Monday, May 18, 2015

Reunion Event Retro 40 SMVTAA 91/92 - Penyampaian hadiah acara malam

11.04.2015
SABTU

Masa acara penyampaian hadiah sukaneka petang tu...abang ngan angah balik chalet dan kemudian gi mandi sungai jap. Aku terus ler dok kat dewan tu amek gambo anak2 dan kawan2 dapat hadiah.
Dah selesai...aku pun balik ler ke chalet..jalan kaki sengsorang. Rehat jap...mandi2. Kul 8 malam kitorang pun berkereta ke lokasi. Leceh lak nanti abes tengah malam nak jalan kaki pulak, kihkih.

Sampai2...mmg mana yg dok menginap chalet dekat2 tu dh sampai ler. Dekatkan...hihi.
Riuh rendah dh ngan suara anak2. Team Sam & Jay (AJK BBQ) sedang bertungkus lumus membakar ikan2, ayam2 segar, memanggang 2 ekor kambing...phew!!

Sementara di pentas...acara malam terus dijalankan.
Kek yg ditaja oleh sahabat yg tidak dapat hadir...Malisa. Terima kasih, Lisa.
Somi Linda membacakan doa selamat.
Ucapan aluan dari bekas ketua pelajar batch kitorang dulu..
Acara memotong kek...simbolik sebuah persahabatan..
Hadiah yg tersedia utk malam tu...
Malam tu...hadiah ada 4 kategori. Hadiah cabutan bertuah, hadiah2 pertukaran hadiah sesama kawan2 (dibeli sendiri), hadiah kategori utk karaoke & hadiah khas juri...
Hadiah yg bernombor tu...utk cabutan bertuah. Disediakan oleh perbelanjaan kutipan, sponsor pun berlambak2. Alhamdulillah, semua yg hadir boleh dapat hadiah cabutan bertuah.

Beg astro tajaan zahidah..
Hamper...Ni rasanya Leen yg cari tajaan.
Cadar 3D tu...tajaan Linda
Aduii...Amat pun leh dapat cadar 3D ni, huhu.
Aku dapat apa?? lalalala....
Misai pun dapat hadiah...
Yang bawah ni lak...gambar2 pertukaran hadiah. Kitorang tukar konsep sket. Hadiah dari A...A datang depan cabut nama. Keluar nama aku...aku gi amek hadiah yg disediakan oleh si A. Kemudian aku lak cabut satu nama..muncul nama B...B pulak dapat hadiah yg disediakan oleh aku. Dan seterusnya.......sampai abes.
Aku terima hadiah dari azahan..
Hadiah aku sediakan pulak...dapat ke Halim. Lepas tu Halim lak cabut nama...dia serahkan hadiah dia kat nama yg dia dapat tu.
Ni lak tak tau laa sape yg dapat hadiah sape, hehe..
Ni pun tak tau sape bagi hadiah kat sape...tak ingat dh, kihkih.
Mr. Admin memberi hadiah cenderahati kepada cikgu Saupi yg sudi memeriahkan majlis.
Di bawah ni antara gambar hadiah kategori khas, kikiki.
Ikut ler penaja hadiah ni...dia nak buat kategori apa.
Macam aku...dapat hadiah khas...fotografer wanita. Seronok ler sangat, kan.....
Snie dan isteri...dapat hadiah pasangan dan keluarga paling spoting sepanjang majlis berlangsung.
Ni hadiah pakaian peserta lelaki paling kemas malam tu..
Kamal dapat tempat pertama peserta karaoke dua kategori malam tu. Solo & Duet ngan isterinya.
Ni gambar juara Duet...
Somi aku...dapat hamper kerana menjadi juri karaoke malam tu, hahahah. Tu sebab aku tak leh masuk bertanding, kikiki..
Sebenarnya kan....gambar penerimaan hadiah malam tu...sangat2 banyak. Rasanya setiap penerimaan hadiah aku snap klik2, hehe. Tapi aku tak dapat ler nak simpan semua kat sini. Melambak wehhh... Aku cuma pamerkan kat grup fesbuk batch kitorang aje.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...rezeki melimpah utk event kitorang kali ni.

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
sonoknya semua dapat hadiah :)