Bagi sesetengah orang...bulan Syawal hanya sekadar sambutan hari raya Aidilfitri dan ramai jugak yang tidak melepaskan peluang utk menunaikan puasa enam iaitu puasa sunat ketika dalam bulan Syawal.
Tapi tentu ramai juga yg merasakan bulan Syawal ni lebih dari itu, kan...
Termasuk laa aku.....
Kalo ikut tahun Hijrah, taqwim Islam...aku dilahirkan pada ujung bulan Syawal.
Camne aku tau?
Utk mereka2 yg lahir sebelum tahun 90an....1 Ramadhan dan 1 Syawal yg telah tercatit di kalender kuda tu masih tidak tetap sebenarnya. Kita masih perlu dan berdebar menunggu pengumuman sebenar dari mohor besar raja2. Sebabnya...dulu kita puasa dan raya ikut ketetapan sama ada anak bulan kelihatan di mana2 lokasi rukyatul hilal ataupun tidak. Kalo nampak anak bulan...maka puasa atau raya awal ler kita dari kalendar....Tu sebab nak sambut hari raya dulu mmg excited tunggu pengumuman mohor besar raja2, hehe. Budak2 skang tak merasa dh.
Oleh sebab tu...kalo mereka2 yg lahir sebelum tahun 90an....tak leh nak mengatakan tarikh kelahiran dorang melalui susunan kalendar taqwim Islam yg boleh didapati di internet itu tepat. Tak brp tepat laa sebenarnya.
Ok...kalo korang (yg lahir sebelum tahun 90an) gi check kalendar Islam yg digunakan jugak di sini KALENDAR MASEHI KE HIJRAH...ia
tak berapa tepat sbb ia menyeluruh sekali negara Arab. Dorang kat Arab sana kan
selalunya berpuasa di bulan Ramadhan dan sambut Aidilfitri sehari lebih awal
dari kita. **Tapi kalo dh takde...leh jgk dijadikan rujukan.
Macam aku....mcm mana tau aku punya tepat??
Ok...sebab aku bertuah, wink ;)...
Tahun 1975....aku ada 2 orang kawan yg lahir pada pagi 1 Syawal 1395H iaitu yang bertarikh 05.10.1975. Nama dorang pun mak dorang taruk sorang Syawal dan sorang lagi Aidil sempena kelahiran di pagi 1 Syawal, :) ....
Jadi, tak susah ler aku nak kira...sebab aku lahir 01.11.1975, kan....nampak tak?? hehe..
Kalo ikut kalender omputih...umur aku skang ni lom sampai lagi 39 tahun.
Tapi kalo ikut kalendar hijrah ni...umur aku dh nak 40 laa ujung bulan Syawal ni, hehe..
Masa kelahiran anak2 aku...semuanya aku catitkan tarikh kelahiran dorang dalam tahun hijrah. Tapi mmg takde sorang pun dari ketiga-tiganya tu yg dilahirkan dalam bulan Syawal, hehe.
Lagi satu yg menjadikan setiap bulan Syawal aku lebih bermakna....sebab aku dan suami tersayang telah dinikahkan pada bulan Syawal jugak, hehe..iaitu pertengahan minggu ke-2 Syawal. Tarikhnya?? :)
Kiranya dalam sebok persiapan nak raya tu....aku dan keluarga pun sebok ler ngan persiapan nak kawen jugak. Ish..ish...ngan masa tu umah pun baru siap sambung belakang dan buat tambahan bumbung dan pagar kat depan tu....Mmg terasa teruk nak kemas2 umah yg bersepah ngan pelbagai barang2.
Nota ALONA:-
~Hari ini... :) Alhamdulillah.
1 comment:
happy anniversary utk akak n suami
cemana la agaknya akak bleh berjumpa kan? hehe.. 1 sekolah ke cemana ni? :)
Post a Comment