Thursday, May 21, 2015

Langkawi 2015 - Jeti K.Perlis yg luar biasa

01.05.2015
JUMAAT

Kitorang bercuti ke Langkawi lagi....tanpa jemu, hmm.
Bagi aku...Langkawi antara tempat best nak pegi berkali2...tiap2 tahun pun leh gi. Kali ni...dh tak ingat berapa kali dah kitorang ke pulau lagenda ni. Tak tau nak citer best nya macam mana, hehe.

Seperti yg dijangka...hiway mesti ada jem. Kekadang penyebab jadi kesesakan gitu...sebab yg tak masuk akal langsung. Bila jem gini...ada ler pemandu yg pentingkan diri sendiri melalui lorong kecemasan. Dan yg menyampahnya...ramai pulak yg mengikut kat belakangnya.
Sabar....selagi kita tiada kes benar2 kecemasan...sabar itu lebih indah.
Uii..macam nampak jauh jer lagi jem nya..
Cuma jem kali ni...kenderaan tetap bergerak. Takde laa tak bergerak langsung. Apa punca masih tertanya2.
Bila kitorang dh melalui kawasan penghujung kesesakan tu....adoiii...puncanya bukan apa pun. Kat lorong kecemasan tu mungkin malam tadi (atau awal paginya) ada eksiden. Kaca2 dan barang2 sisa masih ada di lorong berkenaan. Jadinya, kereta2 yg dok lalu kat lorong tu tadi...mula lah nak mencelah semula masuk di lorong yg betul. Kalo betul dorang nak cepat...langgar jer laa kan barang2 atas jalan (lorong kecemasan tu)...pandai pulak nak elak2...kan..kan, huh!!! Hanya sebab tu aje....Lepas2 tu elok jer pun takde jem2. Alhamdulillah.
Di stesen petronas hentian sebelah sg. juru. Silau. Gambar diambil pun tergesa2 aje. Kitorang perlu bergegas ke terminal jeti. Tp bergegas2 pun...dorang yg sampai Arau dulu, hehe.
Kat sini...kitorang berhenti sekejap...salam2 ngan adik aku dan Dayah. Kitorang tadi sama2 keluar dari umah aku. Tapi dorang berdua nak gi Perlis aje...bermalam kat Arau semalaman nak cari buah harum manis yg ori. Cari sendiri...beli banyak..puas hati, kan.
Kitorang berpisah kat sini laa dan masing2 memandu terus ke destinasi nak dituju pagi tu. Dalam perjalanan...kawan adik aku (yg kitorang sewa kereta tu) dah wassap bagitau...dia dengar orang ramai kat jeti Kuala Perlis (ngalahkan cuti CNY dulu). Aku mula dh cuak...tapi dalam hati banyak2 berdoa. 
Dari tol Hutan Kampung ke Changlun...hiway jalan lengang aje, kan..
Tapi bila sampai jeti....Ya Allah...jalan nak masuk ke jeti tu dah jem weh. Aku mula rasa tak sedap hati. Budak naik motor biasanya datang tanya sama ada kita nak parking tu pun tak nampak. Selalunya ramai aje dorang datang bertanya nak parking ke idak, kan.
Tapi....nak dijadikan rezeki...ada sorang budak naik motor tanya kete depan kitorang utk tempat parking. Nampak mcm driver tu setuju tapi bila budak tu mintak dia pusing semula ikut ke tempat parking...kete tu takmo ikut. Terus aje menghala ke terminal jeti yg sebenarnya masih jem tu. Tak percaya kat budak tu agaknya kot.
Maka, kitorang pun amek kesempatan bagitau kat budak tu...kitorang nak parking. Dia bagitau tak jauh pun jarak dari tempat parking tu kalo berjalan kaki nak ke jeti. Ye lah...mmg risau dapat parking jauh. Orang ramaiii weh. Tapi nak buat camne...kalo dapat jauh pun jauh laa. Sebab chalet kat Langkawi...kereta sewa semua dh di-booking 3h2m bermula hari ni. Budak tu kata....skang (jam belum pun kul 11 pagi waktu tu) tiket feri yg dijual dh mula untuk tiket trip petang. Tiket feri pagi semua dh abes. Ya Allah, makin gundah aku. Dalam hati ni...berdoa..berdoa dan terus berdoa agar ada rezeki kitorang dapat beli tiket feri nanti.

