Thursday, December 5, 2013

Kisah buat passport anak2...

04.12.2013
RABU

Hmm...tunda hari Rabu nak wat passport ni. Sbb utama..aku tak tau langsung rupa2nya mula Mei ari tu nak wat passport, lesen memandu semua pakai gambar latar belakang putih.
Dh pi hari Selasa semalam tp tak jadi nak buat passport disebabkan malas nak beratur panjang2 amek gambar kat kiosk foto segera dalam pejabat imigresen Taiping ni, huhu.

Dengan menggunakan gambar yg abang shoot sendiri, abang edit sendiri ikut ukuran yg diberi di laman web rasmi jabatan imigresen tu....print sendiri kat rumah...maka pagi tadi aku pun bawak lagi sekali anak2 pegi pejabat ni lagi.
Ni nombor giliran anak2 aku. Kena amek sorang satu jugak wlpn semuanya memerlukan aku sebagai penjaga yg menguruskan permohonan ni.
Mujur dh ada gambar. Kitorang amek nombor giliran walaupun ketika itu sistem komputer mereka kesemuanya ada gangguan sekejap. Mana yg datang tanpa gambar....terpaksa laa beratur amek gambar kat kiosk tu. Leceh jgk laa...nama jer instant photo tp pakcik tu wat keje sengsorang. Dia yg urus utk amek gambar..dia jugak nak kerat2 gambar tu. Nampak jgk laa kelemahan kiosk ni bila pelanggan ramai mcm ni.
Pakcik tu tengah urus posture badan pelanggan yg nak amek gambar tu. Kang senget pulak gambar dorang tu.
Ramai tau yg beratur...jenoh nunggu. Sebab syarat utk amek nombor giliran...mesti dh cukup semua dokumen yg imigresen nak termasuk gambar.
Walaupun masih awal...tp dh ramai yg menunggu giliran.
Ketika nombor akiss dh kena panggil...sedang diuruskan permohonannya di kaunter 3...tetiba loceng kecemasan berbunyi. Adoii...pegawai2 dorang mintak kerjasama sebab bangunan tu sedang buat latihan kebakaran laa pulak. Mm...dorang pun pening kepala...keje tengah banyak mcm ni ada pulak latihan ni.
Berpusu2 laa orang ramai turun tangga termasuk staf 2 kat Wisma. Mujur ler pejabat imigresen cuma kat tingkat 1 aje. Lif pun aku tengok dh diberhentikan operasinya...Sian ler kat mereka2 yg ada kat tingkat2 atas tu..
Abes semua kena keluar dari bangunan kecuali pengawal keselamatan bangunan tu dan mereka2 yg sedang makan di cafetaria. Tak aci...tak aci!!
Budak2 ni dh boring ngan latihan kebakaran ni. Selalu buat kat sekolah dorang. Sekolah rendah, sekolah menengah...
Yg aku kesian...ada makcik2, pakcik dan sorang nyonya yg jugak berurusan kat situ sambil mendongak2 tengok bangunan tingkat atas...pastu tanya kat aku..."tingkat mana ye yg terbakar?", adoiii...kesian tul. Aku cakap laa..."ni latihan kebakaran aje makcik. Takde yg terbakar pun", huhu..
Lambat pulak yg lain2 nak keluar. Mentang2 ler tau tu latihan kebakaran. Cer kalo kebakaran betul2!!!  mesti tak tentu arah...bertolak2 nak keluar dulu, kan??
Risau jer aku kalo latihan ni lama sbb kul 12.30 tengahari nanti along ada praktikal kereta.
Masa tu hari sedang hujan gerimis. Bertambah laa masing2 tak berapa gembira ngan latihan ni, mm...
Penerangan bagaimana menggunakan tong pemadam api tu..
Staff dari jabatan imigresen pun ada tu...nampak?? yg berpakaian seragam mcm polis tu..hehe..
ni laa bangunan wisma dari arah belakang....kat area parking staff wisma..
Ok...api dh marak...volunteer sorang utk padam..
Sembur.....
Sket lagi nak padam...
Ni sorang pegawai imigresen wanita yg dipanggil utk mencuba.
Naik semula pejabat. Terus sambung urusan kitorang kat kaunter.
Dah nombor berturut2 tapi giliran di kaunter lain2. Jenoh aku nak layan sini...sana....situ. Nak kena sign sini...sana...situ. Nak kena jawab pertanyaan pegawai kat kaunter sini...sana...situ, huhu. 
Tengok belakang tu...ramai yg beratur utk amek angka giliran. Dorang pun baru jer serbu naik pejabat ni lepas pintu wisma ditutup sementara kerana latihan kebakaran tadi, hehe..
Dalam orang bising2 harga itu naik, tarif itu naik....masih ramai ye yang mampu utk melancong ke luar negara walaupun cuma ke Singapore, Indonesia mahupun Thailand, huhu...

