat situ tokey nya buat open house hari raya lak. Masa bayar utk isi minyak tu...dorang jemput kitorang gi makan, eh??? Mcm syok jer, kan...hihi.. Makan free sempena open house...mmg syok jer dengarnya, ngee..
Kitorang pun gi ler sertai open house tu.
Tokey stesen pun ada...suami isteri ada kat situ. Orang Melayu kita ler. Baik lak tu. Dia ler bagitau...tunggu satay batch ke-2 nak sampai jap lagi, huhu. 
Rezeki kitorang.....satay batch ke-2 pun sampai, hihi....
Selain sate...ada nasik minyak lauk macam kenduri tu..
Ada laksa pulas. Walaupun kuahnya ceroiiii tapi sedapp, ish..ish.
Ada kuih seri muka hijau tu...pun sedap, mm.
Ada cucuq kucai...ada apa lagi dh lupa lah.
Air pun ada air teh panas...ada air black karen...nampak ikhlas tul tokey Shell tu wat open house. Takde ler konsep asal buat jer, kan...

Alhamdulillah, dh kenyang tu kitorang pun doakan ler agar tokey tu dimurahkan rezeki. Bagus dia wat cenggini, kan. Menjamu makanan utk kebanyakan pengguna2 hiway yg merupakan musafir terutama pelanggan2 stesen petrol dia di bulan mulia ni..

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah....rezeki, kan :)

2 comments:

kurus said...

syoknyee jalan kak !
sya x pernah lagi sampai perlis nie
insyaallah suatu hari nanti ;)

nad said...

akak, ada jual fridge magnet tak kt wang kelian tu? ada beli x? hehe :P