Sunday, February 2, 2014

Ahad yg sebok...

02.02.2014
AHAD

Pagi tu pi pasar minggu. Cari bahan mentah nak masak. Leh ayah, along dan ikmal makan nasik dulu sebelum bergerak balik.

Ayah akan hantar along dulu...pastu baru balik ke Bentong.

Timakasih ayah datang Tepen sekaligus bawak along balik. Sebab ada dokumen nak bagi along. Kalo idak aku pos jer kat alamat fadel kat KL nu. Tp bila along dh balik ni...bagi terus kat dia laa. Sekali ngan penyangkut baju dan pencuci muka along.

Tengahari tu lepas ayah dan along dh balik....kitorang sebok ngan akiss dan angah yg nak balik ke hostel pulak.
Masa tu laa nak pi ke PasarayaKu dan kedai ECO RM2. Gi ngan akiss jer naik moto. Nak pi binding kat kedai buku pulak keje sekolah dia, mm..Mujur ada kedai buku yg bukak pada cuti CNY ni. Nak harap kedai buku milik orang kita...dorang pun tutup mmg tak berniaga pada hari Ahad.

Balik rumah tu jugak laa baru akiss tingat nak print keje sekolah dia yg lain. Nak cari iklan tv kat youtube yg paling tidak ada 3 nilai murni dan simpan kat dalam pendrive. Masa tu jgk ler printer wat hal, internet pun slow...hahaha.

Konon2 nak gerak dari umah selepas Zuhur sebelum kul 2 petang sbb nak singgah umah mak lama sket pun tak jadi. Akhirnya kul 3 jugak baru siap semua. Sempat bawak angah ngan akiss jumpa opah dan wan dorang kejap aje laa.
Kitorang takleh lengah2...maklum ler..dh ler minggu tu cuti CNY...hari kereta penoh di jalanraya, huhu. Nak hantar akiss kat sebelah utara lebih kurang sejam 10 minit dari Taiping. Hantar angah kat sebelah hulu perak...makan masa 2 jam jgk tu dari Transkrian, mm. Kiranya...jalan yg bercabang laa utk kitorang yg dok Taiping ni bila hantar akiss ngan angah.

Hantar akiss...jem kat trafik light nak masuk ke arah Transkrian tu. Dh tu, bila nak hantar angah...jem kat trafik light nak masuk hiway di tol jawi. Pastu jem pulak sebelum susur keluar ke Bandar Baharu, adoiii. Seram tul aku risau lambat sampai ke Lenggong. Tengok kat pemberitahuan digital kat hiway tu...jalan dari Changkat Jering perlahan ke Bukit Gantang. Radio SinarFM pun bgtau mcm tu. Aku cadangkan kat abang...kita kena masuk ke Changkat Jering utk hantar angah ikut jalan biasa jer. Jem kat hiway tu dh bermula di simpang keluar nak masuk Tol Changkat Jering, phewww!!! Bayangkan ler...

Bila kitorang dh masuk pekan Changkat Jering....rupa2nya kat sini pun jem jgk. Mmg dh agak...jem kat sini disebabkan trafik light simpang tiga nak masuk ke Bukit Gantang tu, adoiii. Mmg lemah tul ler sistem trafik light kat sini. Dulu lagi aku dh tengok dh.
Berderet2 kenderaan lalu sini. Aku rasa ramai jgk yg ikut jalan alternatif utk masuk hiway PLUS ikut Kuala Kangsar ni. Dorang pun bkn tak tau hiway jem teruk.
Panjang jugak jem ni...elok jer depan klinik desa Changkat Jering tu...terus ke Bukit Gantang. Haru sungguh. Mujur ler masa tu kalo bergerak tu...jauh jugak ler jaraknya. Takde ler sket...sket...sket...hmm, kalo gitu..mau kul 8 malam angah sampai hostel, huhu.
Elok jer lepas trafik light kat Bukit Gantang tu...jalan kembali lancar. Lega aih..
Bila sampai kat Bukit Berapit...nampak ler kenderaan kat hiway PLUS nak ke KL tu bergerak perlahan...panjangnya sampai ke mana laa agaknya masa tu dh. 
Sampai maktab..tengok byk lg kad outing kat pondok guard tak berambil. Maknanya ramai lagi yg tak sampai sebab jalan jem kot, kan. Lega lagi..
Sampai situ jam 6.45 mcm tu laa. Aku dh pesan kat angah...pi jugak dewan selera utk makan petang. Kitorang dh tak sempat nak singgah kedai tepi2 jalan tu utk makan sbb dh lambat.

Tapi dlm perjalanan kitorang nak balik ke Taiping semula....angah mesej kata dia tak sempat nak pi makan. Nak kemas locker lagi...nak mandi siap gi Maghrib kat surau. Lagipun...petang tu cuma makan makaroni. Angah ni mmg kurang ler makanan mcm tu. Dia makan jer laa stok biskut dia. Tp dorang lepas prep kekadang ada jgk dewan selera sediakan mee goreng ke..bihun goreng ke. Tapi tu laa...angah kata...mee goreng pun tak sedap.
Tu laa ye, kekadang pelik...dewan selera ni bkn mak pak dan pihak maktab atau sekolah tak bayar duit makan. Naper dorang tak leh nak masak elok2...sedap2 mcm orang wat katering kenduri tu?? Mentang2 yg makan tu budak2...masak pun cincai2 jer ke??
Tp..penah satu dewan selera yg kitorang makan rasa sedap mcm makan kenduri...kat Pengkalan Hulu masa along masih belajar kat situ form 3. Ingatkan disebabkan ibubapa nak makan baru dorang masak sedap. Tapi along kata...mmg masakan kat dewan selera tu sedap selepas tukar tokey baru.

Nota ALONA:-
~Buat apa2 pun biar ikhlas.

5 comments:

el said...

smlm el balik penang pun
tgk jln menuju dr penang-kuala kangsar jalan jem yang amat..tp still boleh gerak2 slow2..tp area umah el tu depan jln besar..mmg situ pun jem gak..mayb ada yg amek jln alternatif balik ke destinasi kut

nad said...

Along balik jem tk kak? Jem kan.. Mana2 pun jem cny aritu...
Setuju ngn akak, klu nak berjual makanan ni, biar la ikhlas.. jgn pk nk untung je...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

zura blk ari ahad..jammed kt juru tu je..
tp mmg keta byk kt highway..

Anonymous said...

musim2 cuti ni mmg jammed & sesak je kat mana2 pun !

wantie said...

masa T balik penang tu bertolak lewat. Tapi tak sedar jugak jalan jem ke idak sebab zzzz...

wan le drive sengsorang. kul 2 pagi baru sampai umah.

Wan suka ikut jalan alternatif kalau dia ngantuk. tak tau le kenapa. style dia kot.