Mujur khidmat jabatan ni cekap. Kul 11.25 pagi...dh siap panggil utk bayaran pulak. Jadi, kena tunggu sejam lagi utk amek passport yg dh siap.
Aku pun bawak anak2 gi cafeteria kat bawah tu utk makan nasik tengahari terus. Senang keje, hehe. Tambah pulak, along nak kena terus pi SEPAKAT utk praktikal kereta. Melepak kat cafetaria sambil baca sokabar...kul 12.20 tengahari naik semula ke tingkat 1 wisma.
Alhamdulillah, passport along, angah dan akiss dh siap. Dorang mmg kena ada masa amek passport sebab nak kena scan lagi cop jari dorang.
Ok...dh siap. Passport baru ni mgkn lebih menarik. Naik taraf dari buku passport yg sebelum ni...
Ni laa passport anak2 ngan gambar yg abah dorang amek sendiri malam tadi, huhu..Jimat RM.
Ok...urusan ni dh siap. Perlu uruskan hal lain pulak. Pi hantar along ke SEPAKAT utk praktikal memandu kereta 3 jam. Dah hantar along...terus jer balik rumah. Kul 3.40 petang...keluar lak ngan motor nak amek along kat institut memandu yg terletak berdekatan ngan kaki Bukit Larut tu.

Balik umah baru leh masak. Masak pun simple aje..2 jenis lauk. Cukup laa ye. Badan ibu pun letih dh ni, huhu..

Nota ALONA:-
~Skang ni...ngan keje2 yg semakin banyak..perlu cepat disiapkan........aku dh rasa takde masa utk melakukan hobi. Antaranya...ikuti keluaran setem keluaran khas. Asek terlupa aje. 
~Lagi satu....menulis diari luahan hati sendiri...........dh lama terhenti. Adoii, banyak mende aku nak luahkan tp tersimpan aje....sampaikan ada yg dh lupa, huhu..
~Mujur ler...hobi simpan citer kat blog ni masih leh dilakukan...

6 comments:

ibuayu said...

Dah buat passport mesti nak gi oversea tu ya....

el said...

sure x sabar nak pi makan angin kan kak..w/pun tgh cuti sekolah ni akk masih bz kan..hehe..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

passport now..
gmbr pun hitam putih ye
zura punya bercolor..hehe

owhh kak nk gi krabi kan bulan nie..
happy holiday kak..tk dpt nk join kak..

adoyai...kt pej imigresen mmg ramai org buat passport kan, now org mmpu nk gi oversea..

haihh..bila nk gi oversea ni, seblm passport xpired..hikss

Gieyana said...

Lebih cung ar kak black n white ni..klau yg kaler tu rsnya cm x brp elok..igt passport nureen yg tersengihhhh siut! Ekekek

wantie said...

passport? hmmm nak kemana tu? bestnya anak nak akak kan..

ha.. dapat bayangkan akak ke kaunter sana sini nak sign itu ini..

BTW semua dah ok kan.

Rinna said...

Waaa dah siap passport nak ke mana tuh.. Bestnyaa bercuti2 dengan anak2kan..

Jimat RM yer.. tak payh nak bazirkan duit.. :)