Monday, August 25, 2014

Ke Pasaraya Besar Mydin, Parit Buntar

17.08.2014
AHAD

Sempat pulak menyinggah kat Pasaraya Besar Mydin kat Parit Buntar, haha..
Semua seronok nak singgah...jadi kitorang pun singgah laa, hehe.
Dekat tul ngan Hospital Parit Buntaq.
Ni dia bangunannya. Berkembar ngan Kerian Sentral Mall yg bakal dibuka tak lama lagi. Yg rendah tu Mydin...bangunan sebelah yg tinggi sket tu Kerian Sentral...
Kalo parking kat dalam bangunan...masuk situ terus nampak Marry Brown dan pentas. Tak tau mana jalan nak ke pasaraya mydin ke tingkat atas selain lif. Tapi bila dh dekat ngan lif...baru nampak eskelator tersorok kat belakang dinding pentas, huhu.
Kedai2 sewa kat mydin.
Ni pintu masuk pasaraya kat tingkat atas..
Kat dalam mydin...kat area pakaian ni yg paling lama, huhu.
Sela, mak dan ain memilih seluar...
Abah tengok2 baju t-shirt..abang pun beli selai t-shirt utk basahan kat umah.
Anas lak carikan aniss seluar jugak....huhu..
Gambar kena ada...hihi..
Outing ngan akiss pun dh ada tempat best dah. Nampak gayanya...tak perlu lagi laa nak ke Mydin Mall Meru, Ipoh tu dah. Outing ngan akiss leh gi sini. Tak lama lagi pun Kerian Sentral nak bukak.
Lenggong aje masih penoh warisan. Nasib laa Angah pun tahun ni jer last kat Lenggong tu. Dulu ada jgk beberapa kali outing ngan angah sampai ke Mydin Mall Meru tu sbb kat Lenggong takde pasaraya apa pun selain pasar mini. Nak berlama2 pun cuma kat Lata Kekabu tu aje lah, huhu..

Tak pe lah...semua tu utk mengutip pengalaman. Dapat jugak melihat tempat2 orang. Kalo angah tak belajar kat Lenggong tu...mgkn aku tak sampai lagi ke Muzium Arkeologi, Lata Kekabu dan menikmati lauk-pauk best kat Restoran Tasek Raban, kan..

**OTW dari mydin ni ke Taiping..sempat lagi singgah makan dulu kat restoran simpang tiga tol bukit Merah tu, hahaha. Pengakhiran makan2 trip Taiping-Perlis-Taiping ni....abang yg belanja ;)..

Nota ALONA:-
~Syukur...segalanya Allah permudahkan.

2 comments:

Nad MamaZN said...

makin maju dah parit buntar ni
dah macam pekan besar dah skrg ek

HASRUL HASSAN said...

Memang best duduk kat Parit Buntar ni .. macam2 dah ada. Pastu makin terkenal dengan Pasr Kemboja.