Thursday, August 21, 2014

Mimpi jadi penawar rindu..

21.08.2014
KHAMIS

Mmg selalu aku mimpikan mak.
Mak ada bersama2 kami di mana2 tapi tidak bercakap. Setakat mendengar dan senyum mendengar celoteh2 kami.
Orang kata...mmg mimpikan orang yg sudah meninggal dunia ni...dia tidak akan bercakap.

Pagi tadi kul 6 lebih aku mimpikan mak lagi.
Mak berada di dalam bilik aku, di sebelah katil aku dan mengejut aku sembahyang Subuh..
Mak bersuara.."Bangun sembahyang Subuh, kaklong", aduhaiiii...perbualan dan suara yg aku rindui sangat2.
Dalam mimpi tu aku menjawab..."dah sembahyang dh mak. Ina bangun kul 6 tadi. Pastu tido balik"....
Emak senyum dan keluar bilik aku. **Mmg aku dh bangun kul 6 pagi tu sembahyang Subuh dan tido balik, hehe..maklum laa..tido tak cukup. Kul 1..kul 2 pagi baru nak masuk tido...kan.

Ye...dalam mimpi tu aku rasa mak masih ada bersama.
Orang kata lagi...kalo mimpi orang yg dh meninggal dunia berkata2...adalah syaitan yg nak mengganggu. Tapi dlm mimpi aku tadi...mak menggerakkan aku utk sembahyang Subuh. Jadi, bagi pendapat aku sendiri....Allah izinkan aku mimpikan wajah emak dgn mendengar sekali suara yg dirindui itu bercakap dgn aku. Hanya Allah lebih mengetahui.

Nota ALONA:-
~Mimpi itu misteri. Tiada seorang pun ahli saintis yg dapat merungkaikan...

1 comment:

nad said...

al fatihah buat arwah mak akak T___T