JUMAAT
Dekat kul 10 malam baru check-in bilik. Kat sini deposit kunci RM100/bilik. Kalo 2x bilik...jadilah RM200 kena tinggalkan deposit kunci di kaunter. Takpe...duit tu nanti dapat balik, kan.
Harga bilik ni kalo ada yg nak tau...leh ler gi gugel, ye. Kitorang dapat 2 bilik. Sini ada jugak bilik yg mempunyai 2 buah katil queen tapi masa kitorang booking utk tarikh tu ia nya dh penoh.
Jika dulu ke Langkawi kitorang pernah menginap bilik hotel takde bintang, 1-4 bintang (yang 4* tu di bawah trip kompeni, hehe), apartment, bahkan homestay jugak. Pernah menginap di area pekan Kuah, juga di area Jalan Ayer Hangat, berhampiran Pantai Cenang, berhampiran Pantai Tengah...juga di Awana Porto Malai (yg kini sudah bertukar nama Resort World)...
Kali ni...kitorang cuba pulak menginap di tempat lain..iaitu di Dewani Villa area Ulu Melaka...sangat berdekatan ngan Kompleks Makam Mahsuri. Jalan kaki cuma berjarak 100m. Baru lagi 07 Mac 2015 dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir.
Walaupun mula2 rasa macam jauh jer ngan Pekan Kuah tapi sebenarnya...sini adalah tengah2. Nak gi Pekan Kuah, nak gi Cenang, nak gi Padang Mat Sirat. Bila dh kerap keluar...dh rasa tak jauh pun. Expert nak keluar masuk simpang2nya.
Dah dapat kunci...terus ler masuk bilik masing2. Kitorang lepak kejap kat bilik anak. Soh dorang mandi jugak bagi segar badan tu. Melekit2 dah.
Ni bilik katil single.. |
Astro Njoy...masa tu ada citer Ice Age yg pertama tu.. |
02.05.2015
SABTU
Pagi itu..kitorang dah plan keluar jenjalan sampai petang. Dah siap2...gi sarapan pagi dulu. Penginapan kat sini sekali sarapan pagi.
Bergambar depan chalet kitorang....yg berdepan jer ngan swimming pool. |
Kegirangan kanak2 mandi-manda di pagi hari. Aku cakap kat anak2 aku yg dah dewasa tu...petang nanti balik dari jenjalan...korang lak leh terjun situ, hehe.. |
Lorong chalet... |
Bergambar di sebelah chalet kitorang, di lorong yg juga berhampiran ngan chalet anak2.. |
Sarapan pagi dulu. Makan apa yg ada. |
Ok...dh stanby utk jenjalan.. |
Sebenarnya...nak citer laa kan...............................Hari semalam selepas dapat tiket feri nak ke Langkawi...aku dh runsing pikir tentang tiket feri utk balik Ahad nanti. Risau tak dapat tiket tu sekiranya ia sudah dibuka untuk jualan. Aku pun wassap Jahid (kawan Fadel) utk mintak tolong dia belikan dulu tiket feri balik nanti. Sebabnya...kat kaunter K. Perlis cuma boleh beli tiket sehala sahaja. Nak beli tiket balik...kena beli kat Kuah sana. Sekiranya hari Jumaat tu dh boleh beli tiket utk hari Ahad...maka...kitorang akan ketinggalan sebab kitorang pun hanya akan sampai ke Kuah kul 9 malam nanti. Risau...sapa tak risau, kan.
Rupa2nya Jahid bertanyakan dulu kat sorang kawan dia yg keje kat terminal feri Kuah sana...dan kemudian membalas mesej aku. Dia kata...tiket feri hanya boleh beli sehari sebelum. Maknanya, kitorang nak balik Ahad...tiket cuma boleh mula dibeli pada hari Sabtu. Masih seperti dulu jugak. Hanya boleh dibeli sehari sebelum. Rasa punya lah lega...................lega sangat2. Lagi satu lega sebab tak nyusahkan orang lain, kan. Kitorang leh gi beli sendiri. Tu yg pagi Sabtu tu...kitorang bergegas keluar awal utk gi beli tiket balik pada hari Ahad.
Ingatkan tak ramai...rupa2nya dh panjang barisnya dah. Utk ke Kuala Perlis...cuma 2 kaunter jugak dibukak. Tapi kat sini sistem beratur lebih teratur. Dalam kawalan. Tiada berlapis2...mgkn sebab staff pihak feri pun berjaya mengawal situasi di situ dengan sebaiknya.
**Harap sangat syarikat Feri ke Langkawi ni sediakan sistem pembelian tiket online juga. Sediakan kuota utk pembeli online dan pembeli walk-in. Agar nampak sistemnya lebih teratur dan tidak memalukan di mata pelancong asing.
Situasi terkawal...bagus.. |
Nota ALONA:-
~Sentiasa cuba jadikan diri seorang insan yg baik dan bertanggungjawab....
4 comments:
Ooo...ada chalet br berhampirn mkm mahsuri
baru akak tahu tiket boleh beli sehala je...selama ni ikut rombongan je. hehe
Rombongan leh beli online, cikgu ayu....pastu amek jer gi kaunter utk isi borang ahli2 rombongan aje. Yg kurang dari 10 orang kena beli direct kat kaunter..tu yg sistem tak berapa sistematik bila musim peak season tu..
Assalam sis,
seb baek masa iols pi dolu tak lagu ni he3
time sis ni waktu peek yer
bertabah jer la :)
Post a Comment