Sunday, February 16, 2014

Perak Man kembali...

16.02.2014
AHAD

Hari ni lawat angah. Tu yg kitorang gi Galeri Arkeologi Lembah Lenggong ni lagi sekali.. Dulu dh penah pi dh...tahun lepas. Ada aku wat entry ni, KLIK SINI.
Boleh pi kali ni pun sebab ternampak banner kat tepi jalan utama tentang kepulangan Perak Man ke tempat asal usulnya...Sirih pulang ke gagang, katanya. Ye laa, sebelum2 ni...rangka2 Perak Man kan merata2 di bawa sampai ke luar negara disebabkan utk pengkajian lebih dalam dan sebagainya laa. Orang2 yg bekerja bahagian arkeologi aje yg tau mcm mana proses2 utk pengesahan rangka2 tulang itu berusia berapa tahun, masyarakat dan kehidupan zaman tu dan sebagainya lah. Keje2 dorang bukan mudah. Memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Majlis perasmian telah dibuat oleh Menteri Pelancongan negara kita...orang Perak jgk ni, hehe..
Masuk sini free aje. Tak rugi kalo pergi walaupun sekali. Kita sepatutnya berbangga sebab rangka manusia paling tua dan sempurna dijumpai di negara Malaysia, ye. Bkn di negara lain.
Di depan pintu masuk bangunan yg menyimpan pelbagai ilmu dan khazanah utk kita. Kalo ada yg klik link entry yg aku pi dulu...leh nampak laa papan tanda di belakang tu dulu lain. Skang ni lebih baik lagi.
Disebabkan kitorang dh penah masuk dulu dan dh teroka apa ada kat situ...jadi kali ni mmg semata2 nak pi tengok rangka Perak Man aje la. Terus jer tuju kat tempat pameran tu.
Pintu masuk tempat pameran masa tu masih ada tumbuhan2 gini. Props aje pun...sebab baru semalam aje dirasmikan. Nampak belakang tu ada makcik 2 orang tu?? haa..dorang tu tengah nak kemas2 laa dan buang mende2 tu. Sebab dh kering dh pun.
Bilik ni dorang buat seakan2 dalam gua laa...
Ni laa rangka tulang2 manusia purba yg paling sempurna pernah ditemui dalam dunia ni. Dijaga dgn baik.. Korang, mmg aku dh tayang gambar rangka kat sini...tp pi tengok sendiri adalah lebih berbaloi sbb banyak lagi info2 berguna leh dpt kat situ..
Bergambar ngan plak yg baru jer ditandatangani oleh pak menteri smlm, hehe..
Ok, sekali lagi amek gambar berlatarbelakangkan kad pengenalan Perak Man ni.
Ari tu..mmg ramai ler jgk yg datang berkunjung. Masing2 nak tengok sejarah dan tamadun manusia purba yg ada di negara kita. Ada jugak pelancong omputih datang tadi...
Aku cadangkan....sapa2 yg nak tau tentang tamadun dari sudut pengkajian manusia...leh laa pi sini. Tapi biasa laa...tempat orang kita sebok nak pi. Tapi tempat sendiri wat tak tau aje. Contoh mmg ada...terbaru yg kitorang jumpa petang tu jugak laa. Seorang peniaga makanan kat situ sendiri ngaku...muzium kat Taiping tu dia penah masuk...tapi muzium arkeologi ni...dekat sgt pun ngan umah/gerai dia..2km pun tak sampai...dia ngaku dia tak penah pun pi lagi sejak muzium tu dh dibuka beberapa tahun yg lalu walaupun sangat berdekatan ngan umah dia, huhu.

Kitorang kat situ tak lama laa. Setengah jam aje kot. Sbb dh penah pi. Yg lain tu bahan pameran dulu jgk. Cuma rangka Perak Man yg ori tu aje telah pun dipamerkan di tanah kelahirannya sendiri.

Nak tau lebih lanjut...leh laa pi sana tengok sendiri...

Nota ALONA:-
~Gi lawat angah ni mengejut aje pun, hehe..

4 comments:

Unknown said...

lamanya tak komen kat sini walau sll je singgah sini. perak man baru first time dengar.

nad said...

Alaa
Saya p gerik aritu teringin nak singgah sini. Tp sbb perjlanan jauh lg pastu berkonvoi plak. Camtakbest la plk
Lenkali la dtg

attyfir said...

bila lah nak sampai cni .

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

tak penah lg smpi sini

eh kak..yg sy dgr berita psl rgka manusia yg dijumpai diaorg letak kt muzium, kt lembah merbuk kan?

ishh2...sy ni tk dgr betui2 berita ni ha..adeii