Monday, March 18, 2013

Ke Muzium Arkeologi Lenggong...

16.03.2013
SABTU

Sebenarnya....mmg aku ngan abg dh penah berhajat nk bawak anak2 gi muzium ni ujung tahun lepas lagi iaitu selepas amek gambar pd satu majis pertunangan kat Kg. Luat, Lenggong. Perjalanan nk ke kampung tu mmg melalui muzium tersebut. Dh nampak dh bumbung muzium tu, hehe. Cuma tak berkesempatan nk bawak anak2 lagi sehinggalah rezeki angah pulak dpt belajar kat MRSM Lenggong sejak pertengahan Februari 2013 hari tu. Dh alang2 outing ngan angah....amek peluang gi terus ke sana. Kebetulan akiss pun balik bercuti. Cuma ralat...tak dpt bawak along sekali sebab along tak dibenarkan outing minggu ni walaupun aku dh try kol sendiri ketua guru asramanya pd 9hb minggu lepas....

Jadi, Sabtu tu seperti yg dirancang....kitorang gi melawat Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Sebagai rakyat Malaysia....bangga tau.......................sebab kat sini laa (Gua Gunung Runtuh di Lembah Lenggong, 105meter dari paras laut) pakar arkeologi menemui rangka manusia tertua di dunia (tulang yg hampir sempurna) ....dan sini dh diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia jgk, weeeeeeeeeeeeeee...
**Perak Woman (rangka manusia berusia 8000 tahun) pun dijumpai kat sini jgk (Gua Teluk Kelawar, Lenggong) pd tahun 2004

Gi sana waktu tengahari....mak aiii...ari tu panas terik. Mujur ler dalam galeri tu berhawa dingin, kan....ngee..
Apa ada kat dlm galeri??? Jom!!
Ini bkn poyo.....ini payauuuu...hihi...Sempat bergambar selepas kereta diparkirkan....
Di pintu masukkk....
Masuk sini adalah PERCUMA......
Utk ilmu pengetahuan tentang sejarah......percuma jer kat sini. Tak rugi malah menguntungkan minda anda!!!
Moh ler pakat ramai2 gi sini.
Kat pintu masuk ni kena ler salah sorang tulis kat buku log nama dan berapa ahli rombongan yg ikut sekali, hehe....Utk merekodkan berapa ramai yg sangat prihatin nak tau tentang sejarah Perak man kat sini.....
Ok...sambung citer:-
Sebelum melangkah masuk....leh teka cengkerang siput zaman dulu2 yg diletakkan di dalam sebuah balang kotak. Mgkn cengkerang yg dijumpai bersama rangka Perak Man tu kot, mm...
Dh teka berapa semua cengkerang tu....masukkan dlm kotak yg disediakan. Mgkn leh dapat hadiah kalo teka betoi, ke...kan?? hehe...

Mula2 masuk jer....ada tayangan pasal zaman2 manusia paleolitik, mesolitik, zaman neolitik dan lain2 laa lepas2 tu. Leh pilih menu nk tgk dokumentari yg telah disediakan tajuk2nya kat skrin tu..
Pilih menu kat sini...pastu ada 2 buah bangku panjang disediakan....leh tgk tayangan kat tv yg terdapat kat depan tu...
Tak dpt ler nk tgk semua....jenoh weh. Dari citer zaman pelbagai zaman....citer tentang permulaan pakaian, makanan manusia dan mcm2 lagi, huh!!!  Kalo layan...sampai tutup muzium petang tu pun tak abes, kot...hehe. Jadi, tgk apa yg kita rasa kita paling berminat nk tau jer laa, kan.
Meneruskan lagi menjengah apa yg ada dlm galeri...
Masuk ke zaman paleolitik...
Ni antara vandalisme yg dilakukan oleh mereka (orang zaman berteknologi tinggi ni, huh!!) yg tidak bertanggungjawab kat lukisan2 zaman purba yg dijumpai. Dasat woo...dorang siap potong batu tu sebagai bahan pameran, huhu...Semuanya demi pengetahuan manusia zaman kini dan generasi akan datang, InsyaAllah.
Ni pelbagai tembikar yg digunakan oleh manusia zaman dulu2 kala yg telah ditemui....
Lakonan tak menjadi, hehe...sbb tukang ngambek gambo pun tak reti nk wat arahan, kehkeh..
Masuk pulak kat ruang yg dibuat seperti sebuah gua ni...
Kat sini laa byk terdapat maklumat tentang Manusia Perak (Perak Man)....
Apa yg abg, akiss ngan angah tengok tu??
Dorang tgk ni....iaitu tentang bagaimana rangka perak man ketika dijumpai. Yg gambar lelaki berbaju biru tu....adalah lakonan semula bagaimana keadaan Perak Man dikebumikan duluuuu....
Antara rangka2 haiwan2 yg turut dijumpai di sekeliling tulang Perak Man....sebagai kiriman ketika pengkebumiannya mengikut kepercayaan zaman itu.
Ok, nanti aku akan citer sket2 info pasal Perak Man ni...
Jom tgk lagi gambar di bawah...
 
