Tuesday, May 28, 2013

Balik Bentong : Cameron, Kenduri, Ziarah Pusara

18hb Mei 2013
Sabtu..

Pagi Sabtu tu...sempat singgah umah mak dan abah. Salam2 sebelum kitorang berdua nk balik Bentong, kemudian ke Selayang dan nak terbang ke Jakarta.

Singgah kat gerai mak unggai nk pekena capati dulu. Tp dapat sorang sekeping aje. Dh abes...walaupun masa tu jam baru jer di awal jam delapan pagi!!
Abg....tengah tunggu capati. Jadi lah dpt sorang sekeping...hehe..
Dalam perjalanan....baru masuk hi-way dari tol Changkat Jering....
Singgah isi petrol kat Caltex di hentian sebelah Bukit Gantang...kemudian abg check angin tayar...di bawah pepohon ini..
Walaupun belum cuti sekolah lagi...jalan nk naik ke Cameron Highlands dh mula sesak.
Rasanya mmg tiap2 minggu ramai yg naik memenuhi CH ni, huhu...
Tgk laa suasana ni. Sebuah bas dh parking kat bahu jalan yg sempit di jalan yg sempit. Situasi ni membolehkan jalan jem disebabkan kenderaan dari atas juga nk lalu gi bawah.
Apa yg aku tgk skang ni kat Cameron.....ia mmg dh membangun. Sangat cepat membangun apabila byk jalan masuk utk ke sini. Dari Tapah, dari Gua Musang, dari Simpang Pulai dan dari Sungai Koyan.
Byk bangunan dibangunkan seiring keperluan dan permintaan tetapi........................cukup geram kerana hanya pembangunan saja yg pesat tetapi mereka tidak menitikkan tempat parking kenderaan!!!!
Tempat parking sangat terhad sehingga memaksa pengunjung memakir kereta di bahu2 jalan di kiri kanan sampaikan kelancaran laluan sesak kerana jalan dh menjadi sempit!!!
Dh takde tempat parking...mmg pengguna jalanraya terpaksa parking kat bahu2 jalan, kan. Tetapi pihak berkuasa tahu jaga kawasan situ sekali sekala...bila ada yg buat salah...tahu nak menyaman aje. Bkn tak hormat tugas mereka...tetapi...perkara ni bkn salah pemilik kenderaan semata2. Pihak berkuasa tempatan juga perlu buka mata.....tempat parking terhad tetapi bangunan2 kedai byk didirikan. Tak seiring langsung!!!
Mereka mengharapkan ramai pengunjung mengunjung di kedai2 premis terbabit tetapi tiada menyediakan tempat parking yg mencukupi!!!
Di sini salah satu contohnya.....di area Bee farm hingga ke Kea Farm tu...
Bas yg membawa pengunjung mmg terhad sgt tempat parkingnya.
Sama ada di Bee's Farm ataupun cuma di bahu2 jalan shj.
Apatah lagi kereta2 yg berganda2 banyaknya.

Lagi satu tempat....kat area pasar malam Brinchang tu. Dorang tau dirikan bangunannnnn aje. Ada pulak bangunan baru dh naik berdepan ngan hotel tu, mmm..
Tempat parking ntah mana2 hala dh. Dh laa peniaga pasar malam semakin lama semakin ramai....memerlukan tapak yg semakin luas. Tapi tempat parking jugak yg menjadi mangsa...apatah lagi pemilik kenderaan yg mengalami kesukaran mencari tempat nk parking kereta. Ini mmg menjadi masalah. Semua pengunjung Cameron Highlands tau tentang permasalahan ni. Malah ada yg sanggup berjalan kaki jauh apabila memakir kenderaan mereka sudah berhampiran simpang ke Taman Sedia di padang golf tu utk ke pasar malam??? Adoiii...aku harap....YB yg baru dilantik serta ahli parlimen yg masih kekal kemenangannya kat situ akan highlight tentang ni.....
Apa lah salahnya dibina tempat parking bertingkat jika tahu di situ kawasannya adalah terhad. Ini tidak....asek dirikan bangunan....bangunan....bangunannn...

Ok...berbalik kisah aku tadi..
Aku singgah kat area multicrop tu. Nak cari kelopak bunga ros. Dapat jgk kat sini RM10 utk 3 peket. Banyak pulak tu dalam setiap peket....serta sangat wangi.
Sempat beli buah stoberi kat sini jgk...RM15 sebekas besar utk buah stoberi yg bersaiz besar dan manissss. Dapat free 3 kotak kecik stoberi bersaiz kecik. Manis pulak tu walaupun kecik, mmm. Kira ok laa beli kat sini, kan..
Selain stoberi...aku beli jgk jagung. Nak bagi kat mak zahidah.
Stoberi nk bagi zahidah. Anak dia jgk suka makan buah!! 
Cuba amek gambar sendiri....ini lah hasilnya, hehe. Perbuatan yg sangat2 jarang aku buat ni, hehe.
Dari multicrop...singgah kat kg. Taman Sedia. Nak pekena stoberi cekelet ngan aiskrim stoberi al-mashoor dulu sebelum turun ke Bentong.
Walaupun masih sedap...tp cokelat dia makin cair laa.. Takde KICK!!!
Perjalanan kali ni mmg rasa lama pulak. Lambat jer nk sampai. Mgkn sebab kali pertama perjalanan balik ke Bentong tanpa anak2 bersama.

