Monday, February 10, 2014

Pinjaman : Hutang

Along belajar skang adalah dengan pembiayaan pinjaman penuh dari MARA, pinjaman pendidikan bersyarat.

Syaratnya tak susah.
Sebagai seorang pelajar....belajar sehabis baik utk mendapatkan cgpa yg cemerlang. Sekiranya dh abes belajar...pelajar yg belajar bahagian technical melepasi pointer 3.5...dorang cuma perlu bayar 15% dari pinjaman.
Sekiranya ditawarkan bekerja oleh MARA di bawah dorang...rasanya ia akan ditukarkan menjadi biasiswa bersyarat pulak, kan..hehe. Kot ler nanti ditawarkan jadi cikgu kat MRSM pulak ke, kan....(tu sekadar satu contoh). Kena laa keje dalam tempoh beberapa tahun yg ditetapkan. Lepas2 tu leh ler nak pi keje lain dengan tawaran lebih baik pulak.
**Namun, sekiranya masih lagi dalam semester...pointer yg diperoleh bawah dari 2.5...pinjaman akan digantung sehingga semester berikutnya dia leh capai semula 2.5 dan ke atas tu. Mmg jenoh ler masa tu nak cekau duit nak tanggung pembiayaan sendiri, oiiii...jenoh weh!!!

Ni adalah kadar bayaran balik pinjaman pelajaran Mara yg diberi masa along nak mohon ari tu. Katanya kadar ni bermula Januari 2011.
Kalo baca cerita peminjam2 mara yg dh tamat belajar dan dapat pointer cgpa 3.5 ke atas sebelum2 ni dan paling terkini tahun 2013 lepas...dorang masih beruntung sbb tak perlu bayar satu sen pun pinjaman tu. Mereka yg dapat 3.0 - 3.49 pulak cuma bayar 10% jer. Ada sorang anak sedara sebelah somi aku ni cuma bayar RM4k aje dari RM40k pinjaman pendidikan MARA nya. Rezeki dorang, kan.
Mgkn sbb dorang buat pinjaman tu sebelum 2011 kot?? Rasanya laa..

Apa pun..bagaimanapun...aku mmg selalu nasihatkan along agar belajar sehabis baik agar dapat pointer lebih dari cgpa 3.5 ni. Selain dapat mengurangkan bayaran balik pinjaman...along jgk boleh melayakkan diri menyambung pengajian ke university terpilih di Britain.

Dapat kurangkan bayaran pinjaman bermaksud mengurangkan tekanan emosi ketika menerima gaji bila dh berkerjaya nanti, mm. Tak gitu??

Ramai yg kata...kalo dpt pinjaman mara ni sebenarnnya mencukupi utk biaya sara hidup masa tengah studi....melainkan jika pelajar boros.....berbelanja mcm dia dh kerja dan bergaji sendiri. Merokok jugak adalah salah satu faktor..

**Kpd mereka yg berkaitan....sekiranya ada info yg silap...sila betulkan di ruang komen di bawah, TQ..

Nota ALONA:-
~Semoga along & adik2nya boleh buat yg terbaik utk masa depan mereka sendiri, amin.

6 comments:

che mid said...

Yang penting time study ni, jgn fikirkan sangat ttg bayaran balik tu kut..silap2 stress pulak ha ha. Gunakan sebaik2nya dan jadikan sebagai motivasi utk lebih berjaya dalam pelajaran. Chaiyok!!

el said...

wahhhh dpt belajar ke britain bestnyeeee..ni peluang along dpt belajar ke luar negara and this is the motivation to him jugak..

mmg penat kak nak bayar balik pinjaman time kita keje..hahaha

wantie said...

Suka la cenggini. belajar kat sini dulu. then sambung 1-2 tahun kt luar negara. tak de la lelama kat negara orang kan.. hahaha.... dah terfikir fikirkan si Naiim tu kak oi..
tak sanggup berjauhan la kekdahnya..

Moga Along cemerlang dan sekaligus membantu dirinya sendiri di masa hadapan.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mcm zura plak pinjaman PTPTN kak..
PTPTN ..kalau dpt 3.5 atas tk payah byr kak...best lah..
tp zura tk dpt la 3.5..hehe..cukup2 mkn kak...
kena la duk byr hutang lg ni..adoyaii..

semoga along bljr ngan cemerlang...

attyfir said...

anak aty sikakak pinjam ptptn
kalau dpt 3.5+ free

setakat ni kakak dpt lah 3.5
semoga anak2 kita cemerlang selalu .amen

Anonymous said...

in shaa Allah pasti cemerlang along tu, berkat doa ibu bapanya !