Saturday, May 11, 2013

Akhirnya...

10.05.2013
Jumaat

Ari tu...mak ada kol abg. Tanya pendapat tentang nk jual kereta antik abah ni.
Ada sorang yg berminat nk beli. Dia nk beli, repair dan guna kereta ni. Mmg jenis minat kereta antik.

Kereta ni mmg abah tak jaga dh. Sebabnya...bila repair rosak...repair rosak..repair..tak sampai sehari dh rosak. Jenoh gak ler, kan. Tambah2 skang abah pun dah tak daya nk jaga kereta ni dh. Ngan van lagi, ngan accord lagi.

Tu yg mak dan abah amek keputusan utk jual aje.
Dh berapa tahun dh kereta ni tak jalan...tak keluar2 dari pagar umah ni.
Lagipun...bukannya dijual harga besi buruk...
Ianya dijual ngan harga sebijik kereta jgk. Tapi ikut keadaan kereta ni jgk ler harganya, kan..
Nak repair ni pun melibatkan kos yg tinggi jgk laa. Sebab barang lama, kan. Nak cari spare part pun mesti yg lama2 jgk. Yg dh sukar nk dijumpai melainkan kalo tau tempat2 yg menjual barangan lama dan terpakai ni.

Maka, petang semalam...pembeli tu datang semula. Konfem dia nk amek kereta tu ngan harga yg dh dipersetujui.
Selalu sini jer laa dok parking tak ke mana2 pun.
Anis sedih kereta ni nk kena jual walaupun dia tak penah merasa pun naik kereta ni...hehe.
Pembeli kereta siap bawak minyak enjin, minyak itu ini, siap bawak bateri kereta lagi utk bagi kereta ni jalan. Tp nampaknya tak berjaya. Tu yg orang tu panggil tow truck utk tarik ke bengkel. Repair elok2...dah leh jalan...bawak gi puspakom..
Dulu kereta ni kaler ijau muda metalic tp abah tukar cat kaler ni pulak.
Ni laa pembelinya...
Apa lagi yg dibincangkan sesama dorang, ntah..huhu..
Sob..sob...semoga berkhidmat ngan baik bersama tuan baru.
Kereta TOYOTA 700 ni.....pada tahun 1996 dulu....aku penah gi keje ngan kereta ni. Adik ipar bongsu aku yg memandunya sebab kitorang keje satu ofis. Gilir2 ler taruk minyak, kan...hehe. Tapi lepas2 dia dh dpt tawaran masuk UiTM Segamat...aku gi keje ngan van kompeni, hehe. Singh atau pakcik Mansor yg mai amek dan hantar ke umah.

**gambar ehsan dari Yui yg maniss...hehe..

Nota ALONA:-
~Berdoa...dan terus berdoa agar perkara yg baik itu dimakbulkan Allah.
~Kita sudah di bulan Rejab. Teringat seorang kawan sekolah rendah dulu...nama dia Zuriayati bt Rejab. Bapanya seorang tentera. Berpindah ketika darjah 4. Terus tiada khabar berita....

8 comments:

wantie said...

wah.. memang antik pun keta tu. tak pe la dah ada tuan baru. nanti sure la tuan baru tu jaga leklok.

hahahaha... akak ni. rasa kelakar pulak bila datang bulan rejab terus teringat kawan yang bapaknya nama rejab.

Anonymous said...

mmg antik & byk jasa dah kereta tu yer...KA tinggal di kwasan hulu langat mmg ada kaum org asli kat sini hehehe

Kamsiah yusoff said...

pas dia beli..makeup..touch up san asini...cnatik pulak jadinya hehe

Teena Tna said...

Kereta ni kalau di 'touch up' tentu akn nmpk cantik menarik tertarik..hehe

mama leen said...

wow oldskool ni

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kalau minat bab kereta antik ni..kdg2 org sggup kan berhabis duit bagai...classic gitu

abang said...

siap pakai baju pon kaler seakan-akan kaler keter tu.. mmg dia minat sungguh.. :)

Shiela Luddin said...

mesti tiap kali Rejab akak akan teringat kawan hakak yang bapak dia nama rejab tue kann...hahahaha