Wednesday, August 13, 2014

Pertama kali ke Taiping Mall

10.08.2014
AHAD

Kitorang keluar... ada hal yg perlu diselesaikan.
Pastu...gi kedai jam yg bukak di hari Ahad yg terletak di gerai2 belakang BOMBA tu.
Aku nak tukar bateri jam baru.
Dekat jer ngan Taiping Mall yg baru bukak. Kebetulan dapat lak parking kat situ, kan...baekkkk punya. Dh bgtau kat abg, lepas ni kita masuk ler kat Tpg Mall tu, ye. Dh alang2 dapat parking baekkk punya tu, hihi.
Abang pun nak tuko bateri jam baru dan tuko tali jam sekali.
Dah selesaii...kitorang pun lintas ler jalan masuk Taiping Mall.
Ni kiranya first time ler masuk selepas bangunan ni dh dibuka bermula seminggu kot sebelum nak raya....
Tapi masa tu cuma pasaraya pacific aje yg bukak dan ada ler beberapa kedai2 yg menyewa kat dalam tu.

Masa aku pi baru ni...banyak jgk ler kedai2 dh bukak dh.
Ada Carlo Rino, XES dari tesco pun dh pindah sini, ada Red Modani...ada Oasis......errr, semua yg aku sebut tu semua ada kaitan ngan kasut, hahahaha..
Dan aku tertarik nak singgah masuk sini sbb tak nah lagi masuk mana2 kedai kasut Oasis sebelum2 ni. Yg XES, Red Modern semua tu dh penah masuk dh, hihi.
Tengok kasut2 pempuan pun lawo2 kat situ..
Dan belek2...try2...terpikat ler kat satu wedges ni utk dibeli....lalala.

Pastu ronda lagi...
Ronda sampai tingkat paling atas....iaitu bakal sebuah hotel nanti. Novotel kot, ntah ler tak berapa amek tau sangat. Tak siap lagi pun. Masih dalam progress. Mmg tutup bahagian atas tu. Kalo tengok betul2...rasa seram jgk kot tetiba runtuh ler pulak kan, err...sori. Ni kerisauan tapi leh kontrol, ye...huhu.
Eskelator paling last ketika itu. Laluan ni dibuka utk mereka2 yg parking kereta kat dalam bangunan.
Mgkn tingkat atas ni nanti ada ler kot bowl ke....panggung wayang ke..tak tau laa.
Setakat ni...cuma ada satu jer panggung wayang kat Tpg Sentral dan ada satu bowl boling kat Plaza Perbandaran.

Kitorang ronda abes ler....
Sbb bangunan masih baru....ekon pun baru...sejuk tu terasa sangat ler lagi, hahaha..

Kat bahagian bawah sekali (setakat hari tu) ada kedai2 makan. Antaranya Sushi King, The Chicken Rice Shop, Marry Brown, Kenny Rogers dan......Seoul Garden, wow!!!! Seoul Garden dah ada kat Taiping?? huhu..
**Yang lain2 tu tak heran sebab dh ada dh kat Taiping sebelum2 ni kecuali TCRS dan Marry Brown. Tapi dah penah makan kat francais lokasi lain, :)

Ramai ler aku tengok kat dalam Seoul Garden tu. Tapi kitorang tak masuk ler pun. Perut tak lapar sangat lagi. Rugi masuk, Fadel kata...hihi. Nak masuk situ...kena perut betul2 lapar. Pastu tunggu ler Groupon ada wat baucar murah2. Mcm along dia dh ada harga student. Leh jer dia nak masuk tapi....err, nanti2 laa nak masuk pun. Dorang kata steamboat nya sedap, mmm. Taknah masuk mmg tak tau laa.. Dgr adik aku dan kawan2 aku citer aje.
Amek gambo kat luar aje.
Ada kasut baru aku dalam ni. Jenis wedges. Kasut wedges yg inci lebih tu dh tercabut tapaknya masa raya pertama hari tu. Kena ler aku pakai kasut wedges lagi satu yg inci rendah sket tu. Oh, ye...oasis ni ada sediakan kad ahli utk harga diskaun 10% jugak, ye...Dapat kad ni apabila membuat sebarang pembelian. Kad aku ni sah tempoh sampai 2016, :) ..
Tu ler dia bangunan Taiping Mall yg tak sabar2 nak beroperasi mendahului AEON Jusco. Atas tu yg tak siap tu ler sebuah hotel katanya.
Taiping Mall ni dh lama tul perancangannya. Byk tahun dh tanah tu terbiar.
Bila nak naik AEON....eh, tengok dorang pun naik jugak, hahahaha..
Itu lah namanya persaingan, kan!!!!

Nota ALONA:-
~Agak2 ada kedai yg sama ke nanti kat AEON Jusco yg bakal dibuka sebulan 2 lagi??

3 comments:

nad said...

taiping mall ni depan food court larut matang tu ke? kt tapak doli lama ke? alaaa rindunya kt tepeng.. klu saya pi sana lagi, nak jumpa akak, akak jgn serik nak jumpa saya ek, hahaha :P

Unknown said...

nak tngk wedges tu

tifaanvar

DeLLas said...

tggu kita mkn sama2