Thursday, May 2, 2013

Cerita biasa jer..

Semalam 1 Mei, cuti hari pekerja.
Abg cuti...tp pagi2 dh kena kol out. Tp tak lama laa..sejam lebih cenggitu dh sampai umah semula.
Kat umah...ngadap gambar. Ada pengantin balik minggu ni...

Petang...boring tahap dinasour dh....ajak abg gi umah mak.
Naik motor aje. Dekat sangat umah mentua aku tu, huhu...
Anak2 mana laa ada balik umah kalo cuti sehari jer pun tengah2 minggu cenggini, kan..huhu.
Tu yg boring sangat tu.
Sembang2 ngan mak dan yui sampai Maghrib...

Balik umah, selesai Maghrib...ajak abg gi pasar malam.
Skang ni malas benar aku nak kuar gi pasar pagi, huhu. Beli keperluan semua kat pasar malam.

Kat umah...di samping tengok konsert ke 2 kilauan emas...sambil edit gambar.
Mintak tlg abg tengok dan betul2kan gambar bahagian editing yg aku buat tu...nk hantar cetak kat kedai dh esoknya (hari ni lah)..Abg kan QC Inaldafoto, hahaha..

Hari ni...2 Mei:-
Pagi2 lagi aku dpt sms. Dari seorang kenalan baru. Dari KL.
Mcm mana leh kenal aku dan dpt nombor hp aku??
Sama jer cara macam Puan W dulu.
Terbaca pengalaman hantar anak ke MRSM.
Alhamdulillah, kalo yg elok tu leh ler amek jadi panduan, hehe.
(Maaf, sebab akak citer sket pasal perkenalan ni kat blog, ye...Yati..)

Tengahari...baru berkesempatan nk keluar gi kedai gambar, nk cuci gambar pengantin. Kalo amek pakej album sticky...mmg kitorang selesa print kat Tepen aje. Tengahari print...kul 4 dh leh amek, kemudian bergegas aku gi kedai frame pulak. Jimat masa, tenaga...dan petrol...takyah keluar byk2 kali, huhu.
Balik umah, leh terus susun jer gambar2 tu dalam album sebelum diserahkan kepada pengantin.

Ok,
tadi jgk angah ada sms. Dia bagitau....dia ada kat KL. Balik hari jer lah pun, hehe..
Seronok ler budak tu. Diberi peluang utk mengikuti kawan2 lain gi ke Pesta Buku di PWTC hari ni ngan bas dari Lenggong sana. Aii, jeles ler along ngan akiss, huhu. Angah dh sampai KL gi pesta buku.
Angah tu sebok sgt nk gi booth GEMPAKStarz. Tak tau ler jumpa ke idak tu, hehe.

Alhamdulillah, anak2 aku hepi belajar kat maktab masing2.
Tp walaupun seronok di sana...dorang tetap ler tak menyempat2 kalo leh pulang bermalam, huhu. Nak jumpa, nak sembang, tukar2 cerita sesama.

Esok, angah leh balik pulang bermalam....cuti khas sampai hari Isnin diberi oleh pihak pentadbiran MRSM Lenggong. Cikgu2 dan staff nak balik kampung mengundi, huhu.
Tapi, along ngan akiss tak dpt cuti khas tu. Dorang tak diberi kebenaran pun pulang bermalam sempena PRU13 ni. Mgkn ramai cikgu2 dan staff situ (Taiping dan Transkrian) mengundi dekat kawasan tu jgk, kan.. Masih ada warden yg leh jaga dorang, huhu.

Along kata...warden bagitau dorang, "korang takyah balik laa. Lebih baik ler study & prepare utk ujian mulai minggu depan", Lebih kurang gitu laa kot ayatnya, hihi.

Jadinya, Sabtu ni kitorang kena jgk ler lawat akiss. Nak bagi duit. Ari tu bagi sket aje sbb ingat dia leh balik esok pulang bermalam, hahaha....memandai jer aku ni kan?? Rupa2nya tak leh....

Along takpe, dia dekat jer. Bebila aku leh nk jumpa dia. Kalo tak ujung minggu....hari2 biasa pun boleh. Petang2 waktu riadah tu...aku soh ler dia keluar jap kat pak guard tu utk bagi apa2 yg dia perlukan, huhu..Selalunya pak guard tu bagi jer. Bkn ibubapa nk bawak lari pun anak kita tu, kan. Cuma nk serahkan sesuatu aje. Pastu, dorang masuk ler kawasan maktab tu semula, hehe..

Nota ALONA:-
~Anak2 anugerah tak ternilai...

6 comments:

attyfir said...

bila anak2 takde..kita tinggal berdua je laki bini..rindu kan ngn diaorg..bila ada,,.riuh rumah :)

nad said...

Kalu akiss ngan along balik seronok la sket si angah tu..
Ada kawan lawan bersembang
Ehhh ngan ibu n abah oun bleh gak kan? Hehe...

Kamsiah yusoff said...

akak pulak jenis malas beli ikan,ayam,sayur kat pasar malam...bkn apa..dah blk,malam..malas nak bersiang ikan,semua tu hehe..

mamawana said...

Assalam,

Seronok nengok anak2 dah besar, masing2 berdikari di maktab masing2 Ibu yg terus merinduii anak2. ihiikkkss

DeLLas said...

angah ada msg td.. dia kata ada kat pesta buku pastu gi central market.. x dpt nak jumpa sbb ada urusan..

Anonymous said...

byk cerita nyer ni !