Thursday, May 7, 2015

Reunion Event Retro 40 SMVTAA 91/92 - Pendaftaran

Alhamdulillah...setelah perancangan dari pertengahan tahun lepas dibuat. Sehingga ke perbincangan lebih serius. Kemudian pengutipan bayaran ansuran dibuat setiap bulan, pemilihan AJK belasah aje ikut sape yg aktif dalam grup wassap, seterusnya pemilihan tarikh yg paling sesuai...lokasi yg paling sesuai...sampai lah ke perbincangan aturcara serta pembahagian tugas2 AJK. Alhamdulillah...terlaksana juga event ini dengan jayanya. Terima kasih kepada sahabat2 yg bertungkus lumus juga kawan2 yg sudi turut serta bersama bagi memeriahkan event khas sempena tahun 2015 ini usia kami adalah 40 tahun, Alhamdulillah...syukur ke hadratMu Allah..

10.04.2015
JUMAAT
Abang cuti half day hari tu. Kitorang gerak ke Bentong jam 3 petang.
Alhamdulillah..selamat sampai ke Bentong. Mama pun ada.

11.04.2015
SABTU
Sabtu pagi tu...aku, abang dan angah pun bergerak ke Janda Baik. Tapi apa2 pun...kena singgah sarapan pagi dulu kat Lemang To'Ki, hehe. 

Sampai sana...ada beberapa orang yg dh sampai. Terutama AJK...maka kitorang pun kena laa buat kerja2 masukkan brg2 cenderahati ke dalam beg hijau yg Linda uruskan mencari penajaannya, hehe. 
Rewang masukkan barang2 cenderahati termasuk t-shirt ke dalam beg yg dh ada nama masing2. Senang nak bagi nanti.
Tag nama...nampak eksklusif sket tp ada jgk yg tak pakai, huhu..
Ni laa begnya...khas utk kitorang. Skang ni mana ada dh kursus2 gini sbb sek.men.vokay dh takde...tapi dh di-apgred jadi kolej vokay pulak dh.
Dah selesai...hantar barang2 ke kereta Kecoi. Dia bawakkan kesemuanya terus ke dewan tempat event berlangsung.
Sambil2 tu...ada kawan2 lain yg dh sampai...sembang2 ler dorang.
Bergambar ngan Nazili di banner yg ditempah.
Kitorang berjalan kaki jer ke dewan tu...
Masa utk pendaftaran...Daftar leh amek beg cenderamata..
Daftar...jgn tak daftar..
Kat sini jgk kitorang kutip hadiah individu bawa utk sesi pertukaran hadiah malam nanti.
Senang...leh tau sapa yg bawak...sape yg tak bawak. Yg tak bawak..takde nama dorang dalam kotak nanti utk tukar2 hadiah, hehe. Cuma leh dapat hadiah cabutan bertuah aje. Sape soh tak bawak, kan. Dah pesan dah. Masing2 perlu beli hadiah bernilai RM20 dan ke atas (ikut kemampuan) utk sesi Exchange Gift tu nanti, huhu..
AJK BBQ dh mula membasuh bersih bahan2 mentah utk disimpan di dalam bekas berais..
Sementara di pentas...Jay sedang memasang kain2 satin sebagai scarlet utk hiasan dinding pentas. Terima kasih sebab sudi bawak byk kaler2 kain lain utk kitorang pilih, hihi..
Yg rumit sket adalah pembahagian bilik2 chalet, adoii. Chalet kat situ mcm2 jenis lak tu...mcm2 harga. Yg paling mahal harga sewanya cuma ada 6 unit aje.. Dekat lak tu ngan dewan...ada ekon, huhu. Serba salah tul. Aku kalo boleh mmg tak mau terlibat dalam pembahagian bilik2 ni...sebab tak mau nanti ada yg kata tak adil ke apa...sedangkan bayaran penyertaan utk yg datang keluarga itu sama aje...tak kira laa dorang bawak berapa orang anak pun.
Tapi masa tengah panas2 kat dewan terbuka tu...si Kamal bagi senarai nama tu utk mintak pendapat aku chalet ni nak bagi kat sape..yg ni nak bagi kat sape, alahaii. Tapi bila orang dh berharap utk ringankan tugas yg berat tu...aku pun cuba laa sehabis baik, ye. Mintak maaf laa pada kawan2 yg kurang berpuas hati ngan bilik yg diterima sebab aku ngan Kamal pun tak tau keadaan dalamnya macam mana. Hanya rujuk pada gambar yg terdapat di dalam website Riverside tu aje, huhu. Kitorang yg AJK ni pun mengalah aje tak amek pun chalet best2 tu. Mcm famili aku, famili Kamal, famili Linda, Noreena dan Zabedah pun dok kat chalet syarikat lain di seberang sungai tu (nanti aku tunjuk chalet yg aku dok tu kat entry lain, hehe).. Famili Hadi pulak kena gi chalet lagi ceruk belah2 dalam tu sebab chalet situ besar sket utk yg bawak anak ramai.
Kalo nak harapkan Riverside saja...tak cukup, weh. Jadi, Kamal kena sewa chalet dari syarikat lain sebagai penambahan. Kitorang AJK tak kisah nak dok bilik camne pun asalkan majlis berjalan sebaiknya itu sudah menggembirakan.   

Bila masing2 dh dapat kunci bilik...dah makan tengahari...masing2 boleh laa berehat2 dalam bilik masing2 dan berjumpa semula kul 3 petang nanti utk acara sukaneka.

Aku, abang dan angah pun gi ler ke chalet kitorang dengan berkereta dan parking betul2 depan chalet. Dapat laa merehatkan diri, meluruskan tulang belakang jugak sekejap, hehe.
Petang tu..kul 3 lebih kitorang semua berkumpul kat padang kecil utk sukaneka. Chalet kitorang walaupun seberang sungai dengan lokasi sebenar tapi leh jalan kaki aje. Dalam 150 meter jgk ler nak ke padang dan kat situ ada jambatan besi disediakan utk pejalan kaki. Kereta biar laa dok depan chalet tu berehat, hihi..
Antara yg awal muncul..syabas!!!
Sambung...

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah..

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
waaaaaaaaa
bestnya gahtering berfamilia :)