Maka, kitorang tawakal aje ikut budak moto tu. Kitorang pun u-turn semula depan Hotel Brasmana ikut dia. Alhamdulillah, budak tu cakap betul. Parking tak berapa jauh dari jeti. Dalam 200 meter jaraknya, kot. Parking bumbung dh penoh. Kitorang parking kat tengah2 padang...belakang deretan kedai yg ada KFC tu. Bayaran parking RM30 utk 3 hari. Parking kat situ mmg tak berapa diketahui sebab kawasannya ke dalam sket dari jalan utama. Hanya pemandu kereta yg dibawa budak motor aje yg tau kat situ masih ada parking. Nampak mcm selamat laa..sebab bukan kete kitorang aje kat situ. Kat situ pun nampak dorang ada sediakan lampu sport light utk suluh hala ke padang parking, ok lah...kan.

Masa parking tu...pelik jgk sebab budak tu pesan soh abang yg gi beli tiket...kitorang dok dalam kereta pasang ekon. Tapi aku yg gi beli...ajak along teman. Abang, angah dan akiss dok dalam kete kat parking tu.

Dengan lajunya aku ngan along jalan. Risau tak dapat tiket, weh!!
Tengok kat area jeti mmg terlalu ramainya manusia. Ya Allah. Yang melepak sekeluarga tepi2 kaki lima, di laluan pejalan kaki, bawah2 pokok...duduk seperti berkelah menunggu waktu feri berjalan. Hebat betul penangan cuti kali ni. Ngan bas berpuluh2 bas menurunkan penumpang kat situ...Allah. Semua nak pergi Langkawi.

Aku terus melangkah ke kaunter tiket. Ya Allah...bersesak2. Patut lah budak motor tadi soh abang yg pegi beli sebab situasi kat situ, fuh!!!
Aku mula2 beratur kat belakang. Tapi tak boleh jadi..aku tengok ada yg cuba potong barisan. Aku soh along beratur elok2. Aku berdiri kat belah depan. Kemudian terus jadi terselit bila ada orang lain himpit2 aku. Waktu tu...aku dh terdengar yg dorang dapat feri kul 6.30 petang. Apa??? Jam waktu tu belum lagi kul 11 pagi...tiket feri yg tinggal cuma kul 6.30 petang ke atas??
Ya Allah...nak buat mcm mana. Maka, aku teruskan berada di kedudukan itu. Feri yg disediakan hari tu cuma sampai kul 9 malam aje. Kalau tak dapat...alamatnya kena tunggu feri hari esoknya. Aduhaii. Kerisauan...kerisauan.
Akibat tolakan orang tepi...maka aku pun sudah berada di dalam barisan yg dh berlapis berganda2. Yang buat orang ramai marah....dalam kesesakan sebegitu...syarikat feri cuma sediakan 2 kaunter saja??? Dan tambahan satu lagi kaunter utk mereka yg booking online utk grup iaitu melebihi 10 orang jer yg boleh beli online ni.
Dalam kesesakan sebegitu jugak lah...sistem komputer tiket tetiba heng!!!!!!!!!!!! Ya Allah, hanya Allah saja yg tau mcm mana perasaan aku ketika tu. Sangat...sangat.....sangat menuntut kesabaran. Waktu tu...rasa macam nak menjerit sebab berdiri dalam keadaan tersepit, ruang bernafas terhad. Tapi apa boleh buat...aku sendiri yg memilih tarikh tu. Maka, aku kena bertanggungjawab atas perancangan percutian ini dan mengharungi jugak masalah yg dihadapi seperti ini. Aku beristighfar banyak2. Harap hati ni terus kuat utk bersabar. Waktu tu....aku ternampak2 muka sorang2 anak aku. Walaupun dorang dh besar tapi aku tak mau mengecewakan dorang walaupun mungkin dorang akan kata...dorang tak kisah. Dan...yg aku tak pasti...jika abang yg datang beli tiket dan bukan aku...adakah abang akan berhempas pulas dalam keadaan sebegini utk dapatkan tiket?? Atau abang amek langkah mudah...balik umah semula lah??? uwaa....harapnya tidak, lah.

