Sunday, May 24, 2015

Bila gambar masuk sokabar..

Sebenarnya...gambar ni dh lama Leen (sahabat SMVTAA) hantar iaitu beberapa hari selepas aktiviti ni berlangsung. Tapi tunggu2 takde kuar pun. Maka, Leen pun soh aku pulak hantarkan. Mgkn pengarang nak gambar bersaiz besar, kot. Tak kisah laa tu.

Petang semalam...kawan kitorang yg bukan SMVTAA yg wassap bagitau gambar ni keluar sokabar. Maka, dorang share pulak kat grup wassap SMVTAA 91/92 kitorang. Lega laa dh keluar, kan...hehe.

Yang keluar ni adalah dari emel Leen. Besar jgk ler gambar tu. Kalo sesaja nak boh iklan..mahal tu  nak kena bayar. Gambar warna pulak, kan..huhu.

Aku pun mintak ler Leen share kat fesbuk pulak. Dan tag nama aku dan kawan2 yg lain.

Alahh...gambar kat ruangan alumni tu aje. Tapi ok laa, kan. Leh jadi penaik semangat kat kawan2 yg tak nah ada masa nak join aktiviti kitorang ni. Lain kali leh join pulak..

Camni ler bila dh masuk sokabar..
Gambar ni Leen amek dari fesbuk aku. Gambar yg diklik-klik oleh suami aku, hehe. Tu yg rasa sonok tu. Dan simpan pulak kat blog sebagai kenangan..
Sebenarnya, aku pi cari jugak sokabar ni kat kedai utk lihat sendiri, hehe. Alhamdulillah, dapat jugak. Tu pun kedai tu dh tutup separuh pintu dah. Hari dh senja, kan...huhu.
masuk dalam paper mingguan malaysia..
Berbanyak terima kasih kepada pengarang kolum ini di akhbar Mingguan Malaysia. Teruskan ruangan ini utk memberi semangat kepada mereka2 yg susah sangat, segan sangat, rasa rendah diri sangat nak jumpa kawan2 lama. Perjumpaan sebegini (sekali ahli keluarga) bukan lah utk menayang kereta, citer kehebatan kerja, kehebatan perniagaan tetapi adalah utk mengeratkan sillaturrahim sesama dengan niat yg baik...aktiviti yg sihat.


Nota ALONA:-
~Alhamdulillah..

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
pemes amos uols masok paper he3