Friday, May 29, 2015

Langkawi 2015 - Nasi Dagang

03.05.2015
AHAD

Dah selesai check out terus aje ke gerai Nasi Dagang Pak Malau...yg tak berapa jauh dari area resort tadi. Dalam 300m jer kot.
Kitorang pun tak tau tentang kewujudan gerai nasi dagang ni. Jahid yg bagitau bila kitorang bagitau tempat penginapan kitorang dekat ngan Kompleks Mahsuri tu. Dia kata nasi dagang kat sini sedap. Dia yg tak gemar pun...boleh makan nasi dagang tu kat sini.

Kat situ mmg nasi dagang semata2. Takde jual makanan lain, ye. Nasi dagangnya boleh pilih laa nak lauk ayam ke, daging ke...ikan ke. Kalo ada yg nak datang sini...datang pagi laa, ye. Kalo dah ada kat Langkawi dan teringin nak gi makan kat sini...leh ler kol 0122711977 tanya lokasi kat mana dan nasi dagangnya ada lagi ke tidak, huhu..

Comel jer gerainya.
Tengah tunggu oder..
Sebenarnya, risau jugak aku anak2 aku ni tak makan nasik dagang. Maklum ler...kat umah aku mmg tak nah masak ler nasik jenis gini. Makan menu ni kat kedai pun.....rasanya macam tak penah aje bawak dorang. Tapi dorang kata...dorang leh makan dengan alasan...dorang kat asrama tu macam2 makanan dorang pernah makan. Ooo...ok, aku lupa dorang ni masing2 penah dok asrama wlpn aku tak tau sama ada menu nasik dagang ni pernah ke tidak disediakan dalam menu di dewan selera asrama dorang tu, hihi.

Nasik dagang pak malau, nyummmm...
Dalam penyediaan pinggan...makcik tak boh banyak kuah. Tapi makcik sediakan kuah dalam mangkuk lain sekiranya ada yg suka kuah yg banyak.
Sedap...mmg sedap. Alhamdulillah, masing2 makan abes...walaupun dh sarapan pagi lambat kat chalet tadi. Harga sepinggan RM6.00.

Rasanya, ramai yg dh tau tentang gerai nasi dagang ni. Kalo tidak..takkan ramai yg kemudian2nya datang singgah jugak sampai penuh meja, kan.
Pemandangan di tepi gerai...sebuah pondok berehat2 di tepi sawah...
Nota ALONA:-
~Walaupun cuma bercuti di Langkawi...kami tetap menghargai rezeki ini, Alhamdulillah.

2 comments:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
mymak peberet ni nasik dagang he3

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak sedap nasi dagangnya... tak sangka kat langkawi pun ada nasi dagang.. hehe.. kira oklah tu dpt cuti2 jugak.. akak ni dah nak separuh abad tp langkawi pun tak pernah jejak lagi.. alahaii... belum ada rezeki lah tu kan...