Sunday, December 8, 2013

Hidangan tengahari RM3.50

08.12.2013
AHAD

Letih semalam keje sampai Maghrib tiba....pagi tadi lepas Subuh aku sambung tido balik. Bangun dh kul 10 pagi, huhu. Malas pulak nk pi pasar minggu bila matahari dh mula meninggi ni.

Jadi, tengahari tu...aku ajak abang bawak anak2 dan ayah gi makan berhidang kat gerai di rumah keluarga seorang sahabat....Azie.
Konsep perniagaan begini mmg bagus laa. Berniaga kat rumah...tak payah sewa kedai. Leh jimat kos dan secara tak langsung leh pulak kurangkan cas harga lebih pada pelanggan, kan?? hehe..

Idea ni mulanya dibuat oleh makcik Midah kat Matang tu...yg aku dh penah pi makan kat situ 3x. Cuma kat gerai Kak Midah tu...utk sehidang sekepala RM3...tapi kat kedai Azie ni beza 50sen aje pun...RM3.50.
Ada lagi satu tempat yg buat konsep mcm ni kat Kg. Potong Pinang...RM4 utk satu hidang. Yg ni aku tak penah pi lagi.

Rumah mak azie ni kat Pondok Quin, Batu Kurau. Tak jauh pun dari Kamunting...dalam 15-20 minit jer dh leh sampai dh. Dan tak jauh pun dari jalan utama.

Jom kita tgk mcm mana kalo nak gi sini...
Dari pekan Kamunting....terus jer menghala ke Batu Kurau. Sampai jer kat satu tempat yg namanya Pondok Quin iaitu kawasan permulaan bagi Batu Kurau....akan jumpa simpang di sebelah kiri. Masuk laa simpang situ, ye. 
Elok jer masuk simpang...akan nampak jalan mendaki mcm ni. Tapi..jgn laa masuk kat kawasan mendaki ni pulak, ye...walaupun kat situ nampak banner kedai mak Azie ni.
Ni nampak clear sket papan tanda yg tertulis Kampung Pondok Quin. Dari tepi jalan utama tu akan nampak papan tanda ni. Masuk jer simpang kiri tu. Tapi ingat ye, jgn naik kat jalan yg ada kereta tu tau. Nanti tercari2 mcm aku tadi, kehkeh...
Dari simpang tu...terus jer ikut laluan tu dan cari rumah yg bernombor 51. Kiraan 4 buah rumah di sebelah kanan korang dari simpang jalan besar tu.
Kat depan umah tu pun mmg ada banner utk menyatakan korang dh sampai kat situ dan leh menikmati hidangan nasik ekonomi ni ye..
Kalo tak jumpa jgk...leh laa kol nombor 0123808396. Ayah Azie akan jawabkan...hehe..
Ni ler lokasinya. Parking kereta kat bawah tu aje...tepi2 jalan tu. Umah keluarga Azie kat atas tu..kena daki sket.
Dh sampai tu...bagi laa salam dulu, kan..hihi.
Bagitau nak makan utk berapa orang. Maka mereka akan sediakan hidangan yg mencukupi. Konsep mmg sama ngan gerai Kak Midah tu, ye. Leh laa mencuba datang kat sini pulak. Tambah2 bila ujung minggu, kan...kalo dh kul 12 tengahari tu...kalo gi sana ramai akan pulang hampa sebab hidangan dh abes. Jadi, kalo jam dh kul 12 tengahari tu....leh ler terus pi makan kat Pondok Quin ni. Dengan suasana kampung...makan berdepan ngan rumah kampung...mmg seronok.
Terlupa nak snap satu2 lauk pauknya, hehe. Sebab dh tak sabar2 nak makan bila ianya terhidang.
Ada sambal udang, sambal ikan, sambal belacan + ulaman yg pelbagai, pergh!!!
Eh...ada lagi tau....nangka masak lemak, kari ikan, rojak tauhu + sengkuang......, ikan selangat goreng...
Haa...banyak tu kan...8 jenis lauk jugak tu, weh!!!!
Tak masuk nasik tu...nasik 2 bekas. Pastu...mak Azie datang lagi tambah sebekas lagi nasik...tapi yg tu tak abes laa, hehe..
Lagi...tak masuk air sirap lagi tu. 2 jag, tau!!!!
Sangat berbaloi laa RM3.50 sorang.....................................makan sampai kenyang, ye. Sampaikan dalam kereta perjalanan nak balik umah semula tu..ayah aku tanya...apa untungnya berniaga mcm tu?? mmg murah, kan??
Hah, apa lagi...kalo rasa penat nak masak ari tu...leh ler pi sini makan masakan kampung, pergh!!

Apa2 hal....dicadangkan sebelum pegi tu...telefon dulu dan bertanya sama ada gerai depan umah ni dibuka atau tidak hari tu. Kalo nak ikut tercatat di banner....gerai ni tutup cuma pada hari Jumaat. Tapi adalah lebih baik ler kol dulu tanya, ye.
0123808396...
Tgk tu...tokey gerai (mak Azie) hantar apa laa pulak lagi tu....
Makan...makan...Abg dh stop kekenyangan dh.
Bersungguh2 aku makan tu...nampak???? :p
Ayah pun sama. Suka tul ngan kari ikan tu.
Dh kekenyangan...sembang ngan tuan gerai a.k.a tuan umah jgk ler, hihi.
Ulam tu...dh banyak sebenar aku, abang ngan ayah dok pulun makan...huhu.
Sambal belacan abes sepiring...............
Air sirap abes 2 jag, hoho....

Alhamdulillah, mmg puas hati lah. Masakan kampung ni.
Jom kita bagi sokongan pada perniagaan orang kita. Mmg sedap, mmg ekonomi........mmg kenyang, mmg berbaloi. Leh pi lagi bila2 aku rasa penat dan malas nak masak, kehkeh.

**Antara tempat makan tengahari yang menarik di Taiping..sila laa sila!!! :)

Nota ALONA:-
~Berniaga makan2 ni mmg byk keberkatan jika betul pada caranya..

7 comments:

Kamsiah yusoff said...

akak dh lama tak masak nasi /tak makan nasi..mkn kat rumah kenduri ja...bkn apa..badan dah mcm dok ternak lemak dah semuanya...hari2 sup sayur...

attyfir said...

beshnya lah lona,
kalo dkt dah terjah ni .

wantie said...

bagusnya gini. pas ni mesti banyaklagi gerai gerai gini yang akan tumbuh bak cendawan...

ha..mcm ni baru best!

Unknown said...

makan berhidang 8lauk rm3.50 mmng bebaloi
http://tifaismyname.blogspot.com/

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

bestnya..
zura suka sggh mskan kg gini..
tingin nk gi try..
inshaAllah one day..
ada rezeki bleh la merasa..

el said...

rs oklah kut reasonable gak lah harga 3.50 tu sorg..lgpun menu pun ala2 kampung..mayb nangka ngan ulam2 tu dia amek dr belakang umah je..or beli dr jiran2 dia ke..brg2 kampung jual pun murah area sn..xmusykil lah lau ada kedai yg buat cam ni kt byk tempat..lau kt penang ni lau 3.50 sorg..mmg xlogik lah hahahahaha

ibuayu said...

Mana nak dpt kedai macam tu kat melaka ni..kalau ada mesti kena serbu