Wednesday, August 27, 2014

Tak lama dah tu..

Nampaknya AEON Mall Taiping dh hampir siap tu.
Bulan September ni mula buka perniagaan laa, kot..
Tapi tak tau laa...sebesar2 bangunan ni...penoh ke penyewa nya nanti??
Harap2 usaha dorang bukak mall kat sini...berbaloi ler. Sape yg meniaga takmo untong, kan.

Mmg bumi Taiping ni mcm terkejut jgk ngan pembangunan dalam 2-3 tahun kebelakangan ni. Tapi kewujudan Tpg Mall ngan AEON ni lah yg paling nampak ketara. Dua2 naik serentak. Cuma Tpg Mall bukak dulu wlpn belum siap sempurna pun keseluruhannya.

Ikut relevan...Taiping Sentral dan Tesco yg cukup gah sebelum Tpg Mall dan Aeon ni naik pun...masih ada kedai sewaannya yg tidak disewa. Inikan pulak bila 2 buah gedung ni sudah beroperasi sepenuhnya nanti.
Ni pun dh nampak dah. Bila Taiping Mall dh dibuka....Sushi king kat TS dah tutup & pindah ke Tpg Mall. XES kat Tesco dh pindah ke Taiping Mall jugak. Itu pun aku tak perasan sama ada Secret Resepi di Tesco & kedai kasut Red Modani di TS tu pun dah tutup sebab kedai dorang pun ada kat Tpg Mall tu, mm..

Lagi..
KFC kat TESCO pun dh tutup...huh!!
Yg ni pindah kat mana lak...aku pun tak tau laa. Kat Tpg Mall jugak ke?? Ari tu tak nampak lagi. Marry Brown ada laa. Mgkn kah ke AEON jgk tu nanti??

Hmm, nampak kan efeknya tu...
Bila banyak sangat pasaraya besar dan Mall naik kat Taiping ni...para pekedai, para francaiser tak tentu arah nak pilih lokasi yg mana lebih bagus utk perniagaan dorang...

Dgr citer jgk...kat AEON nanti ada Popular book store. Mungkin kah, kedai buku popular kat Wisma Palaniappa tu yang akan berpindah kat kat AEON ni?? Kalau ye....mmm, dh tak bermakna dh ler wisma tu. Skang ni hidup pun sebab kedai buku popular tu aje nampak luarannya.

Nota ALONA:-
~Pembangunan itu perlu tapi ia bukanlah erti sebenar sebuah kemajuan...

1 comment:

Nad MamaZN said...

banyak sgt dh mall nya..
taiping bukan macam ipoh
klu buat 1 tp semua pekedai & francaiser dok 1 bumbung lg elok kot rasanya...takut nnt asek tumpu pd mall yg paling untung, yg lelain tu jadik gajah putih la huhu..membazir