Sunday, May 12, 2013

Aktiviti Ahad..

12.05.2012
AHAD

Setelah dari petang Jumaat, Sabtu sehari suntuk sehinggalah Ahad pagi menjalankan tugas mencari pendapatan sampingan di luar........
Ahad tengahari tu sempat gi jenguk along. Mula2 masuk amek spek mata dia...nak bawak gi kedai spek utk repair sket pengepit tang hidung tu. Pastu, masuk balik maktab...utk serahkan spek along tu semula. Mujur laa dekat, mm..
Selain spek...bawak jgk beberapa batang pen hitam dan biru yg baru dibeli. Along bagitau dia dh kekurangan pen utk menjawab soalan2 peperiksaan yg berlangsung sehingga 23/05 nanti, mm....macam2.
Tak lupa laa bawakkan dia stok biskut, huhu..
Nak ikutkan...along leh outing...tp dia tak nak sbb nak study katanya.

Dh balik umah.....rehat2.
Petang tu aku ajak abg gi jengok akiss pulak. Tapi abg kata abg letih. Maklum ler...3 hari berturut2 buat keje extra, kan. Aku kata....biar aku yg bawak kereta sampai sana, hehe. Abg nak tido pun takpe laa masa dlm kereta nanti, ngee. Punya lah nk gi jugak, kan... SEMANGAT bukan main!!!! (walaupun aku pun letih jugak masa tu, hehe)
Naik kancil jer...sbb kancil dh isi petrol petang semalam, hehe..
Masa ni mood abg nk tido lom sampai lagi...
Sebok nk amek gambo ler pulak, ish..ish..
Lepas2 tu sempat ler abg lelap jap.
Malas dh aku nk layan. Kereta tengah byk masa ni. Ngan lori bagai. Kena hati2 masa memandu. Serius!! hihi..
Akiss bila aku bagitau ibu ngan abah nak gi sana....seronok lah dia.
Aku bawak air mineral beberapa botol ngan biskut utk akiss.
Lepak2 kat dlm kereta aje. Elok pulak sehari dua ni berangin jer. Takde ler rasa panas sgt.
Sebok nak on fesbuk. Abah dia langgan ler internet RM1 maxis tu. Sempat chit chat ngan best fren dia masa kat TMGS dulu. Kebetulan pulak Aimi pun online masa tu. Saling bertukar cerita. Aku bagi chance laa, kan..
Sembang2...tukar2 cerita ngan akiss.
Hari tu mmg tekak ni dahaga jer. Walaupun hari panas tapi berangin sepoi2...tapi tekak asek dahaga jer. Masa mulakan perjalanan ke Nibong Tebal tu pun...dh singgah beli 2 tin air 100 plus. Sampai kat hostel akiss pun tekak ni masih dahaga, hmm. Gi ler beli air kat mesin tu. RM1.20 air tin F&N orange yg ada nata de coco tu. Lega tekak!!!

Angah ada telefon Jumaat malam Sabtu tu.
Banyak citer yg dia kongsikan ngan aku. Cerita dia bersajak, cerita dia study kat surau memalam ngan kawan2 sampai tertido kat situ...eh, macam2 ler.
Hmm, Alhamdulillah, semua ok. Cuma kitorang takde la gi jengok angah ujung minggu baru2 ni...sebab Isnin 6/5 ari tu baru jer hantar dia balik ke hostel setelah pulang bermalam cuti pilihanraya tu, kan...mm..

Nota ALONA:-
~Semoga along, angah & akiss dapat menjawab soalan peperiksaan sebaik2nya. Amin..

4 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

miggu ni mmg miggu exam la kan...

nnti start cuti sekolah dh...

good luck buat along, angah dan akiss

wantie said...

good luck buat along , angah dan akiss. upss.. utk Amirul jugak. sekarang kan musim exam...ngeee

sekarang memang panas kak, T ni kalau air masak satu liter tu kejap je habis. air cond kat office ni memang sejuk. tapi lagi kuat pasang a/c lagi la kena minum air banyak.

betul tak?

attyfir said...

gudluck buat along,angah dan akiss, semoga dpt jawab soalan pereksa dgn baik.

nad said...

Lg 2 mggu cuti skolah
Mesti xsabar kan? :)