02.05.2015
SABTU
Kitorang meronda sampai ke jalan menuju ke The Datai..
Tapi singgah kat padang golf kat area situ. Tempat yg kitorang pernah bergambar jugak ketika mula2 aku merasa menjejakkan kaki ke Langkawi ni iaitu umur Angah tak sampai setahun pun. Baru jer pandai berjalan. Kali ni setelah 17 tahun berlalu...kitorang datang lagi ke area ni dan bergambar lagi di area padang golf ni. Along dan angah dah remaja...aku pulak dah gemok dah, erkkk!!! hihi....
Jalan kat sini mmg tenang jer. Jarang orang nak datang sampai ke sini. Dah laa jauh dari simpang jalan utama..masuk sini takde apa yg menarik sangat pun utk orang yg golongan mcm kitorang ni. Kot ada yg lalu jalan ni pun sebab nak ke Taman Buaya ataupun ke pantai Pasir Tengkorak. Terus mendaki lagi...jumpa laa padang golf dan The Datai yg diketahui sangat mahal harga sewa penginapannya ni, huhu.
Kitorang kali ni gi Langkawi mmg nak santai aje. Galeri 3D yg baru dibuka tu pun tak gi. Sebab dh tau..kalo masuk situ..mau setengah hari baru keluar sebab semua gambar nak bergambar, kan..huhu. Maklum laa, gambar2 menarik. Dah ada pengalaman kat i-city dulu. Nanti2 laa...bebila pulak jika ada rezeki lagi, hehe.
Nota ALONA:-
~Bajet pun ekonomi aje gi cuti2 kali ni, hehe..
1 comment:
Assalam sis alona,
he3
ritu weols pi xberani la nak pusin2 island
almaklumla weols penakuit he3
Post a Comment