Monday, May 25, 2015

Jika tidak....

15.05.2015
JUMAAT

Camne nak citer ye..
Sebab...masa along tahun lepas...kitorang tak melalui keadaan ini.
Along terus dapat tawaran SPC khas utk MRSM dari MARA. Jadi, along takde lah memohon UPU. Along leh melanjutkan pengajian melalui keputusan trial SPM jer...kemasukan lebih awal...iaitu pada bulan Januari sebelum keputusan sebenar diumumkan akhir Mac 2014.

Tahun ni...giliran angah pulak. SPC mcm along tahun lepas sudah dimansuhkan oleh kementerian pengajian tinggi. Angah pun mmg tak memohon langsung Matrik. Lenggong tak macam Taiping. Di MRSM Taiping...cikgu kaunselor yg tolong belikan nombor pin permohonan matriks. Jadi, along isi lah jugak borang online nya. Bila dh diumumkan, Along dapat kat matrik Selangor. Tapi along tak pergi laa...sebab along dh beberapa bulan belajar di unikl. Lagipun...sebenarnya along mmg tak mau gi matrik tapi sebab cikgu dh belikan nombor pin...jadi isikan aje lah.

Angah cuma mohon IPMa, UNIKL & UPU.
Aku dh agak dah...bila angah dapat tawaran UPU..mesti angah akan rasa serba salah nak pilih yg mana satu. Dan akan ada rasa sayang sekiranya lepaskan tawaran tu.
Sepatutnya...
Tapi angah tak isi pun borang penerimaan melalui online tu.. Dah tamat pun tarikhnya pada 15/5 hari tu. Sekiranya menerima hari tu...angah perlu mendaftar pada 31/05 ni....

Ye, betul2. Utk permohonan UPU tu...angah dapat berjaya menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke UTeM seperti pilihannya yg pertama ketika mengisi borang permohonan dulu. Jika tengok surat tawaran ni...aku sebagai ibu pun rasa sayangnya bila tak pergi, kan. Rambang mata dah, huhu.

Aku harap pilihan Angah adalah tepat utk masa depannya. Dia yg nak menghadapinya...harus hormat dengan keputusan pemilihannya. Kami sentiasa meniupkan kata2 semangat kepada Angah utk terus berjaya dengan pilihannya. Percayalah...sokongan kami yg menyayanginya adalah sokongan sepenohnya. Doa yg terbaik itu sudah pasti...Angah cuma perlu berusaha dengan lebih giat lagi, InsyaAllah.

Nota ALONA:-
~Good luck, angah...

5 comments:

Wak Lat said...

salam. hee moga selamat ;p

che mid said...

Buah yang masak sudah di pokok, galah juga sudah ditangan..jolok lah yang mana suka. Buah yang rendah atau yang tinggi tapi mungkin lebih manis isinya. Good luck dan tahniah untuk angah dan ibunya juga..

ibuayu said...

semoga pilihan angah adalah pilihan yang terbaik untuknya

ALoNa CintamaniszLite said...

Terima kasih...

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
oooo
sekarang ni memacam pilihan yer sis
masa iols dedolu semua yang nak lanjut ijazah kena through UPU sajork & memang wajib masuk matriks gitew he3
kecuali UIA :)
oooohhhh
zaman sudah berubah