Friday, August 22, 2014

Hari ini memilukan..

Hari ni...adalah hari kepulangan separuh daripada mayat rakyat Malaysia yg terlibat dgn tragedi MH17 ke Malaysia. Termasuk 11 jenazah Islam.....
Gambar kredit dari Berita Harian online...terima kasih..
Gambar sumber dari fb...
Gambar sumber dari fb...
Mmg memilukan...tambahan melihat kesayuan ahli2 keluarga serta rakan2 terdekat mereka.

Namun...bukan itu saja yg dipaparkan di fesbuk aku dari kiriman rakan2. Ada jgk terselit satu cerita tentang sorang makcik ni mencari anak dia (ada nama dan tempat tinggal diberikan)....serta nombor telefon anaknya itu utk dihubungi tetapi bila kol tak berjawab langsung. Ada ler pulak sorang hamba Allah ni cuba menolong makcik ni....pun sama...kol si anak tapi tak berjawab. Sehinggakan beliau terpaksa menghebahkan menerusi saluran media maya ni dan memberi nombor telefon sendiri sekiranya ada yg boleh turut sama membantu makcik tu. 
Ni dia...kena letak sini. Kang ada yg kata aku saja2 karang cerita, huhu..
Menurut makcik tu...dia dibuang oleh anaknya sendiri, MasyaAllah. Sedihnya. Orang yg masih ada mak tapi tak menghargai maknya tu ketika mak nya yg telah mengandungkan 9 bulan lebih, melahirkan dan membesarkannya dengan penoh kasih sayang tu masih hidup, masih bernafas di bumi Allah ini. Nauzubillah.

Mutiara kata ni utk mengingatkan aku, somi aku dan anak2 aku juga..
Doa seorang ibu adalah doa yg mustajab. Allah telah memberikan keistimewaan seorang ibu utk anak2nya.
Aku kini telah kehilangan doa2 mustajab dari seorang ibu. Namun sebagai seorang ibu....aku juga sentiasa tak lupa mendoakan kebaikan utk anak2 aku. Semoga mereka menjadi hamba Allah yg beriman, umat yg baik pada Rasulullah dan secara tak langsung boleh menjadi anak2 yg soleh pada ibubapanya. Amin..

Nota ALONA:-
~Kasih sayang....

3 comments:

Unknown said...

sedih je sepanjang hari. Huhuhu... Smga roh mereka tenang disana

mamawana said...

Assalam

Ya sayu pilu hari ini...

nad said...

sedih... :(