AHAD
Pagi tu kitorang balik Bentong. Saja laa. Dh lama tak balik Bentong, kan. Last pun raya Aidilfitri hari tu rasanya. Tapi balik kali ni pun sekejap je..3h2m aje. Keje banyak tak siap lagi. Tapi hati ni rasa kena balik jgk. Tolong2 kemas rumah ayah tu setakat yg termampu. Tambah2 pulak...budak2 ni dh nak kena balik asrama semula. Bila lagi nak balik Bentong ngan dorang, kan??. Kot ada pun...cuti sekolah bulan tiga nanti laa kot. Tu pun ntah laa...tengok keadaan.
Mmg plan balik nak lalu Cameron. Nak singgah Al-mashoor ni nak makan eskrem dan stoberi cekelet. Kat Kea Farm ari tu jalan tak berapa jem. Dari arah bertentangan pun tak berapa jem. Cuma kat situ sesapa nak singgah mmg jenoh ler nak cari tempat parking.
Kitorang jugak tak singgah pi makan tengahari kat medan selera di Pekan Brinchang tu. Terus jer ke Kg. Taman Sedia.
**Korang kalo nak makan stoberi cekelet, aiskrim homemade dari orang Islam....lebih baik ler ke sini dari beli di gerai2 di pasar malam tu...halal lebih diyakini kat sini. Sbb kat pasar malam tu ramainya orang Indon yg bekerja utk tokey cina dorang...
Yeay....dh sampai sini... |
Seperti biasa mesti cari yg ni...eskrem homemade (RM2) dan strawberry coklat meleleh ni (RM2.50 sebatang...amek 3 batang RM6.50).. |
Dalam perjalanan singgah pulak kat gerai di Ringlet...utk beli bunga ros ni.
Mmg sebelum2 ni aku tak penah beli bunga hidup ni kat Cameron....tp sejak mak dh takde.....bila lalu sini dalam perjalanan balik Bentong, InsyaAllah, aku akan singgah membeli sejambak ros utk ditabur di pusara bonda....sebagai kasih sayang yg mekar, seindah, seharum mewangi kuntuman ros ni.
Beli satu kaler jer sbb dh takde kaler lain...tinggal yg ni aje. |
Nota ALONA:-
~Seorang yg baik....tidak akan mendoakan perkara yg tidak baik berlaku pada orang yg tidak menyukai dirinya....yang memusuhi dirinya. Malah sentiasa pula mendoakan agar dia diberi taufik & hidayah serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
7 comments:
Sbb akak la saya tau tmpt ni
Best sgt kat sini kan? :)
Selalu gi tempat lain kat taman ni...next time ada rezeki nak try sini lak
ritu g CH try mkn stoberi coklat kat ladang anggur sn..tp sedih..stoberi dia masam..smpai skun mcm fobia nak mkn lagi..tp lau kak lona dh suggest tmpt almashor ni lau ada rezeki g CH nti nak torai haha
alahai kak..
meleleh sy tgk stobero coklat tu..
bila sy nk gi CH lg ntah..hehe
T pi ritu memang tak beli pun strobery sebab T tak bape suka. lagipun encik bos ni ha..selalu belikan. jemu la pulak.
memang nak singgah al mashoor tapi dah accident terbantut habis semua.
mmm... kak actually rock melon tu bukan musin dia kata dorang. sebab tu la t gedik pi cari kat kea farm tu. sekali hambek kena cium vonot. hahahaha...
Al Mashoor dah semakin mashyur dikalangan blogger ni disebabkan blogger jugak..moga bertambah rezeki lona kerana mempromote bisnes orang tanpa pengetahuannya..amiin
Drooling tngk stoberi cekelat. Nyum, nyum, nyum
Post a Comment