Tuesday, August 19, 2014

Ke Perlis Indera Kayangan - 1

16.08.2014
SABTU

Sebenarnya, aku ngan abang nak gi Perlis seminggu sebelum tu...9/8-10/8. Tapi tak jadi sbb Sabtu dan Ahad tu ada keje dan perkara yg perlu diselesaikan.

Dalam minggu lepas...aku dpt kad jemputan kawen dari kak ina....yg penah jadi jiran sebelah umah kitorang ni dulu. Anak dia kawen 31/8 nanti tapi aku tak dapat nak hadiri sebab ada hal lain. Aku ajak abang gi Perlis 16/8 dan tido kat sana semalaman. Abang kata ok jer.

Kitorang pun ajak laa mak ngan abah jugak gi jalan2. Dah lama mak ngan abah tak jalan2 makan angin keluar dari Taiping. Last masa kitorang bawak gi Cameron Highlands bulan Mac dulu tido semalaman bersejuk dingin, masak2, makan2 kat sebuah apartment kat sana.. :) . Best!!!!....

Alhamdulillah, kali ni pun abah ok jer bila diajak jenjalan ke Perlis. Mak lagi laa ok bila abah dh kata ok [kenyit mata, hahaha]..
Aku pun...Jumaat 15/8 baru booking homestay. Sebab dh tau masa tu bukan ke tengah2 bulan...baru lepas raya lak kan...homestay takde masalah sangat. Cuma aku kena jugak gugel cari homestay yg best laa...

Kebetulan pulak hari tu Sela dan Anas pun bagitau nak join skali...elok sangat ler utk aku kol homestay yg ada 3 bilik tu. Kalo Sela tak gi...kitorang amek homestay 2 bilik aje.

Singgah umah kak ina
Kul 8.15 pagi kitorang dh keluar gi umah mak nak amek mak ngan abah.
Sela dan anas dh sampai terlebih dahulu kat sana.

Singgah sarapan pagi kat Bukit Merah...abang belanja.

Semalam, aku dah bagitau kat kak ina yg kitorang nak singgah berhari raya kat umah dia. Mgkn sampai tengahari sebab OTW nak check-in homestay kat Beseri.
Kak ina lak beriya laa menyediakan hidangan tengahari utk kitorang, aduhaii. Segan ler jugak kan. Tp mmg aku kena singgah umah dia...sbb tak dapat nak datang hari walimatulurus Fatin nanti.
Kang aku apdet gambo gi Perlis masuk FB...kecik lak ati dia tak singgah umah dia, kan..huhu.
Dah ler fren fesbuk ngan Fatin, Fiqah dan kak ina sendiri...hihi.

Sampai2 umah kak ina kat Arau...kak ina tengah sebok lagi kat dapur. Tak bagi aku kacau dia kat dapur, hahaha. Tapi aku nak kacau jgk, kehkeh..

Dh selesai berhidang semua...kitorang pun dijemput ler menjamu selera.
Dalam segan2 tu...makan bertambah jugak ler sbb kak ina masak sedap, hihi. 
Dah selesai makan dh...abah syok bersembang ngan kak ina dan abang hanif.
Mmg kat situ rancak sungguh abah bersembang. Macam2 perkara jadi topik. Sampaikan kitorang kena 'cut' sbb nak teruskan perjalanan lagi ni, hehe..
Tengah tunggu abah bersembang...Kalo lama lagi tu kak ina dh nak buat kopi dah, hehe. Kak ina tu bkn boleh...
Acara wajib...bergambar bersama2 famili kak ina. Anak2 kitorang cuma along jer yg ikut. Sebab minggu ni bkn minggu pulang bermalam bagi Akiss dan Angah.
Bakal pengantin yg pakai t-shirt putih tudung itam tu..
Anak kak ina sebenarnya ada 4 orang. Tp yg bongsu meninggal dunia 3 tahun yg lalu...ketika usianya 10 tahun. Skang tinggal 3 orang aje laa. Bijak2 anak2 kak ina ni. Yg 2 pempuan tu dh abes belajar. Sorang dh keje dan dah nak kawen. Sorang lagi baru abes degree tunggu nak konvo dan nak sambung master terus katanya. Yg lelaki sorang tu dh setahun belajar kat Spain. Skang dia sedang cuti sem...nak terbang semula ke Spain pada 3/9 nanti..

Terima kasih kak ina dan keluarga atas layanan.

Nota ALONA:-
~Berkat hidup bila menggembirakan hati ibubapa ni. Dalam menggembirakan hati seorang tua...wang bukan keutamaan. Cukup lah dengan sentuhan listrik zahir dan batin. Ingat ye, wahai anak2 ibu :)

3 comments:

Suhana Shahril said...

Alaaa...kak mai perlis...x habaq...arau dgn pauh dah dekat sgt...klo dak boleh singgah mai..

attyfir said...

lama dah tak g perlis

nad said...

kak ina ni yg jahitkan langsir akak tu kan? nak sambut menantu dah ye ;)