Wednesday, May 6, 2015

Harum manis tahun ni..

03.05.2015
AHAD

Gi singgah umah kak ina kat Arau. Nak amek buah harum manis yg dh dipesan pada hari Rabu 29.04.2015. Aku pesan 3kg jer. Tahun lepas pun pesan 3kg. Kak ina pun beli dari ladang kawan dia.
Dah masak diperam.....
Skang ni...kalo beli buah harum manis dari ladang...mmg dorang akan boh terus buah tua dalam kotak yg ada karbait. Peram...dan dapat kat aku..mmg dh leh makan terus laa sebab kak ina dh beli hari Rabu dan simpan kat umah dia dulu, kan.

Bila sampai umah hari Ahad malam tu....aku dah leh kupas dah. Bagi anak2 makan. Sebab esok ada yg dah nak balik.
Pagi tadi ayah singgah umah sebelum balik Bentong...aku kupas jugak sebijik utk ayah. Fadel pun katanya ada tinggalkan 2 bijik harum manis kat umah ayah di Desa Damai. Nanti ayah balik Bentong leh laa kupas dan makan lagi.
Fadel beli banyak....dia ngan Dayah gi Perlis dengan tujuan utama nak cari harum manis ni aje, huhu. Alhamdulillah laa...dapat jugak ler lebih dari 10 kilo...

Buah ni mmg sedap laa kalo dapat beli yg ori punya. Yg ori mmg mahal di pasaran. Beli kat tepi2 jalan tu ada yg campur ngan siam punya. Seperti yg diketahui...siam pun cuba tanam buah harum manis ni tapi tak dapat serupa rasa ngan buah dari pokok yg ditanam di tanah negeri Perlis ni. Gred di negeri Perlis ni mmg yg terbaik lah.

Nota ALONA:-
~Terima kasih kak ina & keluarga.....

1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam sis alona,
kuningnyaaaaaaaaaaa warna dia kan3