Dalam keadaan macam ni....orang lelaki yg turut beratur tu dah takde istilah lady first ke hape dah. Masing2 semua sedang merebut tiket yg masih ada, bertolak-tolakan. Beli tiket perlawanan bola final pun aku rasa tak macam ni. Pengawal bertugas pun dah tak mampu nak buat apa2. 
Suasana masa tu. Kepala aku mmg tak nampak laa. Pendek, kan.. Ni pun along yg amek gambarnya..di mana keadaan hanya 2 kaunter yang dah jadi berlapis2 barisannya atau lebih senang citer...dah tak nampak langsung barisannya.
Kat situ (area depan kaunter aje)...line Altel tak dapat....line Digi pun tak dapat. Heran aku. Aku nak kol bagitau along kat belakang dan abang yg tunggu kat dalam kereta pun tak dapat. Dalam pada tu...aku turut berhati2 ngan sling beg aku..berjaga2 agar takde yg amek kesempatan mencopet ketika situasi sebegini.

Alhamdulillah...sistem komputer pun dapat dipulihkan selepas hampir 15 minit menunggu dalam keadaan tersepit. Namun...walaupun aku dh berdiri kat kawasan besi penghadang tu (kiranya dh hampir ngan kaunter dah)...nak menyampai ke giliran aku membeli tiket mau tunggu 20 minit jgk kot. Sebab line beratur dah jadi berlapis2...kalah kuih lapis dah. Akhirnya, sampai tiba giliran aku...dapat laa tiket feri jam 7.30 malam. Ya Allah, syukur sangat2. Hati ni leganya...hanya Allah yg tau.
Lepas aku dh dapat beli...along pun dah stanby nak keluar dari barisan. Alhamdulillah, aku tau...along mesti nampak kepuasan yg terpancar kat muka ibunya ni bila dapat beli tiket feri ke Langkawi, huhu. Dan mesti along pun terasa lega masa tu....sebab along jer yg ikut teman aku masa tu dan nampak sendiri situasi mcm mana aku berhempas pulas nak dapatkan tiket feri, huhu (lagi).. Waktu tu aku dh tak kisah instant shawl yg aku pakai tu dah terhilang jarum peniti, basah jugak dek peluh, abes muka aku pun dh sama berpeluh, berminyak. Lantak!!!! Asal tiket feri dah dapat, huhu..

Dah dapat tiket...terus ke parking semula. Tengok jam..baru kul 12 tengahari. Mak aii....kitorang kena tunggu kat situ dalam tempoh 7 jam sebelum dapat menaiki feri. Aduhaii. Giler lama. Nak keluar semula tak boleh sebab kereta pun dh parking...dan dh berbayar. Kalo tak kisah hilang RM30 parking dh berbayar pun....risau pulak bila dh keluar gi mana2 buat sementara...datang semula petang nanti...parking situ dah takde kosong. Bukan apa...melihatkan situasi kenderaan yg sangat banyak kat Kuala Perlis ketika itu...memungkinkan segalanya. Jadi, kitorang amek jalan selamat...biarkan beg2 dalam kereta dulu. Kitorang pun jalan kaki aje gi makan kat area jeti tu. Kedai makan pun pilihan tak banyak. Orang pun tengah ramai sangat2. Mcm kitorang ni takde anak kecik...ok laa lagi. Tapi bagi mereka yg ada anak tengah lasak...ada baby...ada bawak ibubapa yg dh tua2......Ya Allah, lagi kesian. Terpaksa laa dok bersila melepak2 di mana2 saja. Aku masa tu...nak makan pun tak berapa selera. Tak tau laa...mungkin sebab situasi tenat di kaunter tadi menjadikan selera hilang. Tekak ni jer yg hausnya bukan main. Untung orang yg jual air...rezeki dorang.

Kitorang saja laa ronda masuk ke dalam tempat menunggu di dalam terminal jeti...Ya Allah...gelap ngan manusia....penoh sepenoh2nya umat. Kusi dah tentu lah penoh. Yg berdiri lagi ngan beg2 besar2 belaka. Yg dok bersila kat dalam tu pun seramai2nya. Tergamam aku...tak pernah2 aku tengok situasi macam ni. Di mana2 saja....semua ingin ke Langkawi. Penoh di setiap sudut, di setiap bawah pokok yg redup, di tepi2 kaki lima kedai, lorong2 pejalan kaki, di luar terminal. "Suasananya seperti tempat pemindahan mangsa bencana alam", komen kawan kepada kawan adik aku tu.
Ni pulak suasana di jeti feri yg boleh bawak kereta terus ke Langkawi tu. Sini pun sesak. Sesak di mana2. Kaunter utk beli tiket feri yg leh bawak kenderaan ni...terdapat berhampiran dengan masjid. Di luar pagar masjid...tepi jalan jer dari medan selera brasmana ke terminal jeti. Situ pun orang ramai beratur...penangan Mahsuri betul!!!
Hari tu hari Jumaat. Terdapat masjid terapung di jeti Kuala Perlis. Kitorang ke sana. Ingatkan cuma ada jemaah utk solat Jumaat aje...tetapi...Ya Allah........kat situ pun ramai yg duduk menunggu waktu feri dorang. Sampai ke dalam tu...terutama yg bawak anak kecik...nak kan sejuk ekon.