Inilah yg dorang bayangkan Perak Man masa hayatnya....
Perak Man ni cuma nama samaran utk rangka ni aje..nama sebenar mmg tak tau laa, kan..hehe.
Dia mgkn dilahirkan...10,000 - 11,000 tahun dahuluuuuuu iaitu dari zaman Paleolitik.
Aktiviti yg dilakukannya pada zaman tu adalah memburu binatang. Teknologi dulu adalah alatan batu.
Pekerjaan Perak Man dulu kemungkinan sebagai shaman...Shaman tu apa?? Pawang kot, ek???
Tingginya dalam 154-160cm....
Ni adalah rangka Perak Man yg unik kerana....beliau adalah OKU. Nak tau detail OKU dari segi apa...leh besarkan gambar ni...tak cukup lagi...leh guna kanta...atau nk senang...google aje. Atau lebih best....mai datang muzium ni terus utk dapat maklumat yg lebih terperinci, hoho...
Dari gua kita ke galeri seterusnya...
Bahan pameran dalam cermin....
Masing2 tengok info2 menarik yg dipamerkan...
Jom naik atas....tgk apa pulak yg ada.....
Tapak warisan dunia di Malaysia...
Taman Negara Gunung Mulu & Taman Negara Kinabalu telah diiktiraf pada 2 Disember 2000.
Melaka dan George Town telah diiktiraf pada 7 Julai 2008.
Lembah Lenggong pula telah diiktiraf pd 30 Jun 2012........
**kot2 ler ada masuk dlm soalan Where The Money Drop musim baru nanti, kan...hehe..
Sedikit info tentang Gua Mulu...
Tentang Taman Negara Kinabalu...
Selain menjumpai tulang rangka manusia dari era zaman batu Paleolitik di Gua Gunung Runtuh...Gua Harimau juga telah memainkan peranan penting dalam pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai warisan dunia.
Gua Harimau terletak di kompleks batu kapur Bukit Gua Harimau, Lenggong, Perak. Ekskavasi arkeologi oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi M'sia pd tahun 1987, 1988 dan 1995 telah menemui tapak pengkebumian manusia berusia 2000-4000 tahun dahulu. Sebanyak 11 rangka manusia telah ditemui dgn barangan kiriman yg terdiri dpd bekas tembikar, alat batu, kapak gansa, perhiasan badan dan sisa makanan. Gua Harimau merupakan tapak yg penting kerana telah mendedahkan bukti pengkebumian zaman Neolitik. Logam dengan kapak gangsa dan acuannya yg terawal sekali di Malaysia iaitu sekitar 4000 tahun dahulu. Penemuan ini menggambarkan penghasilan alat gangsa di kawasan Lenggong serta membuktikan bahawa kawasan pembuatan alat gangsa bkn shj terhad di kawasan utara dan tengah Thailand bahkan kemungkinan besar ia juga dibuat di Malaysia.














Dikatakan Perak Man ni meninggal dunia pd usia 40-45 tahun kerana sakit tua...
Jangka hayat pada zaman itu hanya sekitar 20-25 tahun aje. Umur 40-45 tahun tu dh tua sgt dah.
Mgkn masa tu saiz bumi besar.....putaran bumi lambat utk sehari, lambat utk jadi setahun.
Tak mcm skang ni...sekejap aje dh 24jam...sekejap aje dh setahun berlalu.
**Hehe....pendapat aku jer laa, ngee...