Sampai umah ayah. Tetamu majlis perkahwinan anak Tok Perak - jiran ayah masih ramai.
Aku ngan abang dijemput makan...hehe. Yeyeh....makan sekali ngan ayah. Ayah pun tak makan lagi, ngee.
Ayah tengah berborak ngan adik-beradik tuan kenduri. Khemah kenduri didirikan sampai depan umah ayah ni..Tengah2 ayah berborak...leh terperasan lak aku nk rakam gambar curi guna hp ni!!! ish...ish..
Banner pengantin. Aku tak sempat amek gambar pengantin. Cepat sangat dorang tukar uniform.
Selepas Asar...kitorang gi pusara mak.
Dh naik rumput dh...cabut laa sket2 sebagai tanda kasih sayang. Nak cabut abes tak sempat...sebab...
Ayah bentang tikar...
Tapi tu laa...rezeki kitorang nk berlama2 kat situ takde.
Ujan dh mula menitik....cepat2 ayah bacakan doa tanpa bacaan tahlil seperti selalu.
Masa berdoa tu pun ujan dh turun lebat...tp kitorang tetap tunggu ayah abeskan doa terlebih dulu.
Sambil tu sempat jgk taburkan kelopak ros yg wangi ke pusara arwah mak.
Dh selesai...terus berlari ke pondok wakaf ni...
Ujan ni sangat lebatttt..takde tanda2 nk berhenti pun..
Akhirnya, kitorang pun redah jer masuk ke avanza ayah..
Tapi dh sampai kat Desa Damai....ari tak ujan pun. Cuma mendong aje.
Terus ke Vegamall...nak gi tukar IDR...ni last minute punya sbb ada yg kirim nk beli kain pasang kat Bandung tu, hehe..

Hmm....TF Value Mart pun baru bukak kat Jalan Tras ni.
Mmg orang sangat ramaiiii...maklum laa baru bukak, kan.
Agaknya TF Value Mart kat bandar Bentong tu....suram ler sekejap kot. Selagi orang tak jemu nak mai pasaraya yg besar dan baru kat sini, huhu..
Mmg jam jalan kat sini...seluas mana parking pun....tetap tak cukup. Maklum ler...mende baru!!
Lepas Maghrib....dh salam2 ngan ayah....baru kitorang gi Selayang.
Sampai Selayang...borak2 ngan mak zahidah dan angah sebelum masuk tido awal sbb nk kena bangun jam 3 pagi utk siap2 ke LCCT kul 4 pagi, huhu.
Tapi mata aku susah tul nak lelap walaupun badan ni dh penat. Bkn sebab teruja nk terbang ke tempat orang tetapi mgkn sbb dh lama tak tido kat Selayang ni, hehe. Dh 18 tahun lebih dh...
Mujur kul 3 pagi tu leh terjaga walaupun tido lena cuma beberapa minit!!

Nota ALONA:-
~Mata masih berpinar...

8 comments:

nad said...

Jauh perjalanan akak...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

seronok baca celoteh alona..
bab parking yg tak cukup kat CH tu mmg akak kdg2 geram jugak..teruja nak ke satu2 destinasi tp mengenangkan parking yg susah dgn anak2 yg masih kecik membantutkan niat asal.. sbb tu kalau nak ke CH.. akak suka dok kat hotel yg dekat2 dgn pasar mlm brinchang tu... nak ke pasar mlm jln kaki je.. hehe..

che mid said...

Wow, macam-macam tempat, macam-macam cerita. Bon voyage! Balik nanti lagi macam-macam cerita..pasti!

Hunny Kitty said...

terlampau pesat sgt pembangunan kat CH masing2 nak cari/kaut untung..lama2 dah tak berapa nak sejuk lagik dah CH macam dulu2...huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

attyfir said...

lama dah x ke cameron

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mmg jauh perjalanan akak tu...
kalau ada anak2 tk la boring kan..hehe..

betui la ckp akak tu...mmg kt CH tu, parking dia susah sgt...jln dh la sempit..that why la kalau nk ke CH, naik ke sn...jammed aje...

ada plan nk bw Irfan pegi CH...tp tu la...stiap miggu sure jammed kan...moga2 pihak yg berkaitan pk2an mlsh ini...

Rinna said...

Dah lama tak pergi CH.. selalu gak yer Ina pergi CH..

wantie said...

photo ke dua tu lawa la kak. sangat sangat ohsem.