Friday, May 22, 2015

Langkawi 2015 - Menunggu sehingga naik feri

01.05.2015
JUMAAT

Jam 5 lebih...kitorang pun ronda2 jap. Bergambar dh alang2 sampai ke sini...
Dorang ada buat macam pelantar lak kat tepi laut tu...

Masjid Al-Hussain pandangan dari arah laut..
Kesayangan kami..
Abah dan anak...
Air tengah surut...
Kitorang amek keputusan utk makan kenyang2 dulu sebelum gi ke parking amek barang2 dalam kereta dan menunggu feri di terminal. Ke mana lagi kalo tidak ke laman brasmana...ada food court.
Antara menu yg dipilih petang tu..
Kitorang makan hidang. Makan nasik kenyang2 terus. Sebab feri kul 7.30 petang. Sampai jeti Kuah mungkin kul 9 malam...Pikir badan dh tentu penat. Pikir dapat kereta sewa terus check in aje lah. Leh rehatkan badan yg dh melekit abes ni.
Aku sebenarnya risau jgk..check in dh lambat sangat nanti...resort bagi chalet kat orang lain pulak. Kan sedang peak season sangat waktu ni. Kol resort...dorang kata..dorang pun tau tentang masalah ni. Jadi dorang mmg simpan chalet kitorang. Tambah pulak mmg dh dibayar penoh, kan....

Kereta sewa pun aku dah bagitau kat kawan Fadel tiket feri kitorang jam berapa. Tu yg rasa senang hati sket walaupun penat membuang masa menunggu waktu feri kitorang.

Makan kat laman brasmana mmg mahal lah. Harga kitorang makan tu mcm kitorang amek set yg ada ikan siakap 3 rasa sekiranya makan di restoran tomyam kat Taiping, huhu. Tak pe lah...nasib masakannya sedap, huhu.

Lepas tu...kitorang pun berjalan kaki semula ke tempat parking alza tadi. Mak aii...tengok padang parking tu tadi cuma separuh padang aje penuh...skang dh nak penuh dh, fewwww!!!
Ok...dh pastikan kunci alza...barang semua dh amek...kitorang pun gerak laa ke arah terminal jeti..
Walaupun masih ramai yg menunggu waktu feri mereka di kawasan terminal...tapi nampak laa berkurangan sket. Cuaca pun dh mula memendungkan diri. Jam waktu tu kul 6.30 petang.

Lalu kat kaunter tiket tadi...tiket hari tu dh abes dijual. Sesape yg tak dapat tiket tadi...kena laa tunggu esok pagi pulak. Aduhaii...kesiannya laa, kan. Tambah2 pulak dorang dh bayar booking hotel, deposit kereta...datang dari jauh pulak. Dah nak kena cari hotel lain utk bermalam semalaman dulu kat area Perlis tu.
Masa masuk dalam tempat menunggu di terminal jeti...walaupun orang masih ramai memenuhi tempat2 duduk tapi ada jgk ler ruang2 kerusi yg kosong. Tapi baru jer duduk...dh ada pengumuman utk menaiki feri utk penumpang yg mempunyai tiket jam 6.30petang dan 7.30 petang. Maknanya...kitorang dapat naik feri awal sebelum jam 7.00 petang lagi. Lega rasanya badan dapat duduk selesa sebelum feri bergerak.
Muka lega walaupun sebenarnya penat dh tu...
Bila feri bergerak...aku pun wassap kawan fadel. Senang dia nak bajet kul berapa dia nak gerak dari umah dia ke terminal jeti Kuah utk serahkan kereta kat kitorang.

Dalam feri...tertidur jgk ler kitorang. Badan letih kan. Bila dapat dok selesa..berhawa dingin..apa lagi...mata pun mengantuk lah. Sedar2 pun bila cahaya dari pekan Kuah sudah kelihatan dari dalam feri. Aku pun wassap kawan fadel bagitau feri dh nak sampai.

Alhamdulillah...selamat sampai. Muka masing2 semua dh berminyak2 dh, hehe.
Senang berurusan ngan kawan fadel ni. Dapat kereta sewa...dan dh bayar duit sewanya...terus lah kitorang menuju ke tempat penginapan kitorang utk percutian kali ni.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...

2 comments:

mamawana said...

Bestnyer... rindu nak naik feri...

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
he3
nampak benor muka penat he3