Ok....kat situ ada tempat tayangan mengenai Perak Man...
Mesti duduk sini utk menonton. Semua tentang Perak Man ada kat sini. Ada ilustrasi tentang Perak Man dulu2 dan sebagainya...
Perak Man dulu mgkn orang yg dihormati memandangkan dia meninggal pun disebabkan sakit tua. Tu sebab masa pengkebumian dia...ada berjenis2 bangkai haiwan yg ditanam sekali, termasuk laa siput yg sangat byk. Siput tu tak tau sebab apa. Mgkn dulu cengkerang siput adalah simbol duit bagi dorang, kot.....ek?? hehe..
Khusyuk menonton...
Kitorang tgk pun tak abes.....sampai abes part Perak Man aje. Ada lagi laa...tp tak leh nk layan abes laa. Masa suntuk....angah dh lapar, huhu..
Ni bukti pengiktirafan unesco tersebut....
Apa maksud UNESCO??
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
**hehe....aku pun baru jer tahu ni. Selalu sebut jer unesco...unesco....hehe...

Ok...dh abes dalam galeri....kitorang keluar.
Daki tangga bukit berhampiran....
Ada batu2 yg berusia banyakkkk tahun ni....
Selebihnya...tak de apa sangat laa selain membakar kalori sebab pendakian tangga tadi, hehe.
Ada menara tinjau kat situ...Abg sorang je yg gi dan mendaki. Abg kata dari atas tu leh nampak ler pemandangan persekitaran Lembah Lenggong....ada nampak tasik jgk...
Sementara tunggu abah dorang ni gi menara tinjau tu...kitorang lepak kat sini. Belakang tu laa bangunan galeri dan pejabat pentadbiran muzium.
Bergambar di atas bukit......
Dah turun.....exercise kecikkan peha....hoho..
Ada gazebo kat perkarangan pintu masuk galeri...lepak jap rileks.
Ada congkak jgk...
Rileks kan kaki....
Sambil main congkak yg ada tersedia kat situ...
Jari montok sedang mulakan permainan congkak. Dh lama betoi tak layan mende ni, huhu..
Tak abes main pun...jenoh pulak rasanya nk tunggu abes main. Kot nak main lagi...main kat umah aje lah. Bkn takde congkak kat umah tu...malas jer nk main, hihi..

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, sebenarnya bila mengetahui tentang Perak Man ni...kita sebenarnya mengetahui tentang sesuatu yg lain jgk iaitu tentang ilmu2 Allah yg diberi pada pakar arkeologi utk mengkaji & menganalisa tentang kejadian zaman yg berzaman yg telah wujud di suatu waktu yg lampau supaya manusia zaman ini dapat mengetahuinya. Kemudian menilaikannya, muhasabahkan diri agar menjadi hambaNya yg lebih baik dan bersyukur. Bkn semata-mata utk diiktiraf oleh unesco.

9 comments:

Anonymous said...

sangat2 menarik kat sini. Banyak nyer ilmu dan leh tambah pengetahuan lagi. Tq share juga ye

lizz said...

nanti saya pindah perak boleh la pi sini...

Kamsiah yusoff said...

menarik jugak suasana didalam muzium tu..akak pernah lalu ja..tak masuk lagi kat dalam tu

Rinna said...

Wahh menarik byk info.. :)

wantie said...

tengok akak main congkak tu teringat kekecik dulumain congkak ngan bijigetah.korek lubang atas tanah. bila hujan habis tertimbus tanah tu.

pas tu kuku jgn cakap la. penuh ngan tanah. sian mak. dah jadi satu kerja pulak nak kena marahkan kami. hahahaha

Unknown said...

best nye...bila lah bole smpai ke sana. Tq share yer!

afzalsukasuki said...

mak aih kak anak beranak pegi muzium arkeologi.memang minat ea?saya kat kl ni kak, last pegi muzium masa form 1 kot huhuhu.

muzium ni bagus sebenarnya untuk kita tambahkan pengetahuan mengenai sejarah dan peradaban masyarakat lama.bagus juga untuk anak2 akak :)

el said...

ritu el ada tgk majalah 3 pasal Perak Man ni..mmg best kak...
untung anak2 akak leh timba ilmu mcm2 sambil jln2 ni eh

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mmg tmpt menimba ilmu sejarah kita ni kak...seronok bw anak2 yg dh mbsr ni...pengetahuan utk mereka..

#sy ada congkak gak...tp tu la..mana la abah saya simpan...hehe