Kat luar masjid...di sekitarnya...di mana2 saja ada tempat kosong orang akan melepak...merehatkan diri. Melihatkan mereka2 yg sabar apatah lagi yg ada anak2 yg tak reti dok diam, baby, yg ada bawak orang tua...kitorang pun terasa level kesabaran semakin tinggi, Alhamdulillah. 
Antara suasana kat situ.. Penoh di setiap ruang...setiap sudut.
Kitorang pun melepak kat situ. Aku bersandar di tiang..
Yang berbaring, tido menelungkup, mengiring...semua ada (ada gambarnya tapi tak sampai hati nak simpan kat sini). Terpamer keletihan masing2. Aduhaii, kesiannya. Kitorang takpe lagi...dapat jugak tido nyenyak malam tadi...dan hanya pagi tadi bergerak ke sini dari umah. Ada tu yg aku dengar datang dari Johor, dari Selangor...gerak dari sana waktu malam. Sampai sini pagi...tapi dapat tiket feri pun perjalanan waktu petang jugak...lagi lah letihnya badan. Yg amek kesempatan mandi menyejukkan badan di tandas masjid...mandikan anak2 kecik, makan, minum...menyusukan...semua senario terdapat di situ.
Air dalam tandas yg tersedia dalam kawasan masjid pun dh takde. Tangki dh kosong. Mujur ada lagi satu tandas masjid yg disediakan di luar pagar masjid. Bersih juga....Alhamdulillah. Di situ lah tempat utk mengambil wuduk, mandikan anak, sendiri nak mandi, membuang air. Jadi, jangan lah kedekut nak masukkan sedikit sumbangan ke dalam tempat yg disediakan.

Dah jemu duduk di situ...kitorang bangun ke tempat lain pulak. Dalam kawasan masjid tu ada kiosk yg menjual air, makanan ringan dan brg2 yg lain. Aku pun beli laa air panas utk abang...dan air ais utk anak2, beli roti sorang satu....melepak pulak di bawah khemah yg disediakan utk kiosk tu...utk orang nak minum2, makan2. Mujur laa ada beberapa kerusi masih kosong. Kitorang pun dok kat situ. Minum air bungkus, makan roti yg sedap sambil berbual2 anak beranak. Alhamdulillah, anak2 aku ni dari kecik bawak jalan2 ok jer. Tak banyak ragam. Sampai lah dh besar2 gini...dpt gi mana2 dok hotel bajet pun seronok, kihkih...

Ketika berkeadaan sebegini...usahlah melihat jam dengan kerap. Terasa lambat waktu berlalu. Dok lepak bawah tu...ok jugak. Angin2 sepoi dari laut meniup tidak terasa bahang cuaca yg panas.
Dari waktu Zuhur (solat Jumaat) sampai lah ke waktu Asar...kitorang masih di situ...melalui satu pengalaman baru. Untuk diceritakan, utk dikenang...

**Harap sangat syarikat Feri ke Langkawi ni sediakan sistem pembelian tiket online juga. Sediakan kuota utk pembeli online dan pembeli walk-in. Agar nampak sistemnya lebih teratur dan tidak memalukan (situasi berebut2 tu) di mata pelancong asing. 

Sambung cerita...

Nota ALONA:-
~Jadikan yg rumit itu satu yg positif...

2 comments:

ibuayu said...

Kawan akak pun ada gi langkawi masa ni..tengok ada dia di mrsm lngkawi....cerita yg sama.alona cerita..nasib dapat tiket feri ya...ramai betul ya

arysha_fayyadh said...

Assalam sis,
seriously kalo iols la memang surrender he3
hubby iols lagiiiiiiiiiiiii la
memang weols kalo cotik3 tak suka time peak
cuti2 sekolah ka, cotik pa2 ja la he3
seb baek anak kecik tak sekolah lagi he2