Sunday, August 31, 2014

Sudah 57

31.08.2014
AHAD

Hari ni adalah hari ulangtahun kemerdekaan negara yg ke 57.
Kalo mak masih ada...usia mak pun menjangkau 57 pada bulan Oktober nanti.

Tahun ni...slogan sambutan kemerdekaan adalah Di sini lahirnya sebuah cinta....yg dipetik dari lirik pertama sebuah lagu bertajuk WARISAN dendangan suara Allahyarham Sudirman yg menusuk semangat nasionalisme bait2 liriknya...


Apa yg aku harapkan...anak2 bangsa tidak terlena dgn perkataan MERDEKA 31 Ogos itu.
Kerana...perjuangan tidak akan pernah selesai utk mengekalkan erti MERDEKA itu yg sebenarnya.
Kita kena bersama2 bersatu hati menguatkan perpaduan ummah sesama umat Islam dan mengekalkan perpaduan majmuk masyarakat yg ada di dalam bumi Malaysia ni.

Kerajaan pulak...jgn laa pandang remeh permasalahan rakyat. Perkara dan urusan2 yg rumit dihadapi oleh rakyat...silalah permudahkan. Sekarang kan dh zaman teknologi. Apa lagi yg menjadi beban utk dilaksanakan. Universiti2 pun dh banyak yg mengeluarkan siswa-siswi pakar dalam perisian komputer & teknologi. Percaya lah pada idea2 orang muda sambil dipantau oleh pakar2 yg sedia ada.
Dengar dan selami keluhan hati rakyat walaupun ia cuma dari minoriti. Itu sebab lah dinamakan kerajaan. Tiada rakyat...siapakah kerajaan??

Pekerja2 kerajaan pun...buatlah keje ngan bersih, cekap dan amanah serta bertanggungjawab. Masyarakat adalah pelanggan organisasi tempat anda bekerja. Tiada masyarakat....tidak wujudlah jawatan yg anda sandang sekarang.

Nota ALONA:-
~Sayangkan Malaysia, negara tanah tumpah darahku. Berharap sesuatu yg terbaik utk kebaikan semua.

